Baru-baru ini semasa Hari Raya Korban, beberapa video sembelihan viral di media maya yang menunjukkan perut lembu dengan cacing berwarna merah-perang. Ini mencetuskan satu soalan. Daripada mana datangnya cacing ini?
Berdasarkan warna dan bentuknya, cacing merah ini ialah sejenis cacing fluk, yakni sejenis cacing pipih yang nipis. Sepupu kepada cacing fluk ini ialah cacing pita yang juga merupakan cacing pipih. Selalunya cacing fluk ni lebih dikenali sebagai parasit hati (fluk hati) dan kerap kali dijumpai pada hati rusa liar, tapi fluk yang menyerang perut lembu ini ialah dari genera Paramphistomumleydeni sp., sejenis fluk perut/rumen.
Cacing ni sebenarnya berwarna putih pucat, jadi warna merah-perang tu datang daripada warna cecair perut. Bila cacing ni mengawan dan bertelur dalam perut lembu, telur cacing itu akan dinyah keluar bersama-sama dengan najis lembu. Apabila telur ini berada pada kawasan yang lembap dan berair, telur ini akan menetas menjadi miracidium – anak cacing yang masih tak berupa cacing.
Bila dia membesar dalam badan siput tu, dia berubah menjadi redia yang berupa seperti cacing dan kemudiannya keluar daripada badan siput, cari rumput basah untuk melekat dan berhibernasi di situ. Bila lembu memakan rumput yang dijangkiti cacing tidur ini, cacing ini akan menjadi aktif kembali apabila ia tiba di perut lembu dan menjangkiti perut tersebut beramai-ramai, macam yang kita tengok pada video perut lembu raya korban dulu tu.
Menariknya, tindakan cacing ni sebenarnya tak merbahaya pun pada lembu tu. Tak mendatangkan kesan apa-apa pun dan jarang menyebabkan lembu tu jatuh sakit. Yang boleh buat lembu jatuh sakit dan mati ni sebenarnya ialah serangan fluk hati, bukannya fluk perut macam Paramphistomumleydeni sp. ini.
Disebabkan hos cacing ini ialah siput dan haiwan rumen seperti lembu dan biri-biri, cacing ini tak mendatangkan apa-apa penyakit pun pada manusia sebab badan manusia ni tak sesuai untuk tumbesaran cacing tersebut. Jadi perut lembu yang ada cacing ni sebenarnya selamat dimakan, cuma kita kena hati-hati cuci dan buang cacing tu daripada perut lembu tersebut terlebih dahulu.
Disebabkan cacing ni selalu berhibernasi pada rumput basah, maka untuk elakkan masalah ni, ladang lembu tu perlu kering tanpa ada kawasan bertakung untuk elakkan jangkitan fluk perut lembu ini.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
Alkisah diceritakan tentang pemuda, yang berdua tiadalah bertiga, yang berjasad dan bertumbuh, juga mempunyai sahabat dalam tubuh. Sebagai seorang pelajar Bioteknologi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kuantan, Ammar dan sahabatnya, A sentiasa berganding bahu dalam mencari erti kewujudan alam, cuba mengkagumi ciptaan Tuhan melalui kaca mata sains biologi dan falsafah. Impian terbesar mereka adalah untuk menghampiri Ilmu Mutlak, kerana akal yang tak berisi tiadalah dibau kasturi, melainkan debu nista yang berbau jebat.