Hari ini, Amerika Syarikat sering dilihat sebagai ‘polis dunia’. Mereka suka campur tangan dalam perang, krisis dan hal ehwal politik negara lain. Dari Timur Tengah ke Asia Tenggara. Tapi kalau kita imbas sejarah awal Amerika, pendirian mereka sangat berbeza.
Dulu Amerika tak gemar sangat jaga tepi kain orang. Pemimpin-pemimpin AS sangat berhati-hati dalam dasar luar negara. Mereka lebih suka fokus kepada urusan dalam negeri dan mengelak daripada terlibat dalam konflik antarabangsa. Tapi kenapa? Jawapannya banyak berkait dengan latar sejarah penubuhan negara itu.
Selepas merdeka daripada British pada 1776, Amerika ialah negara muda yang masih lemah dari segi ketenteraan, ekonomi dan jaringan diplomatik. Dalam ucapan perpisahannya, Presiden pertama AS, George Washington nasihatkan rakyat Amerika supaya tidak terjebak dalam “perikatan kekal” dengan kuasa luar, khususnya kuasa-kuasa besar Eropah yang ketika itu sering berperang.
Washington dan generasi awal pemimpin AS percaya bahawa Eropah ialah dunia lama yang penuh dengan konflik dinasti, perebutan kuasa dan peperangan tanpa kesudahan dan Amerika patut kekal neutral.
Falsafah ini diteruskan oleh presiden-presiden selepasnya. Yang paling terkenal ialah Doktrin Monroe pada 1823. Presiden James Monroe secara terbuka menyatakan bahawa AS tidak akan campur tangan dalam hal Eropah dan sebagai timbal balik, Eropah juga tidak dibenarkan mengganggu hal ehwal di benua Amerika.
Polisi ini bertahan sepanjang abad ke-19. Walaupun AS berkembang pesat dari pantai timur ke barat, dan turut menjajah wilayah asal penduduk peribumi serta mengambil alih negeri seperti Texas dan California, mereka tetap mengelak daripada campuri urusan kuasa besar dunia.
Hanya selepas Perang Dunia Pertama dan terutamanya selepas Perang Dunia Kedua, AS mula keluar dari pendirian ‘mengasingkan diri’. Dunia semakin kompleks, saling bergantung dan kuasa besar tak boleh lagi berdiam diri.
Namun, sejarah tetap mengingatkan kita bahawa suatu ketika dahulu, Amerika pernah selesa menjadi kuasa yang menyendiri. Mereka dulu kurang gemar untuk menakluk atau mencampuri urusan dunia luar, tapi untuk membina kekuatan sendiri terlebih dahulu.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
Historofil yang punyai minat untuk berkongsi hasil dapatannya melalui wadah penulisan. Harapannya cuma satu, menjadi sebahagian daripada penyumbang kepada pembangunan tamadun anak bangsa menuju sebuah keagungan.