Tidak lama lagi musim durian akan menjelma di Malaysia dan pastinya kita akan sedaya upaya untuk mendapatkan buah tersebut. Tapi masalahnya secara tiba-tiba harga durian terus melonjak naik terutamanya musang dan duri hitam. Dah lah guna timbang kilo dan harga dikira sekali dengan kulit, padahal isi sikit sahaja.

Kalau anda merasakan durian di Malaysia terlalu yahudi harganya, anda perlu pergi ke Jepun. Hal ini demikian kerana harga buah-buahan dekat Jepun memang cukup mahal. Bayangkan nak beli sebijik sebijik tembikai pun anda perlu membayar $200. Untuk pelam pun, anda perlu membayar sekitar $5000. Memang gila betul harga buah dekat Jepun ni dan hanya orang kaya boleh beli. B40 yang suka extend rumah sampai makan parkir orang lain memang tak mampu nak beli buah kalau hidup di Jepun.

Persoalannya sekarang kenapa buah-buahan dianggap sebagai makanan orang kaya di Jepun?

Pertama sekali, buah-buahan menjadi mahal kerana usaha para petani yang bertukus-lumus dalam menghasilkan buah berkualiti tinggi. Bagi masyarakat Jepun, menyediakan yang terbaik adalah kewajipan bagi mereka. Oleh sebab itu petani-petani ini akan menyediakan satu ladang yang khusus agar buah-buahan mereka dapat membesar dengan sempurna.

White jewel strawberry

Sebagai contoh, petani-petani telah menghasilkan white jewel strawberry dengan cara tersendiri sehingga kelihatan sangat berbeza dengan strawberry biasa. Istimewanya white jewel strawberry ini adalah saiznya lebih besar serta miliki kulit berwarna putih dengan bijik merah. Bagi mendapatkan buah sedemikian rupa, para petani perlu memastikan strawberry membesar tanpa cahaya matahari.

Selain itu, penanaman buah tembikai di Jepun juga lain daripada biasa. Buah tembikai itu akan ditanam di dalam rumah hijau dengan kawalan suhu yang konsisten. Malah buah tembikai di Jepun boleh dibentuk mengikut apa yang petani mahukan. Kesemua peralatan, masa dan tenaga yang diberikan oleh petani sememangnya memakan kos yang tinggi. Oleh sebab itu harga buah di Jepun sangat mahal.

Seterusnya, budaya memberikan hadiah berupa buah  berkualiti tinggi menjadi lambang status kekayaan seseorang di Jepun. Budaya ini dikatakan bermula pada abad ke -15 apabila para samurai memberikan buah berkualiti tinggi kepada shogun sebagai tanda kesetiaan dan hormat. Para petani pun nampak trend ini dan mereka telah memfokuskan diri menanam buah berkualiti tinggi biarpun berdepan kos yang agak mahal Tahun demi tahun, budaya ini berkekalan dan berlaku sedikit transformasi.

 

Hari ini buah menjadi hadiah paling berharga yang akan diberikan oleh majikan sebagai tanda penghargaan kepada pekerjanya. Situasi tersebut membuatkan harganya terus meningkat disebabkan mentality rakyat yang beranggapan buah-buahan adalah barang berharga.

Di samping itu, buah-buahan menjadi sangat mahal adalah kerana Jepun merupakan negara yang mengalami 4 musim. Bermakna terdapat beberapa spesies buah hanya mampu hidup di musim yang tertentu sahaja. Sebagai contoh, tembikai boleh didapati ketika musim panas manakala strawberry dan epal pula boleh didapatkan ketika musim sejuk.

Kebiasaannya, buah-buahan tersebut akan hampir habis apabila memasuki musim baru. Sementara nak tunggu musim yang sepatutnya, buah-buahan akan dijual dengan harga sangat mahal di seluruh Jepun angkara permintaan begitu tinggi.

Kesimpulannya, bersyukurlah kerana buah-buahan tempatan di negara kita belum cukup mahal berbanding Jepun. Kalau ada yang mahal sekalipun, kita ada pilihan sama ada mahu membeli ataupun abaikan sahaja. Jangan sesekali salahkan peniaga ataupun pasaran kerana kita perlu kawal apa yang kita boleh kawal.

RUJUKAN:

Kai Le. (2021, Januari 18). Why is fruit in Japan so expensive? Tsunogu Lokal. Dipetik daripada https://www.tsunagulocal.com/en/53257/

Sato, A. (2022, Februari 2022). Why are Japanese fruits so expensive. Japan Truly. Dipetik daripada https://japantruly.com/why-japanese-fruits-expensive/


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply