Beberapa hari ini, negara kecoh dengan perangai seorang wanita yang bertindak menanggalkan tudung dan baju kurungnya selepas menyatakan dirinya sebagai seorang Melayu dan Islam serta boleh menghafal 15 juzuk al-Quran. Boleh lihat video kontroversi ini di bawah sejak ia tular di media sosial:

Setakat artikel ini ditulis, wanita bernama Siti Amira Abdullah sudah ditahan polis semalam dan dikenakan tahanan reman selama tiga hari. Sebut pasal dakwaan dia berupaya menghafal 15 juzuk al-Quran, teringat kisah seorang orientalis Belanda bernama Snouck Hurgronje.

Hurgronje atau nama sebenarnya Christiaan Snouck Hurgronje lahir pada 8 Februari 1857 di Oosterhout, Belanda. Semasa hayatnya, beliau merupakan seorang paderi Kristian Protestan. Hurgronje belajar di Universiti Leiden dalam bidang ilmu Teologi & Kesusasteraan Arab sekitar tahun 1875.Untuk tesis kedoktorannya, beliau melakukan kajian mendalam tentang umat Islam termasuk suasana semasa Islam di Mekah sekitar tahun 1880.

Snouck Hurgronje

Bagi mengetahui lebih lanjut tentang Islam, Amsterdam menghantarnya ke Makkah pada tahun 1884 dengan status sebagai orientalis. Tetapi untuk masuk ke Tanah Haram bukan sesuatu yang mudah. Ini kerana hanya individu yang beragama Islam sahaja yang dibenarkan masuk ke kota berkenaan.

Bagi membantu dirinya masuk ke kota berkenaan, Hurgronje berbaik-baik dengan golongan elit Uthmaniyyah ketika itu. Beliau mendakwa dirinya merupakan seorang mualaf yang baru memeluk Islam bernama Sheikh/Haji Abdul Ghaffar dan berhajat untuk menziarahi Tanah Haram. Walaupun sesetengah pihak meragui niatnya itu, Hurgronje dibenarkan menziarahi Baitullah dan tinggal di sana selama enam bulan.

Semasa di Makkah, beliau merekodkan bukan sekadar perjalanan ibadat haji dan umrah tetapi tingkah laku umat Islam yang tiba di Tanah Haram dari seluruh dunia. Pemerhatiannya direkodkan dalam sebuah manuskrip Bahasa Jerman yang diberi nama Mekka dan diterbitkan sekitar 1888 dan 1889.

Gambar pemandangan kota Makkah yang diambil Hurgronje. Sumber: Khalili Collections/CC BY-SA 3.0

Belanda mempunyai sebab kukuh menghantar beliau ke sana: mengkaji cara untuk melemahkan Acheh. Ini kerana Acheh merupakan satu-satunya wilayah di Indonesia yang masih tegas menolak pengaruh Belanda di sebalik kempen yang telah berlanjutan selama 40 tahun. Acheh turut digelar Serambi Makkah memandangkan ramai ulamanya mengajar di Makkah terutama di Masjidil Haram. Akhir sekali, Acheh dianggap wakil Turki Uthmaniyyah di Nusantara selepas kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka (KMM).

Setelah mendapat semua maklumat ini, Hurgronje meletak jawatannya di Universiti Leiden sebelum bertolak ke Acheh pada 1892. Masih menggunakan nama Sheikh/Haji Abdul Ghaffar, beliau dianggap ulama besar oleh penduduk tempatan sehingga mampu berkahwin dengan anak perempuan seorang ulama Acheh.

Hurgronje memperkenalkan jenama Islam ‘moden’ yang dibawanya termasuk menyemarakkan isu khilaf yang bersifat ranting dalam kalangan umat Islam Acheh. Pendekatan yang dibawanya mengakibatkan perpecahan besar dalam kalangan umat Islam wilayah berkenaan.

Selain itu, Hurgronje turut menghantar laporan kepada kerajaan Belanda di Batavia (kini Betawi) bahawa kaedah sebegini jauh lebih berkesan daripada taktik kekerasan. Di sebalik itu, beliau turut menyelitkan nama beberapa ulama Acheh yang didakwa boleh mengancam kedudukan Belanda di situ. Ini bagi memastikan mereka tidak terlepas mana-mana sasaran semasa kempen Acheh berjalan.

J. B. van Heutsz

Disebabkan kejayaan kempennya itu, tidak hairanlah mengapa Gabenor Tentera Acheh, J. B. van Heutsz melantik Hurgronje sebagai penasihat kempen di wilayah sana pada 1898. Bagaimanapun, itu tidak bertahan lama. Ini kerana van Heutsz menyifatkan idea-idea Hurgronje bertentangan dengan polisi-polisi penjajahan Belanda sekaligus memaksa ‘Haji/Sheikh Abdul Ghaffar’ untuk berambus dari bumi Acheh. Tetapi terima kasih kepada benih beliau, Acheh sah ditakluk Belanda pada 1903.

Setelah selesai misinya di Acheh, Hurgronje pulang ke Belanda dan berkahwin lagi dengan seorang anak paderi. Kemudian beliau dilantik sebagai mahaguru (lebih tepat Rector magnificus) di Universiti Leiden kerana jasanya yang besar ini. Hurgronje kembali menemui Penciptanya pada 28 Jun 1936 dengan meninggalkan impak perpecahan yang besar dalam kalangan warga Acheh. Perpecahan ini hanya dileraikan selepas insiden tsunami 2004 yang mendorong mereka kembali kepada agama dan berguru dengan ulama-ulama Islam sebenar.

Hari ini, Universiti Leiden menyimpan banyak manuskrip Islam dari rantau Nusantara yang dikawal ketat oleh kerajaan Belanda. Dengan status sedemikian, ia seolah-olah satu pengakuan bersalah Amsterdam bahawasanya mereka mempergunakan agama sebagai cara untuk memperluas koloni mereka di sebelah Hindia Timur (Indonesia).

Kelakarlah yang mendakwa Islam dan menghafaz 15 juzuk al-Quran tapi melakukan perkara bodoh ini. Hafaz al-Quran bukan jaminan tentang keislaman kita. Kalau itu dibuat pengukur, maka Hurgronje lebih Islam daripada si Amira ni.

Betul, semua orang boleh mengaku Islam dan beriman. Tetapi taqwalah penentu darjah seseorang di sisi-Nya. Syarat taqwa mudah: beriman dengan Allah SWT, hari akhirat, beriman dengan kandungan al Quran dan sifat-sifat taqwa lain yang terkandung di dalam al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w. Kalau ini pun payah nak buat, maka kita ini sebenarnya hamba siapa? Hamba Tuhan atau hamba nafsu?

Kami juga ada karya-karya fiksyen khas untuk para peminat pelbagai genre. – https://shopee.com.my/thepatriotsasia

RUJUKAN

Rahardjo, B. (2020, 11 Oktober). Snouck Hurgronje: Orientalis, Muslim, atau Penghancur?. Republika.

Mohd Noor, H. H. (2022, 9 Julai). Polis buka kertas siasatan terhadap wanita hina agama. Harian Metro.

Ibnu Jawi. (2017, 20 Ogos). Siapakah Snouck Hurgronje Dalam Buku Teks Sejarah?. The Patriots.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply