Albert Einstein percaya kepada Tuhan. Tuhan yang dipercayai oleh Einstein bukanlah Tuhan peribadi (personal God) seperti Tuhan Muslim, Kristian dan Yahudi. Einstein percaya pada Tuhan yang ‘dibentuk’ oleh Baruch Spinoza. Bagi Einstein, kepercayaan kepada tuha peribadi adalah terlalu naif. Perkataan ‘Tuhan’ seakan-akan menunjukkan suatu bentuk ekspresi kelemahan manusia dan primitif.
Bagaimanakah Tuhan yang dipercayai oleh Spinoza dan juga Einstein? Siapakah Spinoza?
Spinoza adalah ahli falsafah Belanda. Seperti Einstein, Spinoza pun berbangsa Yahudi. Projek utama falsafah Spinoza adalah untuk ‘membaiki’ dan ‘membentuk’ semula agama. Spinoza percayakan Tuhan dan percaya agama merupakan bentuk ‘hubungan’ dengan Tuhan. Tetapi Spinoza berasa skeptik dengan agama yang dianutinya. Bagi dia, agama samawi (Judaism) itu mengarut dan penuh khurafat. Spinoza cuba untuk ‘merevolusikan’ agama samawi.
Idea metafizik ini ditulis dalam karya agung Spinoza yang berjudul ‘Ethics’. Idea utama metafizik ini adalah berdasarkan monism. Dalam dunia ini hanya satu ‘substance’ saja yang wujud, dan ia dapat difahami dengan pelbagai cara dan tidak terbatas. Segala ciptaan di dunia ini adalah berdasarkan sifat-sifat ‘substance’ tersebut.
‘Substance’ ini tidak mempunyai sebarang kasual (sebab dan akibat) melainkan daripada dirinya sendiri. ‘Substance’ ini bersifat tidak terbatas (infinite) kerana kalau ia terbatas (finite), maka ‘substance’ ini dapat dibataskan dengan perkara lain. ‘Substance’ ini mempunyai sifat-sifatnya tidak terhingga banyaknya.
Menurut Spinoza ‘Subtance’ ini adalah Tuhan.
Tuhan ini ekspreskan diri dan sifatnya melalui pelbagai cara (inifinite). Segala realiti yang terbentuk di dunia ini adalah hasil daripada ekspresi sifat-sifat Tuhan ini. Manusia wujud hasil daripada sifat-sifat Tuhan ini. Jadi, di sini sebenarnya berlaku ‘kesatuan’ antara manusia dan Tuhan.
Macam mana Tuhan ini mempunyai ‘hubungan’ dengan ‘ciptaannya’ dari segi metafizik dan epistemologi agak rumit untuk diterangkan.
Tuhan ini adalah alam. Tuhan ini adalah segala hukum sains. Tuhan ini adalah kebenaran dan hakikat. Tuhan ini adalah sebuah bentuk taakulan (reason). Segala yang wujud terdapat di ‘dalam’ Tuhan, dan tiada apa yang wujud selain daripadanya.
Tuhan ini tidak mengazab perbuatan buruk dan tidak memberikan ganjaran pada perbuatan baik. Tiada kehidupan selepas mati. Tiada yang memberikan keajaiban dan tiada yang mendengar doa-doa manusia.
Inilah Tuhan yang dipercayai oleh Einstein. Tuhan yang cuba ditaakulkan (reasoned) dan Tuhan yang cuba disaintifikan supaya ia tepat mengenai akal, bukan tidak logik yang selalu disebut oleh wahyu (pandangan Einstein, bukan pandangan kami).
Einstein pun akui dia bukanlah seorang ateist.
“I believe in Spinoza’s God, Who reveals Himself in the lawful harmony of the world, not in a God Who concerns Himself with the fate and the doings of mankind.”
– Albert Einstein




No comments yet