Kalau cakap pasal evolusi, mesti kita kaitkan dengan ikan yang mulanya tinggal di laut, kemudian pergi ke daratan berevolusi menjadi haiwan darat berkaki empat. Tapi ikan-ikan dasar laut ni tak nak ikut berevolusi, malah tinggal terus di situ selama berjuta-juta tahun.

 

Adakah ikan-ikan dasar laut ini berevolusi juga?

 

Ya, mereka berevolusi juga! Pertama sekali, kita kena tengok keadaan dasar laut ini. Kedalamannya yang beribu-ribu meter dari permukaan laut menjadikan cahaya matahari sukar menembusi. Jadi, dasar laut begitu gelap untuk dilihat dan tekanannya amat kuat sampai badan kita boleh hancur dengan sekejap.

 

Dengan keadaan dasar laut yang ekstrim, ikan-ikan ini harus beradaptasi menjadi rupa bentuk yang kita anggap aneh. Macam badan ikan, kebanyakan badan ikan bersaiz kecil menjadi lut sinar supaya senang untuk melindungi diri dari serbuan mangsa di dasar laut yang gelap.

 

 

Bagi ikan pemangsa pula, mata mereka mestilah besar seperti bola besbol supaya mata dapat cahaya matahari yang sedikit untuk dapatkan penglihatan. Macam ikan owlfish, walaupun makan ubur-ubur dan udang, matanya kena besar supaya dapat lihat mangsa dengan mudah.

 

Lagi satu ciri ikan dasar laut yang berubah ialah rahang mereka. Rahang mestilah mudah terbuka dengan Luas supaya dapat makan apa saja di hadapannya. Macam ikan pemancing atau Anglerfish, dia umpan pakai sesungut yang bercahaya saja. Tiba masa mangsa datang tertarik, barulah Anglerfish dapat baham dengan rahangnya.

 

Beginilah cara ikan-ikan dasar laut beradaptasi sampai wujud spesis ikan yang pelik-pelik. Kalau takde evolusi mungkin dasar laut menjadi habitat yang kosong tanpa hidupan.

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply