Sejak kopi ditemui di Ethiopia, minuman tersebut terus menjadi terkenal sehingga ke hari ini. Malah ada beberapa negara menjadikan kopi sebagai minuman utama mereka.

Bermula dari situ semakin banyak syarikat berasaskan kopi berjaya ditubuh dan salah-satunya adalah Starbucks.

Sebagai pemain utama dalam pasaran kopi, Starbucks senantiasa mendapat permintaan tinggi di mana-mana negara yang miliki cawangan mereka.

Dengan rasa yang premium dan mengalaman mengasyikkan, Starbucks terus menjadi pilihan kebanyakkan orang untuk menikmati kopi.

Apa yang peliknya, Starbucks hampir gagal di Vietnam. Lelaki Vietnam tak suka belanja makwe mereka Starbuck ke?

Jadi kenapa Starbucks gagal di sana?

  1. Kandungan Kafein Kurang

Orang Vietnam memang sangat sukakan kopi pekat dan likat yang dibuat menggunakan biji robusta. Starbucks pula lebih gemar gunakan biji arabica.

Bagi orang Vietnam, kopi Starbucks belum cukup ampuh untuk berikan mereka tenaga kerana kandungan kafein kurang.

Berlainan pula dengan kopi ais Vietnam yang miliki kandungan kafein agak tinggi dan sangat menepati cita rasa mereka.

  1. Pengeluar Kopi Nombor 2 Dunia

Sejak kopi diperkenalkan oleh Perancis pada ke-19, Vietnam terus menjadikan kopi sebagai antara komoditi utama mereka.

Buktinya hari ini, Vietnam menjadi pengeluar kedua terbesar dunia dengan kira-kira 1,650,000 tan metrik kopi berjaya dihasilkan.

Apa kaitanya?

Penjual kopi Vietnam tidak perlu mengimport kopi dari luar kerana mereka sendiri miliki lambakan hasil. Jadi biji kopi boleh didapati dengan harga cukup murah lantas boleh dijual secara berpatutan.

Starbucks pula guna kopi import dan dijual dengan harga tak masuk akal.

  1. Awak Terlalu USA Untuk Saya

Masalah utama Starbuck adalah hanya kenali diri tetapi tidak kenali pelanggan. Starbucks hanya hadkan menunya kepada flat white dan latte sahaja.

Padahal, kopi Vietnam ini boleh tahan dia punya unik dan salah satunya adalah kopi telur. Terdapat juga beberapa jenis kopi yang dicampur yogurt dan buah-buahan.

Inilah yang Starbuck gagal buat iaitu mengadaptasi variasi kopi Vietnam dalam menu mereka.

Pelanggan pun merasa sia-sia pergi ke Starbuck kerana hanya dihidangkan kopi bernuansa Amerika sahaja.

  1. Persaingan Terlalu Kuat

Starbucks sebenarnya agak baru di Vietnam kerana sebelum ini, negara tersebut mengharamkan syarikat daripada USA membuka cawangan sehingga tahun 1995.

Selepas itu barulah Vietnam membenarkan beberapa syarikat USA membuka cawangan dan antaranya adalah Starbucks.

Ketika Starbucks masuk ke Vietnam, mereka terkejut kerana perlu bersaing dengan ribuan peniagan kopi tempatan.

Di tambah pula hampir 80% pasaran restoran di Vietnam dikuasai oleh peniaga tempatan. Paling perit sekali adalah peniaga tempatan menawarkan harga yang cukup murah.

Macam mana nak selesaikan masalah ini?

Syarikat-syarikat luar yang nak masuk Vietnam perlu selaraskan harga makanan/minuman menghampiri peniaga tempatan.

Jika masih lagi nak kekal dengan harga mahal, bersiap sedialah untuk lingkup.

  1. Bukan Pilihan Utama

Biarpun harga kopi di Starbucks agak mahal berbanding peniaga tempatan, pelanggan Vietnam masih lagi mengunjungi restoran itu.

Namun bezanya, Starbucks tidak menjadi tempat lepak ataupun bermesyuarat secara santai seperti negara-negara lain.

Orang Vietnam hanya datang ke Starbuck jika ada sambutan hari jadi ataupun majlis-majlis penting. Konsepnya sama seperti kita menikmati KFC pada awal era 2000-an dulu.

Senang cerita, orang Vietnam tidak akan pergi ke Starbucks hanya untuk menikmati kopi semata-mata.

RUJUKAN:

Saini, L. (2020, Januari 10). Why Starbucks is failing in Vietnam. Better Marketing. Dipetik daripada https://bettermarketing.pub/why-starbucks-is-failing-in-vietnam-e77a87c3eccb


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply