Sebut saja megalodon, ramai membayangkan jerung pra-sejarah seperti dibayangkan dalam filem The Meg terbitan Warner Bros. Tetapi mengikut satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Historical Biology, ia boleh saja mencecah saiz lebih besar jika berada di perairan yang lebih sejuk.

Megalodon atau nama saintifiknya Otodus megalodon wujud di setiap perairan dunia antara 15 hingga 3.6 juta tahun lalu. Komuniti saintifik hanya mengetahui tentang haiwan ini menerusi kajian gigi dan fosilnya. Jerung ini boleh mencecah saiz antara 15 hingga 20 meter – satu saiz yang cukup menggerunkan bagi mana-mana haiwan laut pra-sejarah.

Tetapi satu kajian lain mendedahkan semua saiz yang dicadangkan untuk megalodon bersifat spekulasi semata-mata. Ini termasuk imej megalodon dalam The Meg yang menampilkan Jason Statham sebagai protagonis filem tersebut. Dan ini ada kaitan dengan satu peraturan alam yang dikenali sebagai peraturan Bergmann.

Jadi, apa itu peraturan Bergmann? Peraturan Bergmann menerangkan haiwan yang bersaiz besar lebih suka berada di kawasan beriklim sejuk. Ini kerana dengan saiz badan yang besar, ia membantu mereka mengekalkan haba dengan lebih berkesan jika dibandingkan dengan haiwan yang bersaiz kecil. Peraturan ini diperkenalkan oleh ahli biologi Jerman, Max Bergmann pada pertengahan abad ke-19.

Jika teori ini terbukti, ini bermakna megalodon gergasi berkemungkinan hanya berlegar sekitar perairan sejuk seperti Antartika, Artik dan Greenland. Sementara megalodon yang lebih kecil berkeliaran di kawasan perairan yang lebih panas termasuk yang berhampiran dengan garisan Khatulistiwa.

Sebelum ini, penemuan gigi-gigi megalodon yang lebih kecil di beberapa tapak arkeologi menunjukkan ia merupakan kawasan untuk anak-anak jerung tersebut. Tetapi dengan kajian baru ini, saintis mengakui wujud kemungkinan ia milik megalodon dewasa yang bersaiz kecil.

Kajian yang diketuai Profesor Kenshi Shimada ini bukan sekadar membuka lebih banyak kemungkinan tentang megalodon. Tetapi ia juga ibarat cerminan masa depan jerung hari ini termasuk bagaimana ia beradaptasi dengan suhu laut yang semakin panas. Dengan perubahan iklim melanda dunia ketika ini, ia dijangka mengubah banyak aspek termasuk habitat haiwan pemangsa unggul di lautan.

RUJUKAN

Funnell, R. (2022, 7 Mac). Cold Waters May Have Made Megalodon Go Mega-Sized. IFLScience.

Sankaran, V. (2022, 8 Mac). Gigantic Megalodon sharks grew to much larger sizes in cooler waters, new study suggests. The Independent.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply