Setiap masa, mesti ada kes kematian orang Islam di Palestin. Kenapa agaknya, bumi Jerusalem itu selalu tidak aman? Selalu terjadi peperangan? Mari kita cari jawapannya.

Apa istimewanya Jerusalem?

Jerusalem atau Baitulmaqdis adalah kota suci dalam 3 agama: Yahudi, Kristian dan Islam. Kalau korang fikir balik, tak hairanlah ia sentiasa menjadi rebutan sebab masing-masing agama menginginkannya.

Kaum Yahudi memuliakan Tembok Ratapan sebagai satu-satunya binaan kuil Har Habayit warisan Nabi Sulaiman yang masih wujud dari 2,000 tahun silam. Kaum Kristian pula menganggap kota Betlehem di situ sebagai lokasi Jesus Christ disalib dan dibangkitkan semula. Umat Islam pula mengagungkan Masjid al-Aqsa sebagai masjid ketiga paling suci dan lokasi Nabi Muhammad (SAW) mikraj ke langit.

Siapa yang pernah menguasai Jerusalem?

Sebenarnya, kerajaan yang memerintah Jerusalem kerap berubah dalam garis sejarah. Seumpama sesiapa yang memegang Jerusalem, dialah yang memegang dunia. Sebab ia memang menjadi rebutan banyak negara sepanjang zaman.

Pada 1,000 tahun sebelum Masihi, kota Jerusalem dikuasai oleh kerajaan Bani Israel di bawah pimpinan Nabi Dawud. Kemudian ia bertukar tangan kepada jajahan Assyrian, Neo-Babylonian, Persian, Greek dan Rom sebelum ia jatuh ke tangan Saidina Umar al-Khattab pada tahun 637 Masihi.

Bagaimana umat Islam boleh kehilangannya?

Selama lebih 1,300 tahun, Jerusalem bertahan di bawah kekuasaan umat Islam walaupun beberapa kali bertukar tangan semasa siri Perang Salib. Sehinggalah pada 1917, kekalahan Khilafah Turki Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama memberikan lesen kepada Empayar British untuk bertapak di bumi Jerusalem. Sejak itulah juga, bumi Palestin tak pernah berhenti bergolak.

Rasulullah (SAW) bersabda, “Akan sentiasa wujud daripada umatku, sekumpulan yang terus menegakkan kebenaran dan tegas mendepani musuh. Tidak memudaratkan perjuangan mereka walaupun dipinggirkan dan dirintangi kesusahan, melainkan semua itu hanyalah ujian, sehinggalah datang ketentuan Allah. Mereka akan tetap sedemikian”. Sahabat bertanya, “Di mana mereka itu?” Baginda menjawab, “Mereka berada di Baitul Maqdis dan di kawasan sekitarnya.”

Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz

Kalau bukan sebab British, boleh jadi Palestin masih di tangan umat Islam. Kita kena tahu agenda dan kepentingan barat dengan mengenali sejarah mereka dalam KITAB TAMADUN EROPAH. Klik https://bit.ly/kitabtamaduneropah atau https://thepatriots.store/kte/

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply