Sifat lembut merupakan sifat yang sangat mulia bagi perilaku manusia. Sifat ini juga menjadikan manusia sebagai seorang yang berperibadi mulia. Sifat dan perilaku ini juga dapat dilihat pada seorang sahabat Nabi yang lembut sifatnya, baik orangnya iaitu Sayyidina Uthman Ibn Affan. Menjelang kewafatan Khalifah Umar Al-Khattab RAH, Uthman Ibn Affan (RAH) telah terpilih dalam Majlis Syura untuk menggantikan Khalifah Umar menjadi Khalifah yang ketiga dalam Islam.
Pemerintahan Khalifah Uthman ini berjalan selama 12 tahun. 6 Tahun pertama berjalan dengan baik dan 6 tahun seterusnya mulai timbulnya kekacauan. Kekacauan ini berpunca daripada fitnah yang bertebaran keatas Khalifah Uthman Ibn Affan antaranya, Khalifah menyeleweng dana Zakat, Khalifah Uthman mementingkan keluarganya sahaja, dan pelbagai fitnah yang dilontarkan ke atas Khalifah Uthman.
Berita fitnah ini sampai ke pengetahuan Khalifah Uthman. Tidak menjatuhkan hukuman ke atas penfitnah dan puak pemberontak ini malahan Khalifah Uthman memanggil puak ini mengajak mereka bermuzakarah dan berbincang. Tindakan ini seterusnya memberi peluang kepada puak pemberontak ini memanfaatkan kebaikan Khalifah Uthman untuk meneruskan dakyah mereka.
Kemuncaknya, fitnah ini kemudiannya menyebar ke seluruh empayar Islam dan hal ini menyebabkan bangkitnya pemberontakan besar besar. Pun masih sama, Khalifah Uthman bersedia memaafkan mereka dan Khalifah Uthman tidak ingin menumpahkan darah sesama Muslim.
Semakin galaklah puak pemberontak ini dan akhirnya, sifat Pemaaf Khalifah Uthman ini dipergunakan dan akhirnya Khalifah Uthman telah dibunuh oleh pemberontak ini. Pembunuhan Khalifah Uthman ini menjadi titik awal Fitnah Dan Mehnah dalam Umat Islam berlanjutan sehingga pelantikan Khalifah Muawiyah Ibn Abu Sufyan.

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Konservatif | Nasionalis | Pencinta 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗨𝘁𝗵𝗺𝗮𝗻𝗶𝘆𝘆𝗮𝗵 dan 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺

Leave A Reply