Pengembangan sempadan adalah satu lumrah diplomasi bagi sebuah empayar dalam sejarah. Sebuah kedaulatan yang terbentang luas boleh menentukan keadaan rantau melalui pengaruh ekonomi, keten.teraan atau politik.

Namun Empayar Rom mengambil langkah berbeza pula. Pada kemuncak kuasa, Rom membuat keputusan untuk berpisah dua: 1) Rom Barat yang masih berpusat di beberapa kota bermula di Mediolanum, dan 2) Empayar Byzantium di Konstantinopel.

Agaknya Gaius Octavius sendiri tidak menjangka perkara ini akan berlaku, apabila baginda mula bertakhta sebagai Caesar Augustus  (27 S.M. – 14).

Rom melalui sebuah fasa kestabilan selama 200 tahun, yang mengukuhkan kedudukannya sebagai kuasa besar. Walaupun menghadapi kesukaran dengan Empayar Parthia, dua abad ini sememangnya zaman kegemilangan.

Pax Romana ini berakhir selepas kemang.katan Marcus Aurelius (161-180). Kepimpinan Commodus (176-192) memupuk perselisihan dalam politik Rom. Bandar tersebut terba.kar teruk pada tahun 191.

Commodus (reconstruction).

Setelah membina semula, baginda mengubah nama Rom sempena nama dirinya: “Colonia Lucia Annia Commodiana” (seperti pengasas Romulus menamakan bandar Rom).

Nama Rom dikembalikan selepas Commodus dibµnµh. Terus Rom berubah. Pada tahun 193, Rom mendapat lima maharaja baru bermula dengan Pertinax dan Didius Julianus yang juga dibµnµh (Ermatinger, 2018).

Septimius Severus (193-211) dimasyhurkan selepas itu, pada awalnya perlu berdepan dengan Pescennius dan Clodius Albinus. Walaupun memerintah lama, Severus tidak dapat mengembalikan kegemilangan silam.

Sepanjang abad ketiga, Rom ditimpa banyak musibah dengan konspirasi politik, siri pembµnµhan maharaja dan masalah ekonomi.

Dua wilayah mengisytihar keluar daripada Rom, iaitu Gallic (260-274) dan Palmyrene (270-273). Untuk memahami kerugian (dari segi kehilangan cukai dan permulaan konf.lik), Rom kehilangan pegangannya di bahagian hijau dan kuning dalam gambar:

Aurelian (270-275) memimpin Rom dan berjaya dalam banyak program pemulihannya… buat sementara waktu sahaja. Baginda sendiri menjadi mang.sa pembµnµhan. Empat maharaja kemudian pun sama.

Paling teruk, Marcus Carus (282-283) yang katanya dipan.ah pet.ir. Diocles mendapat takhta selepas menjatuhkan dua maharaja sebelumnya (mereka berkongsi). Menjadi Diocletian (284-305), baginda berjaya menghentikan Krisis Abad Ketiga.

Tetapi baginda bijak. Untuk mengelakkan masalah, baginda melantik Herculius menjadi Maharaja Maximian (285-305) di Empayar Rom Barat.

Kalau bukan kerana Diocletian, mungkin Rom akan terus berbal.ah hingga terbubar. Baginda membawa sebuah peralihan dari segi struktur dan ekonomi.

Sejarah mengenang baginda sebagai maharaja Rom pertama yang berundur daripada tampuk pemerintahan dengan rela.

Apabila Timur Menjadi Byzantium

Diocletian sebenarnya mengenali jurang ekonomi dan sosiobudaya yang menjadi punca pec.ah belah. Pembangunan Rom lebih tertumpu pada sebelah Timur, dimana terletaknya kota-kota agung seperti Alexandria, Antioch dan Athens selain Konstantinopel.

Bangsa Greece pada masa ini jauh lebih maju untuk dibandingkan dengan kelompok Latin di Britannia, Gaul dan Iberia. Jurang sebegini sangat menyukarkan, kerana pihak maju memandang rendah dan pihak mundur pula perlu akur.

Mungkin kerana Rom berkembang terlalu pesat dalam masa 300 tahun – dan maharaja sepanjang tempoh ini tidak menumpukan perhatian pada imbangan sosioekonomi.

Selepas membahagikan kepada dua, Diocletian sedar yang Rom memerlukan empat maharaja: dua maharaja tinggi (Augustus) dan dua maharaja bawah (Caesar).

Diocletian dan Maximian pula seolah-olah telah berjanji untuk bersara sama-sama. Jadi apabila dua Augustus ini bersara, dua Caesar akan mengambil alih.

Dengan restu Maximian, baginda memilih Constantius (293-306) dan Galerius (293-311). Sistem ini rµntµh selepas Diocletian berundur. Constantius meninggal dunia di Eburacum. Dan rakyat sini enggan menerima Severus.

Mereka memasyhurkan Constantine (306-337) sebagai Augustus, siap mengirim portret Augustus Constantine kepada Augustus Galerius yang begitu murka tetapi sempat ditenang para penasihat.

Galerius bersetuju untuk menerima Constantine… tetapi hanya untuk jawatan Caesar dibawah Augustus Severus (Hughes, 2021). Kompromi ini menimbulkan masalah baru: anak Maximian bernama Maxentius.

Dengan pemasyhuran Constantine, Maxentius pun mengisytiharkan diri sebagai seorang Augustus pada tahun 306. Severus diminta menyelesaikan masalah ini.

Tetapi Maxentius sangat bijak. Baginda mengisytiharkan ayahandanya Maximian sebagai Augustus juga. Percaturan ini ternyata berjaya, kerana anggota-anggota ten.tera Severus sudah lama berkhidmat untuk Maximian.

Mereka mengiktiraf kepimpinan Maxentius (sekali gus meninggalkan Severus yang dibµnµh setahun kemudian).

Tidak lama sebelum Maximian-Maxentius mula bersengketa dengan Constantine. Dalam pertembungan ini, Constantine berjaya. Pada tahun 310, baginda menyingkirkan Maximian daripada tampuk pemerintahan.

Sambil memberi pengampunan, baginda meminta Maximian bµnµh diri. Namun bagi Maxentius, ayahandanya telah dibµnµh. Tetapi Maxentius juga ditewaskan. Dan Constantine menjadi maharaja tunggal, dengan sebuah legasi sendiri.

RUJUKAN:

Ermatinger, J.W. (2018). The Roman Empire: A Historical Encyclopedia [2 volumes]. ­ABC-CLIO. Halaman 68.

Hughes, I. (2021). A (ditapiskan) Life of Constantine the Great. Pen and (ditapiskan) (ditapiskan). Halaman 66.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.