Konsep gereja adalah suatu kewajiban dalam menghayati agama Kristian. Gereja yang dimaksudkan adalah institusi agama, bukannya bangunan semata-mata.
Gereja paling popular adalah Katolik, yang mempunyai pecahan begitu banyak. Dalam Gereja Katolik, terdapat fenomena mayat-mayat pendeta yang tak reput walaupun dah dikebumikan.
Sebagai contoh, Saint Bernadette meninggal dunia pada tahun 1879 tetapi mayatnya tidak rosak dan kekal utuh hingga ke hari ini.
Mayat pendeta-pendeta dari Gereja Kristian Katolik ini tak mereput secara semulajadi walaupun telah dikebumikan beratus malah ribuan tahun dahulu. Mirip mumia yang wujud hingga ke hari ini. Mayat dari Gereja Katolik ni memang tak diawet tetapi terpelihara secara semulajadi.
Tujuan sebenar pihak Gereja untuk mempamerkan mayat pendeta-pendeta mereka supaya diteladani hidup mereka semasa mereka hidup.
Pihak Gereja tegaskan yang cara hidup mereka adalah teladan hidup seorang Kristian yang sesungguhnya.
Tapi ada je mayat-mayat ni yang dimumiakan. Contohnya pada tahun 1599, salah seorang pendeta kumpulan Capuchin iaitu Silvestro of Gubbio meninggal dunia. Mayat beliau dimumiakan sebelum disimpan dalam ruangan bawah bangunan kuil di Palermo, Itali.
Mayatnya dimasukkan terlebih dahulu dalam paip diperbuat daripada seramik. Kemudian mereka membasuh mayat Silvestro dengan cuka. Mereka buat benda sama pada pendeta-pendeta lain yang meninggal dunia selepas Silvestro.
Amalan ni secara tak langsung dah jadi sebahagian daripada tradisi Capuchin hingga menjadi simbol pendarjatan: “sesiapa yang dikebumikan dengan cara Capuchin adalah sebahagian daripada penyebar-penyebar ayat suci.”
Oleh: Azizul Farhan
___
Kalau korang nak tahu lebih banyak benda menarik tentang Eropah, boleh sambar KITAB TAMADUN EROPAH yang akan dijual pada 25/9/2023. Muat turun bab pertama KITAB TAMADUN EROPAH di https://thepatriots.store/kte/
Buat sementara waktu ni korang boleh beli buku kami yang lain di https://thepatriots.store/
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih