Kita ni dah la marhaen. Nak pergi Starbucks pun kena berkira baru boleh beli. Tapi bila beli je mesti nama kita akan tersalah tulis. Haih.
Sebenarnya, diorang memang sengaja tulis nama kita salah. Barista Starbucks sebenarnya sengaja tersalah eja nama pelanggan yang ditulis pada cawan Starbucks demi viral marketing untuk meluaskan pemasaran Starbucks tanpa perlu siaran iklan komersial.
Korang pun mesti tak pernah tengok iklan Starbucks keluar kat TV mahupun dalam iklan Youtube.
Biasanya pelanggan Starbucks akan post gambar cawan Starbucks yang bertulis nama mereka di media sosial. Kalau tersalah eja nama mereka pada bekas minuman tersebut, kita dapat tengok pelanggan meluah rasa kecewa menerusi media sosial.
Bila gambar macam tu tular, orang lain pulak nak cuba, siapa tahu, kali ni tak salah eja.
Walaubagaimanapun, pihak atasan Starbucks tak pernah keluarkan arahan kepada mana-mana pihak untuk sengaja menyalah eja nama pelanggan tanpa sebab.
Sempat jugaklah #Starbucksnamefail trending di Twitter dan Instagram dulu. Walaupun Starbucks menafikan perkara tersebut. Kita dapat lihat betapa sebenarnya ia merupakan satu langkah pemasaran tahap “evil genius.”
Oleh: Azizul Farhan
___
Bagi pendapat korang sendiri, bijak tak cara Starbucks promote perniagaan diorang? Kalau korang nak perniagaan korang laku gila macam Starbucks, PSYCHOLOGY OF MONEY ada jawapannya. Dapatkan segera sementara DISKAUN SETINGGI RM15 SEKARANG!
https://bit.ly/psychologyofmoneypatriots
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih