Dalam tempoh 1,200 tahun Semenanjung Korea ditadbir oleh sistem beraja, terdapat satu gelaran untuk wilayah berkenaan: China Kecil (Little China). Salah satu bukti ini ialah Raja Korea dari zaman Silla hingga Joseon menerima gelaran mereka daripada maharaja-maharaja China.

 

Semasa Zaman Tiga Kerajaan atau Samguk Sidae, ketiga-tiga kerajaan saling bersaing bagi meraih kekuasaan di semenanjung berkenaan. Ketiga-tiga kerajaan menerima banyak pengaruh China dari pelbagai aspek seperti pakaian, budaya dan agama.

 

Tetapi persaingan Silla, Goryeo dan Baekje berubah apabila pemerintah Silla abad ketujuh, Raja Muyeol membentuk pakatan dengan Maharaja Dinasti Tang ketika itu, Gaozong. Pakatan ini membolehkan Silla menewaskan Baekje (660) dan Goryeo (668). Silla muncul sebagai satu-satunya kerajaan di Semenanjung Korea.

 

Disebabkan bantuan Dinasti Tang, Silla ada sebab terhutang budi dengan mereka. Sebagai pengiktirafan kedudukan Maharaja China lebih tinggi daripada pemerintah Silla, China digelar sebagai suzerain (negara tuan) dengan kerajaan itu bergelar negeri lindungan (vassal-state).

 

Disebabkan status Silla sebagai sebuah negeri lindungan, sebarang tindak-tanduknya perlu mendapat pengiktirafan China. Hubungan suzerain-vassal China-Korea tak berakhir dengan kejatuhan kerajaan Silla pada abad ke-10 Masihi. Ia tetap diteruskan oleh pengganti kerajaan Silla, kerajaan Goguryeo (918-1392) dan kemudiannya kerajaan Joseon (1392-1897).

 

Disebabkan status suzerain-vassal ini, ada banyak pantang yang perlu dipatuhi. Misalnya, dari segi warna pakaian raja Joseon, baginda tidak boleh memakai jubah berwarna kuning yang dikhususkan untuk maharaja Dinasti Ming. Begitu juga dengan warna istana di mana warna kuning dan emas dilarang digunakan pada istana Joseon.

 

Disebabkan status suzerain-vassal, ia turut mempengaruhi aspek kebudayan Joseon. Pakaian pembesar kedua-dua kerajaan sama dari segi rekaan. Latar belakang pendidikan berasaskan Konfusianisme juga digunakan sebagai cara memilih pembesar yang berkebolehan dari kedua-dua kerajaan.

 

Golongan elit Joseon melihat negara mereka sebagai China Kecil. Ini kerana dengan mengamalkan budaya China, ia menampakkan mereka lebih bertamadun. Malah, mereka melihat negara lain yang gagal melaksanakan kebudayaan China sebagai orang tak bertamadun.

 

Atas sebab inilah, apabila Raja Sejong (1397-1450) memperkenalkan tulisan Hangeul, ia dibantah sekeras-kerasnya oleh para pembesar Joseon. Pada mereka, ini merupakan sesuatu yang tidak boleh diterima kerana tulisan yang diperkenalkan itu tidak sehebat tulisan Cina (Hanja).

 

Semuanya berubah apabila orang Manchu menubuhkan Dinasti Qing pada abad ke-17. Kerajaan Joseon melihat orang Manchu sebagai orang tidak bertamadun. Tetapi disebabkan mereka menguasai pemerintahan China di Beijing, mahu tak mahu, terpaksalah kerajaan Joseon mengekalkan hubungan suzerain-vassal China-Korea.

 

China tewas dalam Perang China-Jepun Pertama pada 1895, kerajaan Joseon segera memutuskan hubungan dengan mereka. Raja Gojong kemudiannya mendirikan Daehan Jeguk atau Empayar Korea pada tahun 1897. Baginda turut memakai gelaran maharaja yang sama taraf dengan maharaja China.

 

Sehingga hari ini, sebahagian besar budaya orang Korea berasal dari China disebabkan tempoh Semenanjung Korea yang lama sebagai China Kecil. Menariknya, ada sesetengah budaya masyarakat China yang hilang terus disemarakkan oleh orang Korea hari ini.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

 

Korea banyak mengalami anjakan paradigma dari zaman ke zaman. KITAB TAMADUN KOREA memuatkan banyak informasi menarik mengenai sejarah Korea hingga kini. Boleh beli di:

https://bit.ly/tamadunkorea


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply