Kenyataan Rayhan Kabir dalam dokumentari al-Jazeera ialah percikan api terhadap minyak yang telah lama mendidih. Pada 19 Julai 2020, Rayhan yang takut dit4ngkap telah menulis satu kenyataan lagi.
Dalam kenyataan ini, dia menyatakan amarahnya kerana warga-warga Bangladesh dilayan teruk seperti hamba. Dibayar sedikit tetapi dipvkul dan dihvkum kerana sistem sedia ada membenarkannya. Katanya juga ada pendatang dib0gelkan sebagai hvkuman pun.
Tetapi Rayhan menutup mesejnya dengan mengatakan satu-satunya jen4yahnya adalah kerana dia dilahirkan sebagai bangsa Bengali (Hasan, 2020).
Senang kata Rayhan menyebarkan berita palsu dalam dokumentari al-Jazeera berdasarkan ketidakpuasan hatinya terhadap layanan warga-warganya terima.
Sebagai seseorang yang mungkin paling idealistik pernah Malaysia ada, kelantangannya telah mengundang masalah terhadap diri sendiri. Sekelip mata, seluruh Malaysia menuntut tindakan terhadap kedangkalannya.
Dan apabila ditangkap pula, wujud segelintir yang mengecam tangkapan tersebut (McLennan, 2020). Amnesty International meminta Rayhan tidak diusir.
Namun menurut Jabatan Imigresen pula, Rayhan didapati tidak bekerja dalam sektor seperti dipermitkan (Kumarappa, 2020).
Menariknya ramai yang melihat bahawa punca pengusiran adalah kerana terlibat dalam menyampaikan berita palsu semasa negara menghadapi kegentingan koronavirus.
Sekalipun jika itu perkaranya, tiada masalah pun untuk Malaysia halaukan. Kerana negara-negara lain dalam dunia ini telah menghalau pendatang-pendatang asing bagi punca-punca seakan-akan sama.
- Menghina Islam
Malaysia pernah diheret ke dalam urusan Arab Saudi apabila Hamza Kashgari melarikan diri daripada Riyadh terus ke Kuala Lumpur.
Arab Saudi membvru Kashgari yang didakwa menghina Nabi Muhammad (SAW) dalam sebuah ciapan Twitter (BBC, 2012) yang menular kepada 30,000 balasan.
Setibanya di Kuala Lumpur, Malaysia tidak mengendahkan rayuannya dan terus mengusir balik meskipun tiada perjanjian ekstradisi bersama Arab Saudi.
Emiriyah Arab Bersatu pun pernah mengusir tiga warga Sri Lanka kerana menghina Islam.
Tidak cukup dengan pengusiran, Mahkamah Dubai menghvkum denda RM577,192 (Dh500,000) dibawah Kanun Keseksaan Persekutuan (Colombo Gazette, 2020).
- Menghina Aspek Negara
Mungkin penghinaan Islam itu terlalu tinggi untuk dibandingkan apa dibuat Rayhan Kabir. Namun begitu, ada saja laporan-laporan berita bahawasanya penghinaan dalam zon kategori Rayhan pun mengundang pengusiran bagi orang lain.
Seorang warga Haiti telah didapati bersalah kerana menghina bendera Bahamia. Maryanke Augustine dijatuhkan hvkuman pengusiran kembali ke Haiti (Maycock, 2014).
- Meng4sari Pegawai Berkuasa
Seorang warga British telah dijatuhkan hvkuman penj4ra kerana mencekik seorang polis di Dubai sambil menghina lagi. Walaupun membela diri tidak bersalah, pihak hakim tidak bersetuju dengan hujahnya.
Malah warga ini juga dikatakan tidak memberikan kerjasama langsung apabila anggota polis bertanya. Bila ditanya nama, dia kata “kambing”. Bila ditanya asal mana, dia membalas, “pejabat polis”.
Warga ini kemudian dijatuhkan hvkuman penj4ra tiga bulan sebelum dihalau keluar (Amir, 2019).
Apa Masalahnya Bila Malaysia Halau Rayhan?
Kesimpulan daripada tiga punca di atas sangatlah jelas: sesiapa yang melanggar prinsip negara akan diusir. Amerika Syarikat pun berbuat benda sama. Daniel Zehr hanyalah seorang petani pun diusir pada tahun 2004 kerana enggan mengambil gambar untuk kad identiti.
Maka tiada salah pun apabila Rayhan Kabir diusir, kerana menabur fitnah terhadap layanan kononnya buruk. Pertama sekali, warga-warga Bangladesh yang dilayan kononnya buruk perlu diteliti dahulu status mereka dalam negara.
Dan pada masa koronavirus melanda, amatlah aneh bagi seseorang untuk sertai dokumentari yang jelas sekali mengecam negara induk.
RUJUKAN:
Amir, S. (2019, Oktober 11). British man to be deported after mocking and insulting officers. The National. Retrieved from https://www.thenational.ae/uae/british-man-to-be-deported-after-mocking-and-insulting-officers-1.922194
BBC. (2012, Februari 12). Malaysia deports Saudi journalist Hamza Kashgari. Retrieved from https://www.bbc.com/news/world-asia-17001900
Colombo Gazette. (2020, Januari 21). Three Sri Lankans in Dubai to be deported for insulting Islam on social media. MENAFN. Retrieved from https://menafn.com/1099582693/Three-Sri-Lankans-in-Dubai-to-be-deported-for-insulting-Islam-on-social-media
Hasan, S. (2020, Ogos 1). ‘My only (ditapiskan) is I am a Bengali.’ The Daily Star. Retrieved from https://www.thedailystar.net/top-news/news/my-only-crime-i-am-bengali-1939341
Kumarappa, K.M. (2020, Ogos 1). Rayhan abir found (ditapiskan) work permit, says Immigration source. The Malaysian Insight. Retrieved from https://www.themalaysianinsight.com/s/264167
Maycock, D. (2014, Julai 31). Two Haitians Fined and One Deported for Insulting the Bahamian Flag. The Tribune. Retrieved from http://www.tribune242.com/news/2014/jul/31/two-haitians-fined-and-one-deported-insulting-baha/
McLennan, S. (2020, Julai 17). Malaysia Shouldn’t Persecute Outspoken Migrant Worker. Human Rights Watch. Retrieved from https://www.hrw.org/news/2020/07/17/malaysia-shouldnt-persecute-outspoken-migrant-worker
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih