31 Januari 2024 ialah hari yang bersejarah buat Bangsa Johor. Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17.
Kali terakhir Sultan Johor pegang jawatan YDPA ialah pada tahun 1989 dijawat oleh Sultan Iskandar ibni Sultan Ismail, ayahanda Sultan Johor sekarang.
Bila tonton istiadat mengangkat sumpah semalam, mesti ada yang hairan kenapa kaum kerabat Johor tak pakai tanjak kan?
Sememangnya mahkota menjadi lambang keunikan Kesultanan Johor dan bukannya tanjak. Mahkota Kerajaan Johor ada reka bentuk mirip seperti Mahkota yang digunakan oleh Kerajaan Eropah.
Negeri Johor merupakan negeri yang terawal guna Mahkota untuk pemerintah iaitu pada tahun 1886 diikuti dengan Selangor (1903), Terengganu (1920) dan Kelantan (1921).
Mahkota Kerajaan Johor ditempah khas dari London dibuat oleh J W Benson berdasarkan kepada Mahkota St Edward. Namun Ia diubah suai agar lebih bercirikan ketimuran dengan bulan sabit dan dan bintang pecah lima disekeliling mahkota dan di sebelah atas mahkota.
Mahkota mula diguna pakai sewaktu pertabalan Sultan Johor pertama era moden iaitu Almarhum Maharaja Abu Bakar Alkhalil Ibrahim Shah / Almarhum Sultan Sir Abu Bakar ibni Almarhum Temenggung Daeng Ibrahim Sri Maharaja Johor (1862-1895).
Maharaja Abu Bakar guna Mahkota sebagai alat kebesaran diraja Johor kerana baginda ketika itu merupakan keturunan Temenggong.
Pemerintah beraja ketika tu pakai Tengkolok Diraja yang merupakan pakaian rasmi bagi pemerintah Melayu.
Maka baginda cari satu identiti khas bagi melambangkan kekuasaan Kesultanan Johor dari susur galur Temenggong.
Disebabkan hubungan baik Sultan Abu Bakar dengan British semasa pemerintahan Ratu Victoria, baginda terapkan penggunaan mahkota dalam institusi beraja Johor Moden.
Sebab itulah jika dilihat Kesultanan Johor lebih kepada ciri-ciri barat mirip yang dipakai kaum kerabat Johor dalam istiadat semalam. Kesultanan Johor guna warna biru sebagai warna rasmi Diraja disamping pemakaian jubah panjang sama seperti kemahkotaan Raja-Raja Inggeris.
Wangsa Temenggung ambil alih Kesultanan Johor apabila Sultan Ali Iskandar Shah yang merupakan keturunan Bendahara terakhir menyerahkan Johor kepada Temenggong Daeng Ibrahim pada tahun 1855.
Dalam Perjanjian Setia 1885 ni, Temenggong tak guna gelaran Sultan bagi menghormati kedudukan Sultan Ali sebagai Sultan Kesang.
Awalnya, Temenggong Abu Bakar juga tak menggunakan gelaran itu walaupun jajahan Kesang diserahkan kepada Baginda sebagai jajahan takluk Johor pada tahun 1877.
Penyerahan Kesang dibuat melalui beberapa rundingan antara Tunku Alam sebagai waris Sultan Ali, British dan wakil Maharaja Abu Bakar.
Mulai itu juga, gelaran Sultan turut digunakan oleh Maharaja Abu Bakar dan seterusnya sehingga hari ini.
Mungkin YDPA Sultan Ibrahim juga akan memakai Tengkolok Diraja ketika Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong sebagaimana ayahandanya pada 1984 memandangkan ianya merupakan pakaian kebesaran diraja bagi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Oleh: Azizul Farhan
___
Memandangkan Sultan Johor dan jadi Yang di-Pertuan Agong kita sekarang, selam sama-sama sejarah sepanjang wujudnya Kesultanan Johor bersama TASJIL ANIS SALATIN 2: RAHSIA AGUNG JOHOR! Dapatkan segera!
https://shope.ee/9ewHfxEuNq




No comments yet