27 Oktober 2023 ialah hari yang bersejarah buat Bangsa Johor.
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 dalam Mesyuarat Yang Ke-263 (Khas) Majlis Raja-raja berkuat kuasa 31 Januari 2024.
Kali terakhir Sultan Johor pegang jawatan YDPA ialah pada tahun 1989 dijawat oleh Sultan Iskandar ibni Sultan Ismail, ayahanda Sultan Johor sekarang.
Apabila bercakap mengenai Kesultanan Johor, ramai yang tertanya-tanya berkenaan salasilah keturunan diorang.
Banyak yang sebut pasal lanun dan Bugis. Ada juga yang cakap keturunan Kesultanan Johor ni takde pertalian darah dengan Kesultanan Melayu Melaka.
Salasilah Kesultanan Johor ni ada banyak wangsa (dinasti) yang berkait seperti di UK dengan “house-house” diorang seperti Plantagenet, Tudor, Windsor dan lain-lain.
Perubahan-perubahan wangsa ni tak pelik pun dalam sistem monarki. Apa yang menjadi persoalan sebenarnya ialah apa yang menabalkan seseorang tu menjadi raja.
Kita kembali ke tahun terakhir pemerintahan Sultan Mahmud Shah II, atau lagi femes sebagai Sultan Mahmud Mangkat Dijulang.
Sultan Mahmud Shah II ialah sultan terakhir yang membawa darah “direct” dari Kesultanan Melayu Melaka.
Baginda mangkat apabila ditikam Laksamana Bentan Megat Seri Rama.
Selepas kemangkatan baginda pada 1699 yang tak meninggalkan “waris”, maka berakhirlah waris Kesultanan Melaka memerintah di Johor Lama.
Orang-orang Besar Johor bersepakat angkat Bendahara Tun Abdul Jalil sebagai Sultan Johor ke-10 dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Riayat Syah IV ibni Bendahara Tun Habib Abdul Majid.
Sekitar tahun 1717-1718, muncul Raja Kecil yang dakwa dirinya anakanda Almarhum Sultan Mahmud Syah II bersama Che’ Apong.
Pada tahun 1718, Raja Kecil menawan Kota Panchor. Sultan Abdul Jalil IV £erah diri kepada Raja Kecil dan diampunkan. Raja Kecil diangkat jadi Sultan Johor ke-11 bergelar Sultan Abdul Jalil Rahmat Syah.
Namun, takhta Kesultanan Johor kembali kepada Wangsa Bendahara dengan bantuan 5 Bugis Bersaudara. Diorang angkat Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah, anakanda Sultan Abdul Jalil IV sebagai Sultan Johor.
Sejak tu, pengaruh Bugis sangat kuat dalam pemerintahan Johor-Riau. Sebagai balasan, Daeng Merewah dilantik jadi Yang diPertuan Muda.
Maka bermulalah dinasti Yang Dipertuan Muda Bugis bersama-sama Sultan Johor memerintah Johor sehingga akhir abad ke-19.
Mana datang pula darah Bugis dalam Kesultanan Johor?
Salasilah Sultan Johor Moden sebenarnya yang Bugis tu datang dari sebelah ibu. Dan bukan satu kesalahan ada campuran darah Bugis, masih ‘berdarah Melayu’.
Ia datang dari perkahwinan campuran Bugis antara Tun Abdul Jamal dengan Daeng Maimunah Binti Daeng Perani.
Generasi keturunan Tun Abdul Jamal terus gunakan gelar Daeng sehingga ke zaman Temenggung Daeng Ibrahim.
Tun Abdul Jamal ni anak kepada Bendahara Tun Abbas, anakanda kepada Sultan Abdul Jalil IV. Darah Wangsa Bendahara ni turut mengalir darah Kesultanan Melaka menerusi Sultan Mudzaffar Shah III.
Wangsa Temenggung ambil alih Kesultanan Johor apabila anakanda Sultan Ali melepaskan hak memerintah secara de jure dan de facto kepada Temenggong Daeng Ibrahim pada tahun 1855.
Punca keretakan penukaran dinasti dari Bendahara ke Temenggung ni dah mula sejak era Sultan Mahmud III. Apabila baginda mangkat, berlaku perebutan kuasa antara Tengku Hussain dan Tengku Abdul Rahman yang buat British masuk campur melalui Perjanjian Inggeris-Belanda 1824.
Dalam perspektif de jure, keabsahan Wangsa Temenggong dilihat melalui tiga aspek iaitu perundangan moden, perundangan adat, dan pengiktirafan daripada kuasa luar yang berdaulat.
Penyerahan secara mutlak pemerintahan seluruh tanah besar Johor dan pulau-pulau di sekitarnya kecuali wilayah Kesang oleh Sultan kepada Temenggong jadi faktor de jure dari segi perundangan moden.
Ketiadaan regalia iaitu alat kebesaran Kesultanan Johor Lama dalam simpanan Sultan Ali menyebabkan keabsahan Wangsa Bendahara melalui jurai Sultan Hussein selaku penerus Wangsa Bendahara sebagai monarki Johor menjadi lemah dari segi perundangan adat.
Wangsa Temenggung turut ditabalkan menjadi Sultan Johor melalui Sultan Ahmad Shah, Sultan Pahang.
Wangsa Temenggong juga diiktiraf oleh kerajaan British dan Ratu Victoria melalui Persetiaan Johor-British 1885 apabila Temenggong Daeng Abu Bakar dibenarkan memakai gelaran Maharaja Johor.
Secara de facto pula, penguasaan Wangsa Temenggong terhadap pemerintahan Johor tidak dapat disangkal dan dicabar lagi atas faktor-faktor de jure.
Oleh: Azizul Farhan
___
Keturunan Bendahara Tun Habib turut mengasaskan Kesultanan Terengganu. Selam sama-sama sejarah sepanjang wujudnya Kesultanan Johor bersama TASJIL ANIS SALATIN 2: RAHSIA AGUNG JOHOR!
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.