Menjejak salasilah jalur keturunan sendiri antara perkara yang menarik dialami oleh seseorang, lebih-lebih lagi sekiranya mereka memiliki d4rah keturunan bangsawan atau tokoh yang bersejarah.

Bagi sesetengah orang, ia adalah sesuatu yang membanggakan apabila dapat menjejak nenek moyang sendiri, penulis yang sekadar memiliki kaitan dengan keturunan Kesultanan Terengganu dan Raja Jembal Kelantan walaupun hanya melalui nasab ibu sahaja pun sudah merasa cukup bertuah walaupun tidak layak membawa gelaran Nik atau Tengku.

Tetapi bagi sesetengah orang yang lain pula, mempunyai d4rah keturunan tertentu boleh jadi merupakan satu perkara yang tidak mereka inginkan, bahkan seboleh-bolehnya ingin disembunyikan. Dan menjadi keturunan dari mana-mana tokoh terkenal dalam sejarah adakalanya menjadi beban yang dibawa sepanjang hidupnya.

Samada d4rah yang mereka bawa itu mengundang nasib yang malang atau sebaliknya, tiada sesiapa yang meminta ditakdirkan sedemikian rupa. Inilah yang sedang dialami oleh keturunan beberapa tokoh sejarah yang penuh kontroversi sekarang.

Anak Saudara Adolf Hitl3r Adalah Warganegara Amerika Syarikat

William Patrick Hitl3r dan ibunya di luar Hotel Astor di New York City pada bulan Jun 1941.

Keturunan dari keluarga sebelah adik lelaki Adolf Hitl3r kini menetap di Long Island, New York, Amerika Syarikat. Bagi mereka yang pernah berkunjung pasti akan mendapati mereka dengan bangganya mengibarkan bendera Amerika.

Bapa mereka, William Patrick Hitl3r, adalah anak kepada adik lelaki dikt4tor terkenal itu yang bernama Alois yang merupakan anak lelaki dari bapa yang sama dengan Adolf. William berhijrah ke Amerika Syarikat pada tahun 1939 tidak lama setelah bertengkar dengan bapa saudaranya itu kerana dia tidak diterima untuk tinggal bersama-sama dan membantu dalam kempen-kempen NAZl.

Beliau turut terkenal dengan penulisan artikel untuk majalah Look edisi 4 Julai 1939 yang berjudul “Why I Hate My Uncle.” Führ3r juga tidak menjadikan William sebagai anak saudara kegemarannya dengan menggelar William sebagai “anak saudaraku yang menjijikkan.”

Semasa P3rang Dunia Kedua, William menyertai angkatan Tentera Laut Amerika Syarikat dan memperoleh pingat Purple Heart ketika berkhidmat di negaranya yang baru. Selepas p3rang, dia menukar namanya dan memiliki empat orang anak lelaki, tiga daripadanya terus hiduo dengan tenang di Long Island dan jarang bercakap dengan mana-mana wartawan.

Berdasarkan cerita yang diperoleh dari jiran tetangga mereka menggambarkan mereka melalui zaman kanak-kanak yang normal di kota Patchogue, dan waktu dewasa mereka juga tidak begitu sederhana. Seorang menjadi pekerja sosial, sementara dua yang lain menjalankan perniagaan syarikat landskap bersama-sama. Tidak ada seorang pun yang berkahwin, jadi mereka tidak mempunyai anak.

Senator ‘Model Playboy’ Ini Cucu Kepada Dikt4tor F4sis Itali

Senator Itali Alessandra Mussolini mengadakan perhimpunan politik pada tahun 2014.

Pada 1 April 2019, frasa berikut terpapar di akhbar Washington Post: “Alessandra Mussolini, the granddaughter of f4scist dictator Benito Mussolini, is engaged in a bitter feud with Jim Carrey, the actor best known for the likes of Ace Ventura: Pet Detective and Dumb and Dumber. No, this is not an April Fools’ Day joke, and yes, the Internet is to blame.”

Tidak seperti keturunan Hitl3r, Alessandra Mussolini tidak mempunyai masalah untuk menarik perhatian ramai pada dirinya sendiri, dia juga tidak merasa kekok atau malu mempertahankan nenek moyangnya.

Oleh itu, ketika Carrey menghina datuknya di Twitter, Mussolini membalas ciapan Twitter berbentuk makian terhadap pelakon komedi dan para penyokongnya itu. Jadi, tidak hairanlah apabila Mussolini mencalonkan dirinya sebagai anggota Italian Social Movement yang berfahaman “neo-f4sis” pada tahun 1992, sebelum berkhidmat sebagai senator di Parlimen Eropah mewakili parti Forza Italia sekitar tahun 2014.

Selain meneruskan legasi warisan datuknya dan politik berhaluan far-right selama beberapa tahun, Mussolini pernah menjadi model untuk majalah Playboy, membintangi puluhan filem Itali, dan bahkan melancarkan album muzik pop yang mendapat sambutan hangat di Jepun.

Cicit Christopher Columbus

Jika seorang anak mengikuti jejak langkah orang tuanya, ia bukan satu perkara yang pelik. Kadang-kadang, seorang cucu bahkan mungkin masih meneruskan legasi datuknya. Tetapi ini kes yang tidak pasti bagaimana harus diklasifikasikan kerana terdapat keturunan yang berusia 500 tahun disingkirkan dari meneruskan warisan keluarga dan membawa gelaran yang sesuai dengan mereka.

Ia dilaporkan berlaku terhadap Cristóbal Colón de Carvajal y Gorosábel, keturunan langsung 18 generasi yang ‘tersingkir’ dari Christopher Columbus. Cristóbal bukan sahaja menyertai Tentera Laut Sepanyol, belayar ke seluruh dunia, dan memerintah kapalnya sendiri pada usia mudanya, tetapi dia juga memegang banyak gelaran kehormat yang telah wujud dalam keluarganya selama beberapa generasi.

Dia secara teknikalnya masih seorang Laksamana dan Adelantado Mayor of the Indies, the 18th Duke of Veragua, dan the 16th Marquis of Jamaica, tetapi menurutnya, gelaran-gelaran itu hanya sekadar gelaran “simbolik” semata-mata pada masa sekarang.

Walaupun keturunan Columbus yang berusia 70 tahun itu tidak mempunyai banyak urusan di Amerika Syarikat, dia menjadi terkenal melalui media setelah dia dinobatkan sebagai grand marshal pada 1992 Tournament of Roses Parade di Pasadena, California, yang mencetus kemarahan kebanyakan penduduk kaum asli Amerika.

Kemudian dia diumumkan akan menjadi co-marshal bersama dengan wakil rakyat Amerika Syarikat, Ben Nighthorse Campbell, seorang politikus dari kaum asli Amerika di Colorado. Beberapa tahun lepas, dia sering muncul dalam berita untuk mempertahankan keturunan keluarganya yang paling kontroversi itu.

Cucu Josef St4lin Punk Buddha

Pada tahun 1967, satu-satunya anak perempuan St4lin, Svetlana Alliluyeva, memalukan Kesatuan Soviet dengan bertindak membelot dan lari ke Amerika Syarikat. Anak perempuan Alliluyeva pula, Olga Peters yang juga dikenali sebagai Chrese Evans kini sudah tentu berada di Amerika Syarikat.

Menurut laporan terbaru, Evans kini menetap di Oregon, mengamalkan kepercayaan Buddha, dan bekerja sebagai peniaga barang antik. Dengan imej bertatu dan fesyen serta rambut gaya punk-rock, dia pernah dirakam membawa r4ifal mainan.

Keturunan Napoleon Bonaparte Mengahwini Cicit Isteri Kedua Napoleon.

Jean-Christophe, Putera Napoléon dan isterinya, Olympia Von Arco-Zinneberg, pada hari perkahwinan mereka

Napoleon Bonaparte menulis beberapa surat cinta yang serius kepada isteri pertamanya, Josephine, pada akhir abad ke-18. “Aku berharap tidak lama lagi aku dapat menjatuhkan dirimu dalam pelukanku dan meliputimu dengan sejuta ciuman yang hangat membakar seolah-olah berada di bawah garis khatulistiwa.” Nampak gayanya bakat mengayat awek ini telah diperturunkan kepada cucu cicitnya pula.

Pada tahun 2019, Jean-Christophe, Prince Napoleon yang merupakan seorang pegawai pelaburan bank merangkap cicit saudara Napoleon telah mengahwini Countess Olympia von und zu Arco-Zinneberg dari Austria, cicit saudara isteri kedua Napoleon, Archduchess Marie-Louise dari Austria.

Prince Napoleon pernah membuat kenyataan: “Ketika saya bertemu Olympia, saya terpesona dengan keindahan matanya dan bukan kerana keturunannya.”  Inilah bukti, bahawa dia mewarisi mulut manis pakciknya itu.

Cucu Hideki Tojo Dan Cucu Harry S. Truman Melupakan Dendam

Hideki Tojo adalah Perdana Menteri Jepun sepanjang Jepun terlibat dalam P3rang Dunia Kedua, sebelum dihukum m4ti atas kesalahan jenayah p3rang Kelas-A pada tahun 1948. Hari ini, cucunya, Hidetoshi Tojo, seorang pengusaha, berhasrat mahu menebus dosa-dosa datuknya itu. Menurut The Associated Press, Hidetoshi telah menghubungi Clifton Truman Daniel, cucu Presiden Amerika Syarikat semasa P3rang Dunia Kedua, Harry Truman, dan telah membincangkan kerjasama dalam pelbagai projek untuk menyatukan rakyat.

“Mencapai persefahaman sekaligus bukan kerja yang mudah, tetapi saya yakin kita dapat membina persefahaman, jika kita saling menghormati, dan itu akan menjadi langkah yang pertama.” Jelas Hidetoshi Tojo pada 2015.

Bagi pihaknya, Clifton Truman Daniel, keturunan tokoh kontroversi itu sendiri, kini terlibat dalam program-program bersama mangsa pengeb0man Hiroshima dan Nagasaki yang terselamat dan merupakan penyokong kepada agenda anti-senj4ta nukl3ar.

Sebutan Kehormat: Pewaris Dan Keturunan Dinasti Uthmaniyyah

Dündar Ali Osman Osmanoğlu,

 Hari ini sebenarnya masih terdapat begitu ramai keturunan Sultan yang pernah memerintah Uthmaniyyah pada tahun-tahun akhir sebelum kejatuhannya. Kebanyakannya telah berpecah belah kerana kesemuanya diusir keluar dari Turki ketika revolusi Turki Muda.

Pada hari ini mereka membawa nama keluarga Osmanoglu selaku gelaran bagi keturunan Osman Gazi (pengasas Empayar Uthmaniyyah). Kedudukan “Sultan” Uthmaniyyah pada hari ini disandang oleh Osman VI atau jika mengikut nama yang disyaratkan oleh perlembagaan nama keluarga bagi Republik Turki, Dündar Ali Osman Osmanoğlu.

Beliau dilahirkan dan dibesarkan di Damsyik, Syria. Hanya pada tahun 2017 barulah dia dibenarkan kembali ke Istanbul atas perintah Presiden Turki berikutan kerana per4ng yang tercetus di Syria. Beliau merupakan cicit kepada Sultan Abdülhamid II.

Keturunan Uthmaniyyah yang lain kebanyakannya bertebaran ke serata benua, ada yang berada di England, Perancis, Lubnan, Rusia, Austria, Australia dan bahkan ke Amerika Syarikat. Salah seorang keturunan ini sebenarnya agak popular kerana kerjayanya adalah menghiburkan orang ramai di United Kingdom sebagai seorang pelawak yang dikenali sebagai Naz Osmanoglu. Walaubagaimana pun beliau tidak tahu bertutur dalam bahasa Turki.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.