Sekarang adalah zaman pembetulan. Banyak pembetulan sedang dibuat di Barat. Figura-figura celαkα yang mengimarahkan perhαmbααη terdahulu sedang dilenyapkan. Amerika Syarikat dulu terbahagi antara dua fikrah: pembebasan dan perhαmbααη.
Pengikut fikrah kedua membentuk negara sendiri iaitu Confederate States of America (CSA). Abrahan Lincoln enggan merestui pemergian negeri-negeri CSA. Berlakunya sebuah peperαηgαη saudara besar antara Amerika Syarikat dan CSA.
Namun banyak negeri menjulangkan tugu sebagai kenangan CSA. Sejak kebelakangan ini, banyak tugu sudah diturunkan. Baru-baru ini, negeri Virginia menurunkan tugu Robert E. Lee (Porterfield & Dangor, 2021).
Menggantikan tempat tugu Lee adalah sepasang tugu gangsa untuk memperingati hαmbα yang dibebaskan (Martinez, 2021).
Ternyata ini adalah suatu kemenangan buat Black Lives Matter dalam usaha meningkatkan kesedaran awam tentang masalah minoriti.
Mengambil iktibar daripada kemenangan ini, pihak Syiah di Baghdad pun sedang menggerakkan usaha sama. Sasaran mereka adalah Khalifah Abdullah al-Mansur (754-775), yang menubuhkan sebuah empayar dengan Baghdad digelar “Kota Perdamaian”.
Kerajaan silam memperingati jasa baginda dengan sebuah tugu:
Jadi pihak Syiah mahu lenyapkan tugu ini. Kenapa?
Abbasiyah pada awal pemerintahan al-Mansur masih lagi baru. Semua tahu apa yang berlaku semasa persengketaan bersama Umayyah. Jadi al-Mansur menyusun langkah untuk mengukuhkan kuasanya.
Kerajaan Abbasiyah perlu distabilkan, dan al-Mansur pula mempunyai fahaman yang matlamat menghalalkan cara. Kalau tengok dalam lembaran sejarah, al-Mansur tidak mempunyai hubungan baik dengan Gabenor Khurasan iaitu Jeneral Abu Muslim.
Ada masanya, al-Mansur menaikkan pangkat Abu Muslim yang dijadikan Gabenor Syria dan Mesir.
Pelantikan ini walau bagaimanapun adalah satu tamparan. Abu Muslim tiada pengaruh langsung dalam dua wilayah ini. Abu Muslim dikhabarkan takut untuk bersama al-Mansur.
Perasaan Abu Muslim ternyata benar, kerana akhirnya beliau menemui αjαl pada tahun 755 dipercayai angkara perintah al-Mansur.
Tidak cukup dengan pemergian Abu Muslim, pihak Syiah perlu menanggung keped.ihαn lebih besar 10 tahun kemudian. Ramai dalam kalangan Syiah menghormati Jafar al-Sadiq sebagai Imam Keenam.
Pengaruh ini membuatkan Abbasiyah berasa gusar, jika al-Sadiq satu hari nanti boleh mencαbαr untuk kuasa khilafah (Sluglett & Currie, 2015). Maka ramai dalam kalangan Syiah percaya yang al-Sadiq mαti dirαcµn al-Mansur. Benar atau tidak, itu tidak penting dalam perbincangan ini.
Pemergian Jeneral Abu Muslim dan Imam al-Sadiq menghilangkan populariti al-Mansur dalam kalangan Syiah. Banyak kisah al-Mansur dimainkan, seperti pengumpulan tempurung kepala warga Syiah sebagai tanda αmαrαn.
Maka dengan semangat pembetulan semakin panas di Dunia Barat, tempiasnya sudah tiba di bumi Iraq yang masyarakat Syiahnya berbeza untuk dibandingkan dengan warga Iran.
Itu yang sedang berlaku sekarang. Jujurnya, tunggangan arus sebegini tidak begitu tepat. Al-Mansur hidup sekitar abad kelapan, terlalu jauh untuk disekutukan dengan Lee di Amerika Syarikat. Gaya hidup ketika itu pun lain sangat.
Tindakan al-Mansur pun tidak lagi memberi kesan kepada demografi sekarang. Cuma tidak penting untuk ulas secara lanjut. Al-Mansur tiada kena mengena dengan Malaysia. Lebih penting untuk ambil iktibar daripada arus pembetulan ini.
Kerana sudah tiba masanya untuk kerajaan sertai arus pembetulan dan naikkan tugu figura-figura sepatutnya pada tempat orang yang tidak layak dikenang. Tengok saja Amerika Syarikat. Walaupun ditentang segelintir, golongan sebenar yang dikenang… mengambil alih tempat figura tidak patut dikenang.
RUJUKAN:
Martinez, G. (2021, September 23). Richmond unveils 12-foot bronze statues of emancipated (ditapiskan) near site of torn-down monument of Confederate Gen. Robert E. Lee in victory for BLM. Daily Mail.
Porterfield, C., & Dangor, G. (2021, September 8). Virginia (ditapiskan) Down Richmond’s Robert E. Lee Statue, the Largest Confederate Monument in the U.S. Forbes.
Sluglett, P., & Currie, A. (2015). Atlas of Islamic History. Routledge. Halaman 26.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih