Nabi Musa (as) menggalas amanah yang luar biasa. Pada mulanya, baginda perlu mengeluarkan Bani Israil daripada bumi Mesir Purba. Bukannya senang, tambah perlu berurusan dengan seorang yang barangkali paling gila kuasa dalam sejarah manusia.
Kemudian baginda perlu naik Gunung Tursina untuk menerima wahyu susulan. Turun saja daripada gunung, entah apa yang bermain dalam perasaan baginda melihat Bani Israil terjerumus dalam lembah syirik.
Selesai saja semua kegilaan dengan isu Samiri, baginda mengembalikan Bani Israil ke landasan sepatutnya.
Semasa berada di Gunung Tursina, baginda menerima anugerah wahyu Taurat dan Talmud, serta 10 Hukum yang membentuk agama-agama Ibrahim hingga hari ini. Tetapi baginda juga diperintah supaya bina satu peti yang sangat terperinci.
Dalam kalangan Bani Israil, terdapat dua tukang kayu yang berkemahiran. Oholiab bin Ahisamakh daripada Suku Dan dipilih untuk membantu Bezalel bin Hur daripada Suku Judah (Haberer & 2001).
Setiap perincian peti ini sudah diwahyukan pada Nabi Musa (as). Dua tukang kayu hebat ini hanya perlu ikut saja, menggunakan kayu shittim dalam bentuk 131 x 79 x 79 sentimeter. Peti ini kemudian diberi sentuhan emas dengan warna yang bersesuaian dengan fitrahnya sebagai alat kesucian Judaisme.
Rantauan Dan Hilang
Peti Tabut menjadi simbol utama semasa Bani Israil menjadi buangan selama 40 tahun kerana enggan berperαηg meηeηtαηg Uj. Dalam setiap perjalanan mereka, Peti Tabut ini akan diusung di bahagian hadapan seolah-olah satu isyarat kedatangan Bani Israil.
Apabila Peti ini dibawa sekali semasa Yehoshua bin Nun pergi berperαηg dengan bandar Jericho. Selama enam hari berturut-turut, para agamawan mengusung Peti Tabut di serata bandar dengan tiupan trompet Judaisme.
Setiap generasi Bani Israil menyandang amanah supaya dapat menjaga Peti Tabut dengan baik. Bertukar-tukar tangan jadinya, sampailah Nabi Daud (as) dan Nabi Sulaiman (as) bertakhta.
Selepas zaman kenabian ini, Bani Israil mula mengalami kejatuhan angkara perpecahan dalam kalangan suku-suku sendiri.
Pada tahun 587 S.M., Empayar Babylon datang membiηαsαkαn Jerusalem dan Kuil Nabi Sulaiman (as).
Sejak hari itu, tiada siapa tahu apa yang berlaku pada Peti Tabut. Banyak teori dilemparkan. Ada yang cakap Babylon ambil. Ada yang cakap peti ini masih ada di kawasan Haram ash-Sharif. Terkemudian, turunlah kitab Injil dan akhirnya agama Islam yang disempurnakan.
Maka banyak cerita pasal Peti Tabut disampaikan kepada umat manusia. Cuma lokasinya seolah-olah dirahsiakan, dengan semua mata terletak pada Israel dimana Nabi Daud (as) pernah membangunkan sebuah bandar (Lovett & Hoffman, 2020).
Kenapa Penting Sangat?
Peti Tabut menjadi artifak rebutan semua pihak atas mµkjizαt yang dipercayai ada padanya. Ia dikatakan mampu menghαpµskan sebarang halangan; katanya bantu memudahkan urusan hamba Tuhan.
Dengan erti kata lain, sesiapa yang ingin menjadi ketua sebuah negara barangkali dipermudah dengan berkat yang pernah disantuni pada peti ini.
Malah peti ini juga mampu menghalau semua haiwan merbαhαyα. Bayangkanlah, dengan mengusung peti ini sambil meniup trompet, bandar Jericho boleh jatuh.
Cuma barangkali keberkatannya telah hilang angkara kelakuan Bani Israil pada ketika Babylon datang untuk mengambil Jerusalem. Maka dalam pada itu, semua boleh hidu bahawa peti ini memang suci… cuma kesuciannya terletak pada kuasa-Nya sahaja.
Mungkin disebabkan itu orang ramai meletakkan mata pada Haram ash-Sharif dan Masjid al-Aqsa, katanya Peti Tabut disimpan di bahagian bawah tanahnya.
RUJUKAN:
Lovett, R., & Hoffman, S. (2020, Januari 30). Why the Ark of the Covenant Is one of the history’s enduring mysteries. National Geographic.
Haberer, J., (2001). Living the Presence of the Spirit. Westminster John Knox Press.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih