Empayar Umayyah merupakan sebuah kerajaan Islam yang berdiri usai daripada penyerahan Baiah oleh Khalifah Hasan Ibn Ali kepada Muawiyah Ibn Abi Sufyan pada tahun 661 Masihi. Kerajaan ini terus berdiri dan menjadi sebuah kerajaan yang maju dan mampu bersaing dengan kerajaan Rom Timur pada waktu itu. Pembangunan Keraajaan ini juga diikuti dengan wujudnya pemerintah dan Khalifah yang kuat seperti Khalifah Abdul Malik Ibn Marwan yang telah menstabilkan empayarnya, Khalifah Walid Ibn Abdul Malik yang telah melebarkan sayap kerajaan Umayyah sehingga ke Andalusia.

Peluasan kuasa Umayyah ini telah menyebabkan wujudnya kemasukan pelbagai bangsa dalam kerajaan Umayyah. Meskipun, Islam merupakan Agama yang inklusif yang tidak mementingkan bangsa dan suku yang istimewa. Kerajaan Umayyah telah bertindak untuk melebihkan bangsa Arab dan meminggirkan bangsa selain Arab (Mawali).

Hal ini termasuklah segala dasar yang telah diputuskan oleh kerajaan Umayyah yang bersikap pilih kasih kepada Bangsa Arab semata mata telah menyebabkan lahirnya ketidakpuasan hati dari pelbagai bangsa yang bernaung di bawah jajahan Umayyah. Itu belum dikira lagi dengan sifat Khalifah yang telah mulai melanggari norma dan batas sebagai seorang Khalifah atau sebagai Ketua Agama Islam.

Khalifah telah mengamalkan tindakan yang jelas melanggari bata syarak ini telah mencetuskan ketidakpuasan hati dan melahirkan “daulah terpendam” dalam kalangan rakyat. Kemuncaknya, lahirlah kelompok kelompok yang ingin menentang Kerajaan Umayyah ini. Ada beberapa kelompok yang lahir akibat daripada tindakan dan dasar Kerajaan Umayyah ini, antaranya, Golongan Syiah, Golongan Mawali dan Khawarij. Ketiga golongan ini bersatu untuk sekian kalinya walaupun perbezaan ideologi mereka. Namun, dek kerana permusuhan mereka kepada Umayyah, kesemua ini diketepikan demi menjatuhkan Kerajaan Umayyah yang pada waktu itu telah jelas menyimpang dari tugas sebenarnya sebagai Khalifah Islam.

Persatuan ini dipimpin oleh Abu Abbas As-Saffah dan Abu Muslim Al-Khurasani. Kedua dua pemimpin ini kemudiannya menakluk Khurasan dan Syria. Kerajaan Umayyah kemudiannya memimpin pasukan bagi menumpaskan gerakan Abu Abbas As-Saffah ini. Pasukan Umayyah ini dipimpin sendiri oleh Marwan ibn Muhammad.

Kedua pasukan ini bertemu di Sungai Zab dan pecahlah pertempuran antara kedua pasukan ini. Akhirnya, pertempuran ini dimenangi oleh Abu Abbas Al-Saffah. Usai pertempuran ini, ibu kota Umayyah Damsyik tumpas ke tangan Abu Abbas Al-Saffah dan kerajaan Umayyah secara rasminya tumbang.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Konservatif | Nasionalis | Pencinta 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗨𝘁𝗵𝗺𝗮𝗻𝗶𝘆𝘆𝗮𝗵 dan 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺

Comments are closed.