Lebih dua millennium sebelum R3v0lusi Perancis membuat Pengisytiharan Hak Manusia dan Hak Warganegara, seorang raja dari zaman purba telah pun mengeluarkan proklamasi hak asasi manusia yang dianggap antara tertua di dunia. Proklamasi tersebut tercantum dalam artifak yang kini dikenali sebagai Silinder Cyrus.
Silinder Cyrus dijumpai di celah-celah runtuhan kuil Esagila, Babylon pada Mac 1879. Relik purba tersebut diperbuat daripada tanah liat bakar dan berukuran 22.5 cm (8.85 inci) panjang. Pada silinder tersebut terkandung catatan yang memerihalkan pen4klvkan Babylon di tangan Cyrus Agung pada tahun 539 Sebelum Masehi.
Cyrus Agung adalah raja Parsi yang menubuhkan Empayar Achaemenid, empayar terbesar pada masa itu. Turut terangkum dalam Silinder Cyrus adalah rekod penahanan Nabonidus, raja terakhir Babylon. Inskripsi pada Silinder Cyrus ditulis menggunakan sistem kuneiform dan dipercayai dihasilkan antara tahun 539 dan 530 SM.
Namun, apa yang paling menarik perhatian pada silinder berkenaan adalah pengisytiharan kebebasan beragama, berbahasa, dan berbangsa serta janji Cyrus untuk menghantar pulang tahanan-tahanan di Babylon ke kampung halaman masing-masing. Dalam inskripsi tersebut, Cyrus disifatkan sebagai penyelamat Babylonia, pemulih kehidupan warga kota tersebut, dan pemelihara rumah ibadat di seluruh Mesopotamia. Sebahagian teksnya berbunyi:
“Dengan ini aku isytiharkan bahawa aku akan menghormati kesemua tradisi, budaya, dan agama yang dianuti oleh rakyat jelata berbilang bangsa yang hidup dalam empayar aku. Selama aku masih hidup, aku tidak akan membenarkan mana-mana gabenor dan orang bawahanku meremehkan atau mengeji budaya sesiapapun. Mulai hari ini, aku tidak akan membiarkan seorang warga men!nd4s warga lain, dan jika hal sebegitu berlaku, aku akan menggugurkan hak warganegaranya dan menjatuhkan hvkvman ke atasnya.”
“Sekali-kali aku tidak akan mengizinkan sesiapa pun mer4mp4s harta orang lain, baik harta alih atau harta tak alih. Selagi hayat dikandung badan, aku juga akan membanteras kegiatan mengerah bvrvh paksa yang tidak diimbal sebaiknya. Hari ini, aku isytiharkan bahawa seluruh rakyatku bebas untuk menganut agama pilihannya. Mereka bebas untuk melata di segenap pelosok empayar ini dan menceburi sebarang pekerjaan yang tersedia, selama mana mereka tidak melanggar hak orang lain.”
Bagaimanapun, ada juga sejarahwan yang berpendapat konteks kandungan pengisytiharan hak kemanusiaan dalam Silinder Cyrus lebih mengutamakan pandangan dewa-dewa sembahan beliau dan bukannya bertujuan untuk memelihara kebajikan rakyat jelata itu sendiri. Misalnya, dalam silinder tersebut tertulis:
“Dewa-dewa Sumer dan Akkad yang telah dilarikan (patung-patungnya) oleh Nabonidus – kemvrk4an dewa ke atasnya – ke Shuanna, telah aku pulangkan ke rumah suci mereka tanpa diapa-apakan, atas perintah raja dewa Marduk, supaya mereka dapat tenteram dan tidak murka.”
Sebagai imbalan, Cyrus mengharapkan dewa-dewa tersebut memberinya limpah kurnia:
“Moga kesemua dewa yang telah aku pulangkan (patung-patungnya) ke rumah suci masing-masing, memanjatkan permohonan setiap hari kepada Bel dan Nabu supaya usiaku dipanjangkan, amal baktiku disebut-sebutkan, dan merintih-rayu kepada Marduk, dewaku, dengan doa, “Moga-moga Cyrus, raja yang takutkan dikau, dan juga Cambyses puteranya, diperkenan menjadi pemelihara rumah-rumah suci kami sehingga akhir waktu, dan moga-moga seluruh warga Babylon mendoakan kesejahteraan ke atas dirinya dan pemerintahannya memandangkan dia telah mengaman-harmonikan seluruh pemerintahannya.”
Dakwa kelompok sejarahwan yang kedua ini lagi, memandangkan silinder tersebut ditemui di kuil Esagila, maka besar kemungkinan isi kandungan silinder tersebut ditujukan kepada dewa-dewa sembahannya (seperti doa bertulis) dan bukannya kepada rakyat jelata.
Walau apapun jua pendapat yang diambil, Silinder Cyrus tanpa dapat dinafikan mempunyai signifikasi yang tersendiri memandangkan ia mengandungi proklamasi daripada seorang pen4klvk unggul di zamannya; pen4klvk yang sebahagian sejarahwan Islam menamakannya sebagai salah seorang dari dua pen4klvk agung yang dikaitkan dengan sosok peribadi Zulqarnain.
TERJEMAHAN
Wu Mingren. (10 November 2014). The Cyrus Cylinder and the ancient proclamation of human rights. Ancient Origins.
https://www.ancient-origins.net/artifacts-ancient-writings/cyrus-cylinder-and-ancient-proclamation-human-rights-002311
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih