Sebelum ini, tiada kedengaran secara lantang dunia mengatakan Isra.el adalah sebuah negara Apartheid. Kalau ikutkan, rakyat Palestin telah berbunyi semenjak mereka dijajah pada tahun 1948. Salah satu terma undang-undang (mengatakan Isra.el adalah negara Apartheid)  yang terawal digunakan  telah dijumpai dalam monograf yang ditulis oleh Fayez Sayegh, seorang intelektual dan aktivis Palestin pada tahun 1965.

50 tahun kemudian, mantan Presiden Amerika Syarikat iaitu Jimmy Carter yang menulis buku “Peace Not Apartheid” yang juga menyatakan Isra.el adalah negara Apartheid. Kemudian ia diikuti dengan Archbishop Desmon Tutu yang melawan dasar Apartheid yang dipraktikkan oleh rejim Isra.el. Desmond Tutu antara tokoh dan revolusioner yang lantang melawan dasar Apartheid di Afrika Selatan.

B’Tselem, sebuah gerakan hak asasi manusia Isra.el juga telah mengumumkan bahawa Isra.el adalah sebuah negara Apartheid pada tahun lepasdan ini juga turut diikuti oleh Yesh Din yang juga merupakan gerakan asasi manusia Isra.el telah membuat konklusi bahawa,

“The crime against humanity of apartheid is being committed in West Bank”.

Kemuncaknya apabila Amnesty International juga menyatakan Isra.el adalah sebuah negara Apartheid dan ini secara tidak langsung mengubah persepsi dunia terhadap Isra.el dan mereka mula sedar bahawa Palestin sebenarnya dijajah dan bukanlah sekadar konflik antara Arab dan Yahudi. Dan ini sebenarnya telah membuatkan geng Pro-Isra.el terutama di Amerika Syarikat dan Britain tidak duduk senang.

Disebabkan mereka tak boleh menghalang pengeluaran laporan yang dikeluarkan oleh Amnesty International, Isra.el telah menyelar laporan tersebut dengan mengatakan bahawa laporan itu salah, bias serta anti-Semitik. Bagi Menteri Luar Negeri Isra.el, Yair Lapid pula mengatakan,

“Another radical organisation which echoes propaganda without seriously checking the facts”

Yair Lapid telah menuduh Amnesty bersikap pilih kasih dan sengaja untuk menjatuhkan Isra.el. Tetapi Amesnty hanya membiarkan sahaja tuduhan tidak berasas dan mereka menyatakan yang mereka sentiasa menyatakan sebarang kecurangan terhadap hak asasi manusia di seluruh dunia seperti yang dilaporkan pada Mei 2020 bahawa kempen Myanmar terhadap Rohingya itu dikira Apartheid.

American Israel Public Affairs Committee (AIPAC) yang bertindak sebagai pelobi yang terbesar di Amerika Syarikat mengatakan, “misguided and backward looking effort to vilify Israe.l” terhadap Amnesty.

Laporan yang dibuat oleh Amnesty ini bukanlah sesuatu yang muncul secara tiba-tiba tetapi satu definisi logik yang merujuk kepada penubuhan negara Yahudi secara majoriti di tengah-tengah populasi orang Arab. Sejak Palestin dijajah pada 1948, Zionis telah melakukan perkara termasuklah perampasan, pembunuhan secara terbuka dan pemisahan antara Arab Palestin dan Yahudi.

Ditambah lagi dengan tiada sebarang dakwaan terhadap askar Isra.el sejak peristiwa Intifada Pertama 1987. Kalau ikutkan seramai 370 serangan oleh penjajah telah dilaporkan pada 2021, dan 120 darinya telah menyebabkan kematian. Tapi keadilan atau undang-undang tidak terpakai untuk Isra.el. Undang-undang hanya terpakai buat rakyat Palestin.

Jadi persoalan, kenapa Isra.el begitu terganggu dengan laporan Amnesty International sedangkan mereka sudah mendapat sokongan bukan sahaj dari Eropah dan Amerika Syarikat tetapi dari India, Rusia dan China dan rakan kongsi baru mereka sekarang iaitu rejim Arab?

Ada dua sebab yang baik untuk mereka ‘koyak’. Pertama sekali adalah persoalan identiti. Amnesty telah merompak sokongan yang telah kepada Isra.el yang menyatakan Isra.el adalah negara yang liberal di barat dunia. Ia memaksa Isra.el untuk memilih samada Zionisme atau nilai liberal, tetapi Isra.el lebih memilih Zionisme sepanjang masa.

Sebab kedua pula adalah ketika banyak negara menyokong Isra.el, rakyat dalam negara mereka tidak sekali bersama dalam menyokong Isra.el. Sokonga terhadap Palestin lebih dahsyat dari sebelum ini. Ini menyebabkan Isra.el semakin hilang sokongan dunia dan kerajaan yang menyokong mereka sekarang terpaksa menggunakan kuasa veto mereka untuk mengekalkan ‘status quo’ yang ada.

Apartheid di Afrika Selatan disokong lebih 40 tahun oleh kerajaan yang terpaling barat yang sekarang menyokong Apartheid di Palestin. Sebenarnya banyak juga perbezaan antara Afrika Selatan dan ‘alat’ Apartheid yang digunakan di Palestin adalah berbeza.

Tidak seperti Afrika Selatan mempunyai African National Congress (ANC), Palestin kekurangan pemimpin yang mempunyai visi yang jelas. Mahmoud Abbas hanyalah ‘boneka’ dan tidak berani untuk berhadapan dengan rakyatnya dengan melakukan pilihanraya.

Tetapi tidak pula pada anak muda Palestin yang membesar di Tebing Barat dan yang berada di luar dari Palestin. Generasi baru anak muda yang bertindak selaku aktivis ini hebat tapi sayangnya mereka tidak mempunyai pemimpin yang membawa aspirasi mereka.

Isra.el selayaknya untuk gentar dengan laporan dari Amnesty International kerana sejarah tidak akan menyebelahi negara yang dibina atas penindasan. Isra.el memang layak diiktiraf sebagai negara pariah (pariah state).

RUJUKAN:

  1. Hafidzi Mohd Noor, Palestine Oppression Unrivalled, 2010, Palestine Centre of Excellence
  2. Ilan Pappe, The Ethnic Cleansing of Palestine, 2006, OneWorld Publication Limited
  3. Prof. Dr. Mohsen Mohammad Saleh, Summary of The Palestine Strategic Report 2020-2021, 2022, Al-Zaytouna Centre For Studies & Consultation

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan seorang Jurutera Mekanikal Lapangan di The Hub's Engineering Bergiat aktif dengan YADIM dan merupakan Presiden Kluster Belia di bawah YADIM iaitu Sahabat YADIM.

Leave A Reply