Setiap manusia mesti ada perangai pelik. Tapi perangai Maharaja Qin Shi Huangdi ni dah pelik sangat. Sanggup buat apa-apa je untuk hidup selamanya.
Qin Shi Huangdi ni la menyatukan China bawah corak pemikiran, bahasa dan matawang. Membina Tembok Besar China, jalan-jalan dan terusan.
Shi Huangdi ni pernah pergi Pulau Zhifu tiga kali untuk cari air kehidupan abadi. Beliau juga hantar ratusan pengembara untuk cari ahli sihir yang hidup 1000 tahun di sebuah gunung dalam pulau tu. Tapi semuanya gagal. Beliau pun bina kompleks makam yang besar untuk dirinya.
Datang pula meteor menghentam Dongjun pada 211 SM. Ada orang tulis atas meteor tu; “Maharaja Pertama akan mangkat dan tanahnya dibahagikan.” Tiada siapa mengaku siapa yang tulis. Sudahnya Shi Huangdi bunuh semua orang sekitar Dongjun dan pecahkan batu meteor tadi. Setahun lepastu, ramalan tu berlaku. Qin Shi Huangdi mangkat sebab telan banyak sangat merkuri yang dia ingat air kehidupan abadi.
Lebih 700,000 buruh paksa bekerja selama 38 tahun menyiapkan makam Shi Huangdi. Menggali 3 kolam yang isinya cecair perak bagi memelihara makam. Pelbagai jenis perangkap diletakkan bagi sesiapa yang cuba datang ke makam beliau serta bersama ribuan tentera Terracotta. Berdasarkan rekod ekskavasi, kira-kira 8000 Terracotta terdiri daripada 7000 tentera dan 800 kuda ditemui.
Pernah datang dalam mimpi beliau ramai yang akan membalas dendam. Sebab ini lah Terracotta dibina untuk menjaga keselamatannya, berperang dan berjuang serta berkuasa di alam seterusnya. Sesetengah patung Terracotta ditemui pakar arkeologi tidak sempurna dan rosak akibat kebakaran, asap dan ditimbus tanah.
Pada 1974 di Shaanxi, petani-petani mengorek perigi baru kerana sungai dan perigi sudah kering. Tiada siapa sangka yang beliau menjumpai penemuan arkeologi terhebat abad ke-20 iaitu makam Qin Shi Huangdi dan Terracottanya.
Oleh: Azizul Farhan
Ada banyak benda menarik pasal Tamadun Cina selain Terracota. Kami dah terbitkan buku KITAB TAMADUN CINA nak bagitau semua ni. Jom baca isi kandungan dan rumusan di: https://bit.ly/3emM5EF

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply