Dulu, kalau nak ke Kota Bharu dari belah negeri utara macam Kedah dan Perlis, perjalanan makan jarak 1,000 km. Tetapi semua itu berubah dengan pembinaan Lebuhraya Timur-Barat yang memendekkan jarak perjalanan kepada beberapa ratus kilometer. Di sebalik perubahan positif yang dibawa lebuhraya berkenaan, ia juga saksi bisu kepada perjuangan negara menentang ancaman pengganas komunis terutama di sebelah utara tanah air.

Tidak ramai tahu Grik, Perak sebenarnya merupakan kawasan hitam (kawasan di mana aktiviti pengganas komunis banyak dilaporkan) terutama pada era Darurat Kedua (ancaman komunis terhadap kerajaan dari 1967 hingga 1989). Disebabkan itu, kawasan ini sentiasa dikawal oleh pasukan keselamatan.

Tetapi kerajaan yang ketika itu diterajui Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj berpandangan sudah tiba masanya solusi lain dicari bagi menghapuskan status kawasan hitam di sebelah utara termasuk Grik. Justeru, kerajaan memperkenalkan Program Keselamatan dan Pembangunan (Kesban) yang memberi penekanan kepada hal ehwal ketenteraan dan awam.

Sebelum itu, kami cadangkan korang dapatkan PERTEMPURAN DI HUTAN. Keamanan yang dikecapi hari ini tercapai menerusi pengorbanan para perajurit negara yang membanteras ancaman pengganas komunis. Nak tahu lagi jasa mereka, dapatkannya sekarang! Beli di Shopee: https://shopee.com.my/The-Patriots-Pertempuran-Di-Hutan-i.238336777.17131032084

Melalui program ini, kerajaan merancang pelbagai strategi memerangi komunis dengan melaksanakan projek-projek pembangunan khususnya di kawasan luar bandar. Antara projek infrastruktur yang diatur ialah pembinaan jalan, sekolah, hospital, klinik kesihatan serta kemudahan awam seperti elektrik dan bekalan air.

Lebuhraya Timur-Barat termasuk dalam dasar ini kerana ia dapat menghapuskan rangkaian sokongan yang membantu mereka terlindung daripada diburu pihak berkuasa. Bila hutan belantara dibersihkan, tiada lagi tempat untuk pengganas komunis menyorok. Selain itu, sebarang laluan melarikan diri ke sebelah sempadan Thailand-Malaysia juga terdedah sekaligus memudahkan pasukan keselamatan mengesan mereka.

Tetapi kerja pembinaan yang dibuat sekitar 1970 oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) ini bukan sesuatu yang mudah. Sebelum kerja pembinaan bermula, kerja-kerja penerokaan awal perlu dilakukan termasuk membersihkan kawasan hutan dan membina laluan ke kawasan pembinaan. Bagi memudahkan urusan pekerja yang terlibat dengan projek ini, dua buah kem pangkalan diwujudkan di Grik dan di Jeli. Di dua kem inilah, seluruh tenaga kerja dan kaum keluarga mereka yang terlibat dalam projek Lebuhraya Timur-Barat ditempatkan.

Selepas kerja-kerja pembinaan bertambah rancak dan jarak perjalanan antara kem pangkalan ke lokasi pembinaan semakin jauh, barulah kem-kem baru dibina berhampiran kawasan pembinaan. Sudahlah bina lebuhraya ini bukan sesuatu yang mudah. Lagi payah bila pengganas komunis mensabotaj kerja-kerja mereka.

Bagi menjamin keselamatan pekerja dan mengekang gangguan pengganas Bintang Tiga sepanjang projek ini, kerajaan melaksanakan Ops Pagar. Lima batalion Askar Wataniah ditugaskan mengawal lebuhraya ini semasa ia dibina. Lima batalion tersebut ialah Batalion 301, 302, 303, 304 dan 3056.

Akhir kata, beli juga buku terbaru kami bawah imprint fiksyen kami. Ada pra-tempah dan harga diskaun sedang ditawarkan untuk para pembeli. Beli di webstore kami.
Pencari Cincin Sakti: http://bit.ly/CincinSaktiStore
Sate Untuk Jembalang: http://bit.ly/SateJembalangStore
Kombo: http://bit.ly/komboPCSSUJ

Di sebalik pelaksanaan Ops Pagar, geng komunis terus mencuba menggagalkan projek Lebuhraya Timur-Barat. Pada tanggal 23 Mei 1974, sebanyak 63 jentolak dimusnahkan oleh pihak komunis. Serangan tersebut bukan saja mendatangkan kerugian dari segi kewangan tetapi turut menyebabkan projek lebuhraya berkenaan tergendala.

Tetapi ia tidak setragis serangan yang berlaku beberapa bulan berikutnya. Pada 27 Ogos 1974, geng Bintang Tiga menyerang sebuah lori pekerja yang diiringi pihak tentera semasa dalam perjalanan dari kem di Grik ke Banding. Serangan tersebut mengakibatkan tiga orang pekerja JKR terbunuh dengan beberapa lagi dilaporkan cedera. Kisah pengorbanan mereka ini diabadikan menerusi sebuah tugu peringatan yang dibina berhampiran Kem Sri Banding (kem Tentera Darat Malaysia (TDM)).

Dengan mengambil kira cabaran alam dan ancaman keselamatan yang dibawa geng Bintang Tiga, tidak hairanlah mengapa Lebuhraya Timur-Barat ini mengambil masa 12 tahun untuk disiapkan. Kos pembinaan juga bertambah daripada RM85 juta kepada RM396 juta. Tetapi pada akhirnya, ia dibuka kepada lalu lintas bermula 1 Julai 1982.

Namun begitu, pengguna lebuhraya ketika itu diingatkan hanya dibenarkan melaluinya pada waktu siang atas faktor keselamatan. Selain itu, tiada kenderaan dibenarkan melalui Lebuhraya Timur-Barat selepas jam 6.00 petang. Sesiapa yang cuba mengelat tidak akan bernasib baik kerana pihak tentera meletakkan beberapa pos kawalan sekitar Grik dan Jeli. Hanya selepas geng Bintang Tiga memeterai perjanjian damai di Hatyai dan menyerah diri pada 1989, barulah pihak tentera menarik balik pos-pos kawalan ini.

Selain tugu peringatan yang terletak berhampiran Kem Sri Banding, terdapat sebuah dataran di kem berkenaan yang diberi nama Dataran Juang. Di sinilah, pihak TDM menyenaraikan nama 116 anggota tentera yang gugur dalam Darurat Kedua.

Menjelang tahun 1990-an, Lebuhraya Timur-Barat mula dihubungkan dengan lebuhraya lain menerusi Rancangan Pembangunan Rangkaian Lebuhraya Malaysia 1993. Ini direalisasikan dengan menghubungkan ia dengan Lebuhraya Butterworth-Kulim. Ini disusuli pembinaan fasa kedua lebuhraya berkenaan bermula pada 2001 dan siap pada 2005. Menerusi fasa kedua ini, ia menghubungkan Grik-Kulim dengan jarak 125 km.

Jangan terkejut kalau nampak gajah di Lebuhraya Timur-Barat. Sumber: Mstar

Hari ini, kalau lalu Lebuhraya Timur-Barat, yang menyapa pemandu pada waktu malam ialah haiwan liar seperti gajah. Walaupun pihak berkuasa telah membina beberapa jejambat bagi membolehkan haiwan-haiwan ini melintas, peluang melihat gajah melintasi lebuhraya amat tinggi terutama pada waktu malam. Selain haiwan liar, pemandu juga perlu berhati-hati dengan pergerakan perlahan kenderaan berat.

RUJUKAN

Abd Hamid, A. (2016, 27 Januari). Pengorbanan Dalam Kenangan… Mstar.

Aziz Jasbindar, F. (2019, 21 Januari). Peristiwa Hitam Disebalik Pembinaan Lebuhraya Gerik Jeli (Timur Barat). OrangPerak.

Husna. (2020, 6 Februari). Fakta & Kisah Sadis Disebalik Lebuh Ray Gerik-Jeli. Libur.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply