Sejak minyak berjaya ditemui di rantau Timur Tengah, kehidupan orang Arab berubah secara mendadak apabila menjadi kaya dengan tiba-tiba. Hal itu membuatkan orang Arab memiliki harta yang tidak akan habis sampai 7 keturunan. Tapi duit yang banyak itu juga membuatkan orang Arab pening kerana tidak tahu cara untuk menghabiskannya.

Jadi orang Arab gunakan duit tersebut untuk benda bukan-bukan seperti beli pasukan bola sepak Eropah dan menara setinggi langit. Nasib baik mereka tidak beli Manchester United, rugi sahaja sebab bakal ke divisyen 2 musim depan. Bermula dengan pembinaan Burj Al Arab setinggi 321 meter pada tahun 1999. Orang Arab meneruskan ketaksuban tersebut sehingga ke hari ini bahkan mereka sanggup bersaing sesama sendiri untuk bina menara.

Permulaan kepada kegilaan orang Arab

Kemuncaknya adalah Emiriah Arab Bersatu (UAE) berjaya membina Burj Khalifa setinggi 830 meter pada tahun 2010. Secara tidak langsung, Burj Khalifa berjaya mendaki takhta sebagai bangunan tertinggi dunia. Adakah orang Arab berpuas hati dengan pencapaian ini? Jawapannya tidak kerana mereka tetap membina bangunan tinggi yang tidak masuk dek akal.

Arab Saudi yang melihat UAE seseolah mahu memintas pengaruhnya di Timur Tengah telah mengambil keputusan untuk turut sama membina bangunan tinggi. Makkah Clock Royal Tower setinggi 600 meter menjadi bukti terawal bagi Arab Saudi menyertai perlumbaan membina menara.

Bercakap pasal pembangunan Tanah Arab, terlebih dahulu ingin kami mempelawa kalian beli buku KITAB TAMADUN ISLAM. Kelahiran Nabi akhir zaman, iaitu Nabi Muhammad SAW merupakan suatu bukti bahawa telah lahirnya sebuah peradaban yang agung. Ketika kebanyakan daripada tamadun itu terbina dan berdiri di tepian laut serta lembangan sungai, kuasa Tuhan mentakdirkan tamadun Islam berdiri di tengah-tengah padang pasir yang kering kontang. Baginda tekun mengajar umatnya erti sebuah kehidupan melalui cebisan-cebisan wahyu daripada Tuhan sehingga ia lengkap menjadi sebuah kitab agung, yakni al-Quran. Beli di: https://shopee.com.my/The-Patriots-Kitab-Tamadun-Islam.-i.238336777.5538250581

Walau bagaimanapun, Arab Saudi masih lagi tidak mampu memintas UAE sebagai negara yang miliki menara tertinggi di dunia. Jadi Arab Saudi telah melancarkan satu lagi projek gila iaitu Jeddah Tower yang berketinggian 1003 meter pada tahun 2013. Projek ini dijangka akan siap menjelang tahun 2020 dan bakal menjadi menara tertinggi di dunia.

Jangkaan itu mula meleset apabila projek ini tergendala seketika pada tahun 2018 angkara masalah buruh paksa. Ditambah dengan Covid-19 yang mengganas bermula akhir 2019, projek ini sekali terpaksa ditangguh dan entah bila akan siap. UAE pantas merespon tindakan Arab Saudi dengan mula membina Dubai Creek Tower setinggi 928 meter untuk menjadi menara tertinggi di dunia.

Katanya projek ini akan siap terlebih dahulu berbanding Jeddah Tower biarpun mula dibina pada tahun 2017. Semuanya tampak berjalan agak baik setelah tapak asas menara berjaya disiapkan pada tahun 2018. Seperti biasa, Dubai Creek Tower tidak dapat disiapkan pada waktu yang ditetapkan angkara Covid-19. Sehingga ke hari ini projek itu masih lagi tidak diteruskan dan hanya menunggu lampu hijau daripada pihak kerajaan UAE untuk disiapkan.

Kegagalan dua menara sangat tinggi itu disiapkan pada waktu yang sepatutnya tidak menghalang orang Arab muncul lagi dengan idea gila. Baru-baru ini Arab Saudi telah bercadang untuk membina satu bandar futuristik di dalam bangunan yang berketinggian 500 meter dan selebar 200 meter. Paling menakjubkan sekali adalah bangunan itu akan bangunan itu akan melingkari padang pasir di utara Arab Saudi sepanjang 170 kilometer.

Dijangka bandar dalam bangunan yang bakal digelar sebagai Mirror Line itu akan dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan setaraf metropolis maju. Biarpun jarak antara hujung ke hujung adalah sejauh 170 kilometer, penduduk Mirror Line hanya perlu 20 minit sahaja untuk sampai kerana dilengkapi oleh kereta api peluru.

Tak pernah tak gila orang Arab ni

Tambah menarik lagi, para penduduk tidak perlu bersusah payah memasak kerana pihak Mirror Line akan menyediakan makanan 3 kali sehari. Apa yang penduduk perlu buat hanyalah membayar perlu membayar secara bulanan untuk mendapatkan makanan. Sekali dengar memang best tapi projek ini hanya benar-benar sempurna menjelang 50 tahun akan datang. Ini kerana terlalu sukar untuk menyiapkan projek tersebut dalam masa yang singkat biarpun Arab Saudi optimis ia mampu disegerakan.

Persoalannya sekarang kenapa orang Arab berlumba-lumba nak buat menara tinggi, gila ke?

Jawapannya adalah kehadiran bangunan seperti Jeddah Tower, Dubai Creek Tower dan Mirror Line dapat membantu negara-negara Arab keluar daripada kebergantungan terhadap minyak mentah. Ini kerana sejak minyak mentah ditemui, negara-negara Arab terlalu bergantung kepadanya dengan harapan akan digunakan untuk selamanya.

Namun semakin banyak negara menyedari penggunaan minyak sangat tidak sesuai untuk kelestarian alam sekitar. Secara perlahan-lahan elektrik mula mendapat permintaan dan minyak semakin dipinggirkan. Jika negara-negara Arab tidak berubah, ini akan membawa bala kepada ekonomi mereka.

Sementara duit tengah banyak, mereka pun bina menara yang tinggi untuk menarik pelancong dan pelabur. Kehadiran dua golongan itu akan boleh memberikan beribu-ribu peluang pekerjaan kepada penduduk lantas meningkatkan ekonomi negara. Jadi sedikit demi sedikit, negara-negara Arab boleh mengurangkan kebergantungan kepada minyak mentah.

Disebalik semua ada satu kerisauan yang sedang melanda kita kerana Rasulullah SAW pernah bersabda “Dan jika kamu melihat pengembala ternak yang berlumba-lumba meninggikan bangunan maka itulah di antara tanda hari kiamat.” (Hadis Riwayat Muslim Al-Iman, hadis  no.9). Pengembala ternak itu pula merujuk kepada orang Arab dan hari ini mereka berlumba-lumba bina menara tinggi.

Kesimpulannya, mari kita semua muhasabah diri dan mempertingkatkan amalan masing-masing.

RUJUKAN:

First Post. (2022, Julai 25). Saudi Arabia’s plan to build the tallest structure ever that will run sideways for 120km. Dipetik daripada https://www.firstpost.com/world/saudi-arabias-plan-to-build-the-tallest-structure-ever-that-will-run-sideways-for-120km-10955101.html

Goldsmith, C. (2019, September 4). Can skyscrapers replace the Middle East’s oil industry? Business Destinations. Dipetik daripada https://www.businessdestinations.com/work/can-skyscrapers-replace-the-middle-easts-oil-industry/

Jones, R. (2022, Julai 23). Inside Saudi Arabia’s plan to build a skyscraper that stretches for 75 miles. The Wall Street Journal. Dipetik daripada https://www.wsj.com/articles/inside-saudi-arabias-plan-to-build-a-skyscraper-that-stretches-for-75-miles-11658581201#_=_

Springer, K. (2019, Mac 4). Dubai and Saudi Arabia towers in time war to be world’s tallest. Egypt Independent. Dipetik daripada https://egyptindependent.com/dubai-and-saudi-arabia-towers-in-time-war-to-be-worlds-tallest/


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply