I fully support you sarr

We stand with you sarr

Pelik kan? Apa kena mengena diorang ni dengan Israel? Nak kata serumpun tak, sebangsa tak, seagama pun tak.

Mana logiknya?

Logiknya terletak pada Hindutva.

So, apa benda Hindutva ni?

Hindutva ni ialah ideologi nasionalisme yang diasaskan berdasarkan kepercayaan agama Hindu.

Kebanyakan penyokong parti yang memegang kerajaan India sekarang iaitu BJP amalkan ideologi ni.

Ideologi ni lebih kearah “right-wing extremism” dan hampir ke arah fasis memandangkan ideologi ni diinspirasikan daripada gerakan Fasis di Eropah.

Benda ni sikit-sikit ok lagi, tapi bila besar sangat tu yang membawa bencana.

Diorang jadi anti kepada agama lain. Khususnya anti-Islam. Sampaikan ada pertikaian berkaitan kegiatan penyebaran dan pengamalan ajaran-ajaran Kristian dan Islam serta status agama-agama ini di mata penyokong Hindutva.

Diorang nampak Palestin disokong kuat oleh orang-orang Islam seluruh dunia. Jadinya diorang pilih untuk side kepada Israel. Walhal Israel pun taknak diorang ni.

Apabila kebencian tu terlalu dalam, itu yang menyebabkan perpaduan tak dapat dicapai.

Tujuan Hindutva ni pun ok je asalnya, hanya untuk bebas mengamalkan agama Hindu. Tetapi bila dah menjadi ekstrem, ia akan bawa kepada isu sensitif yang boleh mewujudkan satu perkara yang tak disenangi.

Pernah jugak diorang suarakan untuk buat genocide orang-orang Islam di India untuk “menyelamatkan” negara diorang.

Korang kenal Mahatma Gandhi? Yep, orang yang memerdekakan India. Beliau dibunuh oleh seorang pelampau agama Hindu pada 1948. Inilah bahayanya ideologi Fasis.

Terlalu kanan menjadi Fasis.

Terlalu kiri menjadi Komunis.

Oleh: Azizul Farhan


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply