Kena ingat betul-betul berapa banyak anggota tentera Perancis rugi semasa berperang dengan Vietnam. 75,581 orang, punyalah ramai untuk mempertahan angan-angan imperialisme kerajaan di Paris. Apabila fikir balik, patutlah British cepat-cepat lari keluar daripada Tanah Melayu dan India. Untuk elak terkena nasib Perancis, yang selamanya menjadi bahan kutukan.

Konflik melibatkan Perancis dan Vietnam berlaku antara tahun 1946 hingga 1954. Selama tujuh tahun tujuh bulan, Vietnam cuba menghalau Perancis yang bertapak selepas kekalahan Dinasti Nguyen. Sepertimana Perancis berlaku zalim pada umat Islam di Algeria, seperti itulah mereka pada rakyat Vietnam. Semasa Perang Dunia Kedua, boleh tahan teruk Jerman membadai bumi Perancis sampai kerajaan Paris kelam-kabut meminta askar-askar Vietnam daripada bumi terjajah French Indochina.

Dalam perbincangan ni, memang ada unsur-unsur politik perihal pembentukan kerajaan. Perancis guna kerajaan republik. Vietnam juga kerajaan republik. Namun jurang antara dua republik ini tetap berbeza. Maka untuk memudahkan korang, kami cadangkan korang beli buku POLITIK UNTUK PEMULA. Dalam buku ini, semua institusi kerajaan dikupas secara santai untuk bantu memudahkan pemahaman. Link pembelian: https://bit.ly/3vK4xw5

Askar-askar ini setelah pulang ke tanah air sudah mahir bersenjata. Jadi mereka bangkit menentang French Indochina pula. Selepas Jepun angkat kaki, parti komunis yang bertapak di Vietnam cuba membina sebuah kerajaan. Namun Perancis menyelit masuk dan isytihar French Indochina kembali berkuasa. Mereka mengisytihar pula dengan cara pengeboman daripada laut yang membunuh 6,000 orang awam di Haiphong (Cirillo, 2015).

Hal yang demikian menyebabkan bermulanya Perang Indochina Pertama. Sekadar pengetahuan, Perang Indochina Kedua adalah “Perang Vietnam” antara Komunis dan Amerika Syarikat.

Vietnam Berlawan Balik

Perancis mengasak sampai pihak komunis terpaksa berundur. Namun masuk tahun 1950, pihak komunis dibawah kepimpinan Ho Chi Minh dan Vo Nguyen Giap berjaya melawan balik. Metodologi perang komunis adalah sama seperti Perang Vietnam kelak. Dengan menggunakan teknik gerila dan bumi hangis (attrition), Perancis menang dalam beberapa pertempuran sekalipun macam tidak menang. Kerana kereta kebal Perancis didapati tidak sesuai langsung untuk berperang dalam hutan Vietnam. Tentera Udara Perancis juga tidak mampu memberi sokongan daripada udara, apatah lagi ‘carpet bombing’.

Jeneral Nguyen Giap.

Nguyen Giap juga pandai guna taktik serangan artileri dan hendap untuk melemahkan Perancis. Beberapa tahun dalam peperangan, ramai orang Perancis sendiri naik meluat dengan “perang kotor”. Masuk saja tahun 1951, Perancis mula sakit kepala. Mereka menggunakan taktik hedgehog untuk paksa Vietnam tukar strategi daripada gerila ke konvensional. Tengok macam mana Nguyen Giap serang masa Pertempuran Dien Bien Phu sudah cukup. Habis nipis barisan Perancis selepas kehilangan 14,000 anggota.

Anggota perang Perancis ditangkap Vietnam.

Kuat mana Perancis usaha sekalipun, Nguyen Giap mampu menandingi strategi mereka. Beliau senantiasa cuba tarik Perancis jauh daripada titik bekalan (supply point). Sebaik sahaja beliau nampak Perancis terlalu jauh daripada titik ini, barulah beliau akan serang balas. Pada 29 Oktober 1952, Perancis hantar 30,000 anggota untuk menyerang kedudukan Nguyen Giap. Pihak komunis sudah atur rancangan untuk mematahkan serangan ini. Namun Nguyen Giap masih nekad menggunakan teknik sama – serang balas apabila jauh daripada supply point.

Dan itulah punca kemenangan komunis. Ada masa Nguyen Giap gagal. Tetapi apabila beliau berjaya, memang Perancis sakit habis. Masuk April 1953, kerajaan Perancis sudah akur: “takkan mungkin perang Indo-China kita boleh menang.” Lalu mereka akur dan bersetuju untuk runding damai dalam Persidangan Geneva pada 21 Julai 1954. Cadangan mereka adalah untuk membahagikan Vietnam jadi dua republik – Utara (komunis) dan Selatan (kapitalis).

Akhir kata, beli juga buku terbaru kami bawah imprint fiksyen kami. Ada pra-tempah dan harga diskaun sedang ditawarkan untuk para pembeli. Beli di webstore kami.
Pencari Cincin Sakti: http://bit.ly/CincinSaktiStore
Sate Untuk Jembalang: http://bit.ly/SateJembalangStore
Kombo: http://bit.ly/komboPCSSUJ

Masalah berkaitan dengan pilihan raya meledakkan percikan api baharu yang menjadi asbab Perang Vietnam dengan Amerika Syarikat pula. Sejauh mana Amerika Syarikat kaji kekalahan Perancis sekalipun, mereka tetap masuk dalam gaung sama. Perancis kalah kerana:

  1. Prestasi perang yang tidak memberangsangkan tetapi rugi teruk.
  2. Gerakan anti-perang dalam negara sendiri

Dua benda ini akhirnya menimpa Amerika Syarikat. Mereka masuk berperang pada tahun 1955, dibawah pemerintahan Dwight D. Eisenhower. Bersilih ganti dengan John F. Kennedy, Lyndon B. Johnson dan Richard Nixon. Wajar dikatakan yang Kennedy, Johnson dan Nixon enggan keluar daripada Vietnam semata-mata kerana ‘untuk elak malu menjadi presiden yang berundur’ (Schmemann, 2007).

RUJUKAN:

Cirillo, R. (2015). The Shape of Battles to Come. University Press of Kentucky. Halaman 187.

Schmemann, S. (2007, September 16). Looking Back At the Shame of the Vietnamese Left Behind. The New York Times.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply