Kita dikejutkan dengan kematian Henry Kissinger, bekas Setiausaha Amerika Syarikat semalam yang sangat kontroversi. Beliau pernah menang hadiah Nobel Keamanan.
Tapi kenapa beliau dianggap sangat kontroversi?
Beliau dianggap tokoh yang kontroversial kerana pegangan “realism” beliau berlawanan dengan dasar luar US yang berasaskan “liberal internationalism.”
Beliau yang realism ni anggap penyebaran demokrasi sebagai mengarut.
Ketika Kissinger jadi penasihat, US tamatkan Perang Vietnam, berbaik dengan Soviet & China.
Walaubagaimanapun, kebanyakan idea yang dibawa Henry Kissinger ditolak oleh presiden kecuali Nixon dan Trump. Pengaruh beliau tak sebesar Zbigniew Brzezinski.
Kita lihat pula impak Kissinger di Dunia Arab.
Kissinger main peranan penting dalam mengukuhkan hubungan antara US dan Israel.
US jadi sekutu utama bagi Israel apabila beliau berkhidmat di bawah pentadbiran Richard Nixon dan Gerald Ford.
Semasa perang Arab-Israel 1973, Kissinger melihat bahawa Israel melawan habis-habisan untuk menghalang “kemenangan Arab.”
Ketika ni US bagi bantuan ketenteraan kecemasan kepada Israel semasa perang yang membalikkan kemenangan awal tentera Mesir dan Syria.
Kissinger desak dasar US yang “akan melindungi semua kepentingan US di Timur Tengah” yang mana “kewujudan Israel” adalah satu-satunya.
Kissinger turut pastikan US tak jalinkan hubungan dengan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) yang diketuai oleh Yasser Arafat.
Pada tahun 1975, beliau tandatangan “memorandum persefahaman” dengan Israel yang memastikan Amerika takkan iktiraf atau adakan perbincangan dengan PLO melainkan pergerakan Palestin iktiraf “kewujudan” Israel.
Peranan beliau dalam Perjanjian Camp David pada tahun 1978 juga menyaksikan beliau mengetepikan rakyat Palestin.
Perjanjian itu ditandatangani antara Presiden Mesir Anwar Sadat dan Perdana Menteri Israel Menachem Begin menyebabkan Mesir menjadi negara Arab pertama yang mengiktiraf Israel secara rasmi.
Kissinger ada hubungan rapat dengan Shah Iran, Mohammad Reza Shah Pahlavi pada 1970-an.
US sokong pemerintahan autokratiknya dan melihat Shah sebagai sekutu utama di rantau ini dan kuasa penstabil menentang pengaruh Soviet sebelum berlakunya Revolusi Iran pada 1979.
Kissinger mainkan peranan penting dalam menjalin hubungan US-Saudi. Niat beliau untuk menentang pengaruh Soviet dan memastikan akses US terhadap minyak tak terganggu.
Kissinger terlibat dengan Presiden Syria, Hafez al-Assad untuk hadkan pengaruh Soviet dan menjamin kepentingan US.
Pengaruh Kissinger ke atas dasar Timur Tengah dahulu meninggalkan kesan yang kekal terhadap sebilangan besar negara Arab sehingga hari ini.
Ada satu fakta menarik, Kissinger sendiri pernah ramalkan Israel akan lenyap dalam tempoh 10 tahun. Kenyataan tu dibuat beliau pada 2012 kepada wartawan Cindy Adams dan diterbitkan The New York Post.
Oleh: Azizul Farhan
___
Apa sebab US nak sangat Israel wujud di Timur Tengah? Jawapannya ada dalam siri Dunia Tanpa Tembok. Dapatkan segera!
Nak ingatkan juga pada korang, Pesta Buku Antarabangsa Selangor dah berlangsung hari ini. Jumpa anda di sana!

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply