Perjalanan daripada Bangunan Empire State ke Ukrainian Village hanya memakan masa dalam 15 minit.

Di sini, John Pucciatti membuka sebuah kedai makanan. Beliau berasal daripada Itali, mengikuti arus migrasi yang mana bangsa ini berhijrah ke bumi Amerika Syarikat untuk mencari duit dalam politik lebih stabil.

IKLAN: PBAKL ONLINE sedang berlangsung di Shopee The Patriots. Dapatkan judul kami pada harga serendah RM20. Klik: shp.ee/efz9vb5

Tidak pasti kenapa Pucciatti berpindah – tetapi beliau mendapat rezeki perniagaan yang tidak terhingga. Kerana John’s of the 12th Street membawa imej Itali dengan tawaran pasta, piza, sup dan sebagainya.

John’s berjaya mengekalkan resepi yang diminati jutaan orang sejak pembukaannya pada tahun 1908. Pada Januari 1920, Kerajaan Amerika Syarikat meluluskan Pindaan Ke-18 yang mengharamkan penjualan minuman keras.

Larangan ini berpunca daripada gerakan agama Protestanisme yang berkempen selama beberapa dekad. Persepsi mereka adalah: jika minuman keras tidak lagi dijual, mesti orang kurang mab.uk.

Lain pula yang berlaku. Ramai membeli minuman keras dalam pasaran gelap, yang kandungannya tidak dapat disahkan selamat. John’s menghidangkan makanan dalam bahagian restorannya.

Namun bahagian bilik bawah tanah dikhaskan untuk pengeluaran minuman keras yang dihidang di tingkat dua dalam cawan espreso (Levine, 2020). Dalang di sebalik pasaran tidak sah ini tentu sekali struktur kongsi gelap, tidak kira siapa.

Salvatore Luciana berhijrah ke Amerika Syarikat pada April 1906, mendiami Lower East Side di Manhattan dimana ramai warga Itali berkampung dengan budaya mereka. Luciana berhenti sekolah ketika masih mentah berusia 14 tahun.

Bandaraya New York 1920-an.

Beliau menjual topi dengan keuntungan bersih AS$28 sebulan (nilai sekarang AS$780). Tidak lama kemudian, beliau mula berjµdi dan menang dalam AS$244 (nilai sekarang AS$6,600).

Satu demi satu tapak, Luciana menjadi Charles Luciano yang diberikan nama timangan Lucky kerana pernah dike.lar leher ketika bergad.µh dengan tiga orang kerana enggan berkhidmat dengan bos gen.gst.er lain.

Mungkin juga kerana Luciano diber.kas 25 kali tetapi tidak pernah dipen.jar.akan.

Dengan geng.ster sendiri, Luciano menyediakan perlindungan kepada anak-anak muda Yahudi. Dengan bayaran AS$0.10 seminggu (nilai sekarang AS$3.00), anak muda ini selamat daripada anc.aman geng.ster Itali dan Ireland.

Bayangkan jika 10,000 anak muda membayar yuran perlindungan, sekelip mata Luciano mendapat wang yang banyak. Jadi Luciano membina sebuah empayar kongsi gelap yang kuat.

Lucky Luciano

Dan beliau suka meluangkan masanya di John’s of the 12th Street. Rumah beliau pun tidak jauh daripada kedai tersebut. Sambil bekerja di bumi Amerika Syarikat, lidah dan tekak beliau masih kekal dalam kepekatan Itali.

Peristiwa 1922

Lucky Luciano hanya seorang sahaja dalam dunia dipenuhi kongsi gelap. Seorang lagi yang wajar disebut ialah Giuseppe Masseria, anak kelahiran Sicily yang membesar dalam keluarga tukang jahit.

Giuseppe Masseria

Beliau berhijrah ke Amerika Syarikat dan berjaya membangunkan sebuah rangkaian Mafia bersama Vito Genovese.

Vito Genovese

Tetapi mereka tidak bermula daripada bawah, kerana rangkaian mereka sebenarnya berpec.ah daripada Geng Morello di Harlem Timur. Sepanjang 1910-an, Morello terlibat dalam siri pergelutan panas bersama rangkaian lain seperti Camorra yang sememangnya jerung (bukannya bilis seperti rangkaian lain).

Tetapi pada tahun 1918, Camorra tersungkur kerana ramai ahlinya masuk penj.ara. Saki-baki yang bebas membuat keputusan: sertai Morello. Sekarang ini, Morello berdepan dengan persaingan dalaman pula.

Berlawan Camorra sebenarnya lebih senang berbanding lawan diri sendiri. Dalam kalangan keluarga Morello, dua pihak sedang bersaing untuk kuasa – Keluarga Genovese dan Rocco Valenti (Critchley, 2009).

Jadi sekarang ini, peper.angan terbuka antara Morello dan Camorra sekarang berlaku secara dalaman antara Genovese dan Valenti.

Orang Giuseppe Masseria (Genovese) membµnµh sekutu Valenti bernama Salvatore Mauro. Dua tahun kemudian, geng Valenti pergi bµnµh Vincenzo Terranova. Masseria membuat balasan – bµnµh Silva Tagliagamba pada 8 Mei 1922.

Krisis mencapai kemuncak tidak lama kemudian, apabila Masseria panggil Valenti ke John’s of the 12th Street. Masseria mahu menghentikan peper.angan ini.

Biar semua nampak yang Masseria dan Valenti sudah bersatu, demi kebaikan Morello/Genovese juga. Rocco Valenti pun datang, bersembang di tempat awam untuk mencapai persetujuan.

Selesai saja pertemuan mereka, barulah Valenti tahu tujuan sebenar. Memang Masseria mahu perdamaian.

Tetapi ada syarat yang Valenti terlepas pandang. Masseria sebenarnya mahu perdamaian tanpa Valenti. Dua ahli Genovese mengekori Valenti rapat ke sebuah sudut, dimana peper.angan ini berakhir.

IKLAN: Kami melancarkan POLITIK UNTUK PEMULA pada harga diskaun di PBAKL Online. 100 pembeli terawal dapat sign penulis. Link beli: https://shp.ee/rjhp7xi

Valenti ma.ti dalam keadaan berlµmµran dar.ah. Pembµnµh Valenti tidak dikenal pasti. Tetapi ramai percaya dua orang yang mengekori Valenti ialah Lucky Luciano dan Vito Genovese (Levine, 2020).

Dan sejak hari itu, John’s of the 12th Street diabadikan sebagai restoran yang memulakan perdamaian antara dua rangkaian geng.ster besar New York.

RUJUKAN:

Critchley, D. (2009). The Origin of Organized Crime in America: The New York City Mafia 1891-1931. Routledge. Halaman 155.

Levine, L. (2020, Januari 27). Travel back to the Roaring Twenties at these 10 NYC spots. 6 Square Feet.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.