Bagi wanita, memiliki barang kemas seperti emas, perak, permata dan berlian adalah impian mereka sejak dari dalam perut lagi. Jadi tidak hairanlah barang kemas ini seringkali dijadikan sebagai hadiah atau pun pemberian untuk memikat hati sang belahan jiwa. Malah ada yang anggap kemampuan membeli barang kemas dengan banyak sebagai tanda financial freedom.

Masalahnya adalah harga barang kemas ini terlalu tinggi walaupun berlaku turun dan naik dalam pasaran. Jangan risau anda tidak akan pernah rugi memilikinya kerana boleh dijual semula ataupun digadai untuk mendapatkan wang. Tapi ada satu barang kemas iaitu berlian memang cukup mahal tetapi bila nak gadai, terus harga jatuh.

Persoalannya sekarang kenapa harga berlian mahal sangat dan adakah demo dok kena barey?

Semuanya bermula dengan permainan harga yang dimulakan oleh syarikat De Beers Mining Company. De Beers tahu bahawa Amerika Syarikat sangat terkenal dengan budaya pemberian cincin pertunangan sebagai simbolik lelaki melamar wanita. Di sinilah De Beers mengambil kesempatan di atas budaya masyarakat Amerika Syarikat dengan memainkan persepsi bahawa cincin pertunangan wajib diberikan dalam bentuk berlian.

Apa yang De Beers buat adalah dengan menggambarkan bahawa berlian merupakan lambang kemewahan. Caranya adalah De Beers telah merekrut selebriti-selebriti terkenal untuk memperagakan barang kemas berlian di dalam iklan mereka. Seperti yang diketahui, selebriti sememangnya miliki fanbase yang besar dan boleh mempengaruhi kehidupan kita. Jika selebriti pun sudah memakai berlian walaupun dalam iklan, marhaen seperti kita akan terus beranggap itu adalah berharga. Sejak itu semakin ramai lelaki yang membeli cincin berlian untuk dihadiahkan kepada sang belahan jiwa

Taktik itu berjaya tetapi masalah lain pula yang timbul iaitu lebihan berlian. Secara asasnya, kita semua faham apabila penawaran meningkat dan permintaan sedikit, maka harga akan turun. Sama juga seperti penawaran menurun dan permintaan tinggi, pasti harga sesebuah produk akan naik mencanak. Hal inilah yang berlaku kepada berlian.

Pada awalnya, berlian memang sangat sukar didapati dan secara tidak langsung harganya meningkat. Situasi itu berubah apabila De Beers bersama syarikat kecil yang lain telah menemui lombong berlian terbesar di Afrika Selatan. Lombong itu secara konsisten mampu membekalkan berlian dengan sangat banyak hingga menyebabkan harganya bakan turun mendadak.

Bagi mengelakkan perkara seumpama itu berlaku, De Beers dan syarikat lain telah bekerjasama untuk memastikan jumlah pengeluaran berlian tidak melebihi permintaan dalam masa setahun. Macam mana pula De Beers mendapatkan data bagi mengawal pengeluaran? Mudah sahaja, De Beers telah membuat kesimpulan berdasarkan purata majlis perkahwinan di Amerika Syarikat. Berbekalkan data itu, De Beers yang menguasai 90% dengan mudah mampu mengawal pengeluaran dan harga agar mereka tidak rugi.

Kepada anda di luar sana, berhenti bermimpi jika miliki impian untuk menghadiahkan cincin berlian kepada sang kekasih. Hal ini kerana sebaik sahaja anda melangkah keluar daripada kedai, harga cincin berlian untuk akan jatuh sekurang-kurangnya 50%. Nak jual balik ataupun gadai memang tak berbaloi. Penyelesaiannya beli sahaja emas kerana harganya kukuh biarpun ada turun dan naik.

Kalau masih ada marhaen yang beli berlian, anggap sahaja demo dok kena barey.

RUJUKAN:

Benson, T. (2015, September 13). Here’s why diamonds are so expensive. Business Insider. Dipetik daripada https://www.businessinsider.com/heres-why-diamonds-are-so-expensive-2015-9?IR=T


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply