Tindakan kementerian pendidikan Malaysia memansuhkan UPSR dan PT3 mengundang reaksi yang pelbagai daripada rakyat. Ada yang menyokong dan ramai juga membantah dengan bermacam alasan. Katanya, ketiadaan peperiksaan besar bakal membuatkan generasi masa hadapan menjadi sangat malas. Apa yang paling membimbangkan adalah semakin ramai budak darjah 6 tidak tahu buat esei kerana tiada peperiksaan besar. Tapi apabila kita minta data kepada mereka, tak nak bagi.

Hal ini sebenarnya bukanlah benda baru kerana sejak 2010 pernah timbul ura-ura kerajaan mahu mansuhkan UPSR dan PMR, ramai pihak yang menentang pada ketika itu. Akhirnya PMR telah dihapuskan kerana kerajaan mahu setiap sekolah beradaptasi dengan pentaksiran berasaskan gred.

Bila minta data, dia tak mahu bagi

Walau bagaimanapun, berlaku sedikit panik apabila ramai ibu bapa mendesak agak peperiksaan besar dikembalikan untuk tingkatan 3. Ini kerana kalau tiada peperiksaan besar, susahlah ibubapa nak flex anak siapa paling banyak A. Disebabkan keadaan kita yang kurang bersedia, kerajaan telah memperkenal PT3.

Hari ini sudah berbeza kerana kerajaan tetap bertekad untuk melaksanakan pentaksiran berasaskan kelas dan gred bagi menggantikan peperiksaan besar. Kerajaan berpendapat sudah tiba masanya untuk kita berubah dan tidak lagi membebankan para pelajar dengan peperiksaan. Di tambah pula pentaksiran berasaskan kelas dan gred telah dipakai oleh kebanyakan negara maju sejak tahun 2011.

Kalau bukan sekarang untuk kita berubah, bila lagi? Adakah perlu tunggu berpuluh-puluh tahun selepas itu barulah kita semua bersedia? Dalam tempoh itu sistem pendidikan kita akan statik dan pegun sehingga menjejaskan generasi masa hadapan. Mesti ada yang kata “aku elok je ambil UPSR dan PMR, jadi orang juga”.

Jadi orang saja tak cukup untuk membina sebuah tamadun. Cuba korang tengok macam mana tamadun Melayu dibina begitu megah satu masa dulu. Beli buku KITAB TAMADUN MELAYU dan telusuri keagungan nenek moyang kita yang patut dibangga-banggakan sampai hari ini. Link Pembelian: https://bit.ly/3Q16n3U

Sekarang mungkin ramai tak nampak pemansuhan peperiksaan besar dan pentaksiran berasaskan kelas sebenarnya agak bagus. Mari kita lihat pelaksanaannya di beberapa buah negara maju. Sebagai contoh di Finland, para pelajar hanya akan mengambil peperiksaan besar apabila berumur 16 tahun. Sebelum umur tersebut, pelajar akan dinilai oleh guru melalui pentaksiran berasaskan kelas.

Tapi kasihan yang pandai tak dapat tunjukkan potensi sebenar mereka. Bagi Finland, setiap pelajar itu tidak kira pandai atau benak memiliki potensi tersendiri. Dengan itu, Finland sangat menekankan persekitaran pembelajaran yang sangat menyeronokkan bagi mengelakkan persaingan sesama murid. Tidak seperti kita di sini, kecil-kecil lagi sudah buat dasar pecah dan perintah. Bila sudah besar, sendiri yang pelik kenapa kita susah nak bersatu dan bergaul.

Hasil daripada tindakan Finland, negara itu memiliki sistem pendidikan paling maju di dunia. Malah kadar celik huruf mencapai 99% dan kadar tamat sekolah menengah juga adalah tertinggi di dunia. Tapi mesti ada yang cakap Finland itu negara Eropah dan maju, tak sesuai dibandingkan dengan Malaysia.

Tidak mengapa, sekarang kita lihat kepada jiran yang paling terdekat iaitu Singapura. Menjelang tahun 2023, Singapura akan memansuhkan mid-year exam untuk pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Singapura berpendapatan pemansuhan tersebut akan memberi begitu banyak ruang kepada sekolah dan guru mengenal pasti potensi sebenar pelajar.

Situasi ini sekaligus memberi peluang kepada pelajar nak sangat benak dalam peperiksaan menguasai bidang yang mereka mahukan. Keseluruhannya para pelajar tidak tertumpu hanya untuk dapatkan markah tinggi yang perlukan hafalan sahaja dan akan lebih fokus dalam pembelajar. Jadi tidak timbul dasar pecah dan perintah yang memisahkan pelajar pandai dan pelajar benak.

Biarpun pelaksanaan ini akan tahun hadapan, terdapat beberapa sekolah di peringkat rendah dan menengah telah beradaptasi dengan menghapuskan mid-year exam. Tindakan ini boleh dijadikan sebagai persediaan untuk Singapura melangkah ke sistem pendidikan tanpa peperiksaan besar. Setelah mid-year exam dibatalkan, para pelajar di Singapura hanya akan mengambil peperiksaan O-Level sahaja.

Mesti ada yang masih tak puas hati sebab membanding negara maju macam Singapura dengan Malaysia. Kali ini kita lihat pula negara yang lebih mundur daripada Malaysia seperti Bangladesh. Dalam peringkat rendah di Bangladesh setiap murid akan mengambil dua peperiksaan besar iaitu Primary Education Certificate (PEC) untuk darjah 5 dan Junior School Certificate (JSC) bagi darjah 8. Namun menjelang 2023, Bangladesh telah bertindak untuk menghapuskan kedua-dua peperiksaan besar tersebut. Para pelajar pula akan dinilai melalui pentaksiran berasaskan kelas dan gred pada peringkat rendah

Akhir kata, beli juga buku terbaru kami bawah imprint fiksyen kami. Ada pra-tempah dan harga diskaun sedang ditawarkan untuk para pembeli. Beli di webstore kami.
Pencari Cincin Sakti: http://bit.ly/CincinSaktiStore
Sate Untuk Jembalang: http://bit.ly/SateJembalangStore
Kombo: http://bit.ly/komboPCSSUJ

Jadi kita sudah bercakap tentang pemansuhan peperiksaan besar di Finland, Singapura dan Bangladesh, sekarang ini apa pula alasan kita? Mungkin ada kata kalau buat pentaksiran berasaskan kelas dan gred, pasti murid yang kuat bodek cikgu akan dapat markah lebih. Bab bagi markah pun nak korup lepas itu nak pemimpin suci murni, kan pelik. Apa-apapun kita kena berubah bermula dari sekarang agar di masa hadapan nanti, negara kita tidak penuh dengan penghafal dan golongan tak faham bahasa.

RUJUKAN:

Amelia Teng. (2022, March 7). Budget debate: No more mid-year exams for all primary and secondary schools from 2023. The Straits Times. Dipetik daripada https://www.straitstimes.com/singapore/politics/budget-debate-no-more-mid-year-exams-for-all-primary-and-secondary-school-students-from-next-year

Keertan Ayamany. (2022, Ogos 8). Radzi Jidin admits Malaysian education system stagnant, says stakeholders not welcoming changes. Malaymail. Dipetik daripada https://www.malaymail.com/news/malaysia/2022/08/08/radzi-jidin-admits-malaysian-education-system-stagnant-says-stakeholders-not-welcoming-changes

Leverage  Edu. (2022, Jun 7). Finland education system. Dipetik daripada https://leverageedu.com/blog/finland-education-system/


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply