Soalan yang mungkin korang pernah terfikir. Kenapa kulit kita gelap tak macam kulit orang putih? Benda ni sebab cuaca kita dan juga tindak balas badan kita.

Semua orang tahu Malaysia ni panas dan cahaya matahari dia terik. Disebabkan benda ni, kita sentiasa terdedah dengan sinaran UV yang merbahaya. Sebab tu bila berkawad dekat padang masa tengah hari ke, atau buat kerja dekat luar masa panas terik, kulit kita boleh ‘terbakar’ dan menggelupas. Tapi ni tak teruk lagi. Dia jadi teruk bila kita boleh kena kanser kulit.

Oleh itu, badan kita akan lindungi kita dengan hasilkan melanin, sejenis pigmen yang buat kulit kita gelap. Lagi banyak melanin dihasilkan, lagi gelap kulit kita, lagi terlindung kita terhadap cahaya matahari. Ini menerangkan kenapa kulit kita gelap dan kulit mat saleh putih. Negara Eropah cahaya matahari tak kuat macam kita, jadi diorang tak perlu melanin banyak sangat. Cuma bila diorang duduk dekat kawasan panas macam Australia atau Asia Tenggara, itu yang diorang selalu pergi hospital buat rawatan tumor-kanser kulit sebab cahaya UV tu rosakkan kulit diorang.

Tapi kan, kenapa ada je orang kita yang kulit putih? Senang. Sebab orang kita dah tak pergi menyawah tengah tengah panas dah. Semua kerja ofis, lepas tu pakai skincare. Sebab tu sekarang ramai yang putih melepak macam Mira Filzah.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Alkisah diceritakan tentang pemuda, yang berdua tiadalah bertiga, yang berjasad dan bertumbuh, juga mempunyai sahabat dalam tubuh. Sebagai seorang pelajar Bioteknologi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kuantan, Ammar dan sahabatnya, A sentiasa berganding bahu dalam mencari erti kewujudan alam, cuba mengkagumi ciptaan Tuhan melalui kaca mata sains biologi dan falsafah. Impian terbesar mereka adalah untuk menghampiri Ilmu Mutlak, kerana akal yang tak berisi tiadalah dibau kasturi, melainkan debu nista yang berbau jebat.

Leave A Reply