Kalau kita tengok peta hari ini, Korea terbagi kepada dua negara: Korea Utara dan Korea Selatan. Tapi ramai tak tahu, dulunya Korea ialah satu negara yang bersatu di bawah satu kerajaan.

Jadi, macam mana sebuah negara yang pernah bersatu boleh berakhir dengan dua kerajaan yang saling bermusuhan?

Jawapannya terletak dalam sejarah penjajahan dan Perang Dingin.

Sebelum Perang Dunia Kedua, Korea dijajah oleh Jepun dari tahun 1910 hingga 1945. Tapi apabila Jepun kalah pada tahun 1945, kuasa besar dunia iaitu Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet ambil kesempatan untuk bahagikan Korea kepada dua zon pengaruh.

Mereka tarik satu garisan di paras 38° Utara, yang dikenali sebagai Garisan 38 (38th parallel): Utara Korea dijaga Soviet, Selatan Korea dijaga Amerika.

Pada mulanya, ini cuma pembahagian sementara. Tapi disebabkan permusuhan ideologi antara dua kuasa besar—komunisme di pihak Soviet dan kapitalisme di pihak Amerika—Korea akhirnya terbelah kekal.

Soviet bantu tubuhkan Korea Utara dengan kerajaan komunis di bawah Kim Il-sung. Amerika pula sokong kerajaan Korea Selatan yang pro-Barat, dipimpin oleh Syngman Rhee.

Pada tahun 1950, Korea Utara serang Korea Selatan untuk satukan semula negara itu di bawah komunis. Maka bermulalah Perang Korea (1950–1953), yang akhirnya berakhir dengan gencatan senjata.

Tapi sempadan masih kekal di garisan asal; 38th parallel.

Jadi, kenapa Korea terbelah dua?

Kerana Korea jadi mangsa persaingan dua kuasa besar dunia. Bukan kerana rakyat Korea sendiri nak berpecah, tapi kerana dunia ketika itu terbahagi kepada dua blok ideologi yang saling berebut pengaruh. Dan garisan sempadan itu masih wujud hari ini.

Sempadan Garisan 38 kekal menjadi simbol Perang Dingin yang belum pernah benar-benar berakhir di Semenanjung Korea.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Historofil yang punyai minat untuk berkongsi hasil dapatannya melalui wadah penulisan. Harapannya cuma satu, menjadi sebahagian daripada penyumbang kepada pembangunan tamadun anak bangsa menuju sebuah keagungan.

Comments are closed.