Kepada insan yang tinggal di selatan tanah air pasti mengetahui dolar Singapura begitu berharga.

Malahan ramai yang sanggup bekerja di sana demi mendapatkan pendapatan 3 kali ganda apabila ditukarkan dengan ringgit Malaysia.

Namun begitu, tahukah anda dolar Brunei juga boleh digunakan di Singapura dan sama juga seperti sebaliknya.

Tukaran nilai antara kedua-dua mata wang ini juga sama tanpa ada sebarang kejatuhan dan kenaikan nilai. Macam mana perkara seumpama ini boleh terjadi?

Semuanya bermula pada tahun 1967 apabila kedua-dua negara ini menandatangi Perjanjian Pertukaran Mata Wang Singapura-Brunei (CIA).

Pelaksanaan perjanjian tersebut juga adalah untuk meminimumkan kos transaksi dan memudahkan perdagangan & pelaburan diantara kedua-dua negara tersebut.

Dibawah perjanjian tersebut, pihak The Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD) dan Monetari Autority of Singapore (MAS) akan wang yang dikeluarkan oleh kedua-dua negara.

Setiap pertukaran mata wang di antara dua negara itu juga tidak akan dikenakan sebarang caj.

Apa yang menariknya pada peringkat awal perjanjian tersebut, Malaysia juga terlibat kerana persamaan yang wujud dengan Singapura dan Brunei terutama aspek penjajahan.

Bagaimana pula, perjanjian pertukaran mata wang antara tiga negara ini boleh bermula? Pada abad ke-20 negeri-negeri selat telah mengeluarkan mata wangnya sendiri iaiu dolar selat dan turut digunakan di Brunei

Apabila Malaysia mencapai kemerdekaan pada 1957, negara itu cuba mengeluarkan mata wang sendiri. Brunei yang pada ketika itu berada dibawah pentadbiran British juga berusaha ke arah itu.

Singapura pula terus ingin berkongsi mata wang dengan Malaysia ekoran hubungan perdagangan dan ekonomi yang telah terjalin sejak sekian lama.

Maka perjanjian pertukaran mata wang telah dibuat antara Singapura, Brunei dan Malaysia bagi mengeratkan lagi hubungan ekonomi.

Walau bagaimanapun, ianya tidak bertahan lama apabila Malaysia keluar daripada perjanjian ini pada tahun 1973.

Hal ini dikatakan berpunca daripada perjalanan ekonomi yang berbeza antara kedua-dua buah negara.

Memasuki era 70-an, ekonomi Singapura sangat berkembang pesat manakala ekonomi Malaysia pula sangat bergantung kepada eksport komoditi seperti getah dan timah.

Bukan itu sahaja, Singapura juga secara agresif telah memperkenalkan dasar yang agak liberal untuk menarik pelaburan langsung asing.

Malaysia pula pada ketika itu masih lagi tersekat dalam ekonomi berasaskan kaum dan identiti.

Perkembangan tersebut bikin kedua-dua ekonomi terpisah lantas membuat Malaysia mengundurkan diri daripada perjanjian tersebut.

Walau bagaimanapun, perjanjian itu masih lagi dipegang teguh oleh Singapura dan Brunei sehinggalah ke hari ini. Itu sebab mengapa mata wang kedua-dua negara tersebut miliki nilai yang sama.

Bayangkan jika Malaysia tidak keluar daripada perjanjian tersebut, mungkin mata wang kita sama nilai dengan dolar Singapura dan dolar Brunei.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Comments are closed.