Baru-baru ni ada yang cakap, pergi sekolah ni buang masa. Katanya apa yang dia pelajari di sekolah tidak ada kaitan pun dengan apa yang dia buat sekarang. Nampak macam rugi lah kan.
Persoalannya kenapa masih wujud pemikiran sedemikian rupa?
Kita kena kembali ke masa silam sebab pemikiran sebegini pernah wujud satu ketika dahulu. Sebab Frank Swettenham pernah cakap orang Melayu ni hanya mempelajari perkara-perkara yang memberi manfaat di masa hadapan.
Lelaki Melayu amnya akan mempelajari ilmu berbentuk kemahiran seperti cara menangkap ikan, menjerat binatang dan bercucuk tanam. Perempuan Melayu pula akan dibekalkan dengan ilmu membantu di rumah seperti membuat kerja-kerja dapur dan menjahit.
Mengapa itu je yang deme belajar?
Abdullah Munsyi cakap dulu di negara kita tiada sekolah khas untuk mempelajari segala macam bidang. Tapi itu tidak bermakna orang Melayu bersikap sambil lewa terhadap pendidikan. Sebab masa tu orang Melayu dah ada kelas mengaji Al-Quran dan belajar agama.
Masalahnya itu semua tak cukup untuk ubah nasib diri dan bangsa. Sebab itulah Za’aba kata orang Melayu perlu mempelajari ilmu-ilmu yang membolehkan kita dapat kerja dan mengambil upah. Antaranya seperti undang-undang dan kejuruteraan.
Namun, janganlah semua cenderung ke arah itu. Sebab Za’aba menyatakan orang Melayu perlu mempelajari apa yang dia minat seperti perniagaan dan pertanian. Untuk mencapai ke tahap itu, segala hasil bumi negara ini boleh digunakan untuk membantu mereka. Nampak sama macam segala biasiswa dan PTPTN kan.
Syed Sheikh Al-Hadi pula kata pendidikan tidak semestinya terhad kepada lelaki sahaja. Sebab orang perempuan pun perlu diberikan kebebasan untuk belajar dan menerima pendidikan di tahap tertinggi. Benda ni kita boleh dilihat dalam novel Hikayat Faridah Hanom yang dihasilkan oleh beliau.
Watak Faridah Hanom dalam novel tersebut digambarkan sebagai perempuan berpengetahuan dan berani berhujah. Tampak agak berbeza dengan kebanyakan perempuan ketika zaman itu.
Walau bagaimanapun itu semua terjadi pada zaman sebelum merdeka dan awal merdeka. Mungkin orang Melayu era itu belum ada kesedaran, tidak berkemampuan dan kurang akses untuk mendapatkan pendidikan.
Sekarang ini kita dah ada kesedaran, lebih daripada mampu dan miliki akses mudah untuk mendapat pendidikan. Jadi apa pulak alasan kita untuk mengatakan pergi ke sekolah itu buang masa semata-mata?
Tidak memiliki sekolah yang khusus bukan bermakna Melayu ni malas belajar. Sebenarnya banyak je benda yang orang Melayu belajar dari keadaan sekeliling. Nak tahu lebih banyak, boleh baca JANGAN SELEWENGKAN SEJARAH MELAYU 2. Cepat dapatkan di sini

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply