Perang yang panjang antara Rom dan Parsi dari tahun 602 Masihi sehingga tahun 628 Masihi merupakan tempoh perang yang panjang bagi dua empayar ini. Perang antara dua empayar ini berakhir pada tahun 628 Masihi dengan bertembungnya dua kuasa ini dalam pertempuran Nineveh. Bermula itu, Empayar Rom telah meraih kemegahannya dan kemuliannya setelah dikalahkan oleh Empayar Parsi.

Namun, seperti kata pepatah, yang menang jadi arang dan yang kalah menjadi abu. Kedua dua empayar ini mulai terluka akibat pertempuran yang panjang dan melelahkan ini. Kedua empayar ini kemudiannya berada dalam fasa membina semula kekuatan mereka yang kini telah rapuh dek kerana peperangan yang panjang ini.

Dalam sela sela kelemahan dua kuasa besar ini, lahir sebuah kuasa besar di Tanah Arab. Pada tahun 628 Masihi, dalam tahun yang sama selepas kekalahan empayar Parsi, di Tanah Arab, Kaum Muslimin dan Kaum Quraish telah menandatangani perjanjian Hudaibiyah. Usai perjanjian Hudaibiyah ini, Rasulullah SAW telah mengirim surat kepada penguasa dunia pada waktu itu untuk mengajak mereka memeluk Agama Islam.

Lain kerajaan, lain reaksi. Begitulah balasan mereka kepada surat Baginda Rasulullah SAW. Di pihak Rom, mereka telah diberikan penganugerahan dan hadiah manakala di pihak Parsi pula, utusan Rasulullah SAW dibunuh dengan kejam dan surat baginda dikoyak koyakkan. Tuntas, Rasulullah SAW segera mendoakan agar kerajaan ini akan dikoyak koyakkan oleh pasukan Muslimin.

Tidak tunggu lama, usai kewafatan Rasulullah SAW, Khalifah Abu Bakar As-Siddiq telah mengirim Sayyidina Khalid Al-Walid bersama Muthanna Al-Harith bagi mengoyakkan kerajaan Parsi ini. Pada tahun 633, pasukan Khalid Al-Walid telah memulakan serangannya ke atas Parsi dan satu demi satu operasi Khalid Al-Walid ini berjaya.

Di sebelah front yang lain, Khalifah Abu Bakar As-Siddiq mengirim Amru Al-As, Abu Ubaydah Al-Jarrah, Syurahbil Ibn Hasanah dan Yazid Ibn Abi Sufyan untuk menaklukkan wilayah Syam dari kekuasaan Rom. Pihak Empayar Rom melihat kerajaan Islam yang dini ini mahu mengalahkan mereka. Mereka justeru memperlekehkan kekuatan pasukan ini. Heraclius mengirim 240 000 orang bagi menghadapi pasukan Islam ini.

Tantangan Empayar Rom ini disahut oleh Khalifah Abu Bakar. Pasukan Khalid Al-Walid ditarik dari Parsi berpindah ke front Syam bagi membantu ketenteraan di sana. Akhirnya, dengan berkat strategi yang tersusun akhirnya pasukan Islam berjaya menewaskan kerajaan Rom di Syam. Bermula itu dan seterusnya adalah episod episod kejatuhan Kerajaan Rom dan Parsi.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Konservatif | Nasionalis | Pencinta 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗨𝘁𝗵𝗺𝗮𝗻𝗶𝘆𝘆𝗮𝗵 dan 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺

Comments are closed.