Orang selalu cakap kalau nak makanan murah dan berbaloi boleh ambil buffet ataupun steamboat. Ini kerana dengan membayar sejumlah amaun tertentu, anda boleh makan sepuas-puasnya sehingga perut anda kembung.
Oleh sebab itu buffet dan steamboat sentiasa menjadi pilihan untuk memenuhi nafsu makan terutamanya ketika berbuka puasa.
Tapi betul ke buffet dan steamboat ni murah?
Bagi sesetengah orang, melalui buffet dan steamboat inilah mereka dapat menikmati makanan yang boleh dianggap mahal seperti kambing serta makanan laut tanpa had.
Kalau makan di kedai biasa, caj yang dikenakan kadangkala tidak masuk dek akal.
Namun tanggapan buffet dan steamboat adalah murah sebenarnya bersifat separa benar.
Katakan anda mahu makan secara buffet di sebuah hotel terkemuka dengan membayar RM100 untuk satu kepala.
Tiba masa buka puasa anda pun ambil nasi beriani dengan lauk kambing, kuih-muih dengan air teh tarik.
Dalam masa yang sama anda beranggapan, makan di restoran biasa tidak memungkinan anda menikmati hidangan tanpa had.
Sebenarnya anda silap kerana kos yang anda keluarkan untuk menikmati buffet itu sangat besar.
Kira punya kira, rupanya-rupanya harga makanan yang anda ambil di hotel tersebut berharga sekitar RM60 sahaja.
Jadi dekat mana lagi RM40?
Jawapannya itulah keuntungan yang hotel dapat setelah membina persepsi bahawa buffet sangat murah dan berbaloi.
Bayangkan pula jika dalam satu malam tersebut, hotel berjaya mendapatkan 100 orang pelanggan untuk menikmati buffet. Pasti keuntungan yang akan diperoleh adalah sekitar RM4000 dan jumlah itu memang cukup banyak.
Situasi ini juga terpakai untuk steamboat.
Selain pelbagai strategi telah digunakan oleh buffet dan steamboat agar mereka tidak mengalami kerugian yang banyak. Hal ini kerana mereka perlu memastikan makanan yang disediakan cukup untuk anggaran pelanggan pada hari tersebut.
Untuk itu buffet dan steamboat telah menggunakan bermacam jenis helah.
Kalau anda perasan ketika mahu mengambil makanan di steamboat terutamanya, makanan murah dan mengenyangkan akan diletak di barisan hadapan. Cara ini adalah memastikan pelanggan terus mengambil hidangan pertama tanpa menghiraukan makanan mahal di belakang.
Makanan murah itu akan menjadi pembuka selera kepada pelanggan sehingga ada yang menikmatinya dengan begitu rakus. Apabila sudah kenyang, rasa ingin mengunyah akan makin sirna dan makanan mahal terselamat.
Selain itu, kedai akan menggunakan senduk yang berbeza untuk makanan murah dan mahal. Sebagai contoh, makanan murah seperti nasi dan hotdog, kedai akan berikan senduk yang agak besar supaya pelanggan ambil dengan banyak.
Senduk yang kecil pula akan diberikan untuk mengambil makanan mahal dan kadangkala guna penyepit sahaja agar pelanggan ambil sedikit sahaja.
Di samping itu, buffet dan steamboat hanya memberikan pinggan kecil sahaja dengan harapan makanan tidak diambil seperti bertahun tak makan.
Macam mana pula kalau ada pelanggan yang jenis memang suka ambil banyak dan stay di kedai selama berjam-jam?
Terdapat beberapa steamboat yang akan mengenakan caj jika anda tidak menghabiskan makanan yang diambil. Hal ini adalah untuk mengelakkan kedai mengalami kerugian.
Buffet pula akan menghadkan tempoh masa pelanggan berada di sana dalam beberapa waktu seperti 2 jam ataupun 3 jam. Lebih daripada tempoh itu, pelanggan akan diminta untuk meninggalkan buffet.
Kesimpulannya, buffet dan steamboat bukanlah murah seperti mana yang dianggap. Persepsi yang dimainkan membuatkan kedua-dua tampak murah sehingga tanpa sedar anda telah membayar jumlah yang lebih banyak.
Kalau tak percaya cuba anda makan macam orang gila di buffet dan steamboat, pasti anda akan dihalau kerana membuat kedai rugi.
RUJUKAN:
Crockett, Z. (2020, Januari 25). The economics of all-you-can-eat buffets. The Hustle.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih