Nama Ethiopia muncul pertama kalinya sekitar tahun 1200 SM dalam puisi epic Yunani Kuno, Iliad. Nama itu merujuk kepada seluruh kawasan selatan Mesir. Mulai abad ke-4 Masihi, nama Ethiopia digunakan secara spesifik, merujuk kepada kerajaan Aksum dan pewaris kota yang kedudukannya di negara Eritrea dan Ethiopia utara kini. Buku Aksum yang bertarikh pada abad ke-15 Masihi adalah koleksi dokumen bersejarah, menerangkan tentang  kisah Ityopp’is, anak kepada Cush dan pengasas lagenda kota Aksum.

Kerajaan Aksum (100 – 940) adalah kerajaan yang aktif berdagang dan mempunyai kuasa maritim yang besar. Bertempat di mulut Laut Merah, empayar tersebut mendatang keuntungan dalam perdagangan kerana lokasinya yang strategik, menjadi persinggahan para pedagang dari empayar Rom, India, dan Arab.

Perlabuhan Adulis menjadi perlabuhan antarabangsa yang giat mendagangkan sutera, rempah-ratus, kaca, emas, dan gading. Walapun gajah menjadi spesis terancam di kawasan lingkungan empayar Aksum, penternakan gajah berkembang biak di zaman pertengahan Eropah mengakibatkan gading menjadi barangan eksport utama. Perdagangan kormesial kerajaan Aksum menjadi sumber utama untuk misi ketenteraan: dari abad ke-3 Masihi, kerajaan biasanya menghantar rombongan penjelajahan ke Semenanjung Arab dan pada abad ke-4 Masihi, Raja Ezana menakluk kerajaan jiran, Kush. Ethiopia pada zaman kerajaan Aksum menjadi empayar terkuat setanding Rom, Parsi, dan China.

Pada mulanya, rakyat Aksum mengamalkan ajaran politeisme. Yang istimewanya, mereka banyak membina monument pengebumian yang gah seperti stelae, kepingan batu menegak dengan ukiran dewa-dewi (sehingga ketinggian 33 meter) dan makam. Di zaman pemerintahan Raja Ezana, agama Kristian menjadi agama utama kerajaan sepanjang zaman pertengahan. Walaupun begitu, para penganut agama Yahudi dan Muslim hidup aman damai dalam jajahan Aksum. Pada tahun 615, kaum Ethiopia ramah menerima kedatangan Nabi Muhammad SAW dan para pengikut, serta mengekalkan hubungan baik dengan kerajaan Islam sehingga abad ke-16 Masihi.

Monumen Stalea

Setiap tamadun purba yang gemilang tidak akan terlepas dari pengakhirannya. Kerajaan Aksum tidak terlepas dari garis masa ini. Empayar Aksum berakhir dengan proses yang perlahan sejak abad ke-8 Masihi. Ia disebabkan beberapa faktor berakhirnya empayar kaum Ethiopia iaitu: pertama, kerajaan Islam di Semenanjung Arab dan Afrika Utara mengakhiri penguasaan perdagangan kerajaan Aksum di Laut Merah.

Kedua, perubahan iklim dan pembasmian hutan (deforestation) mengakibatkan pengurangan sumber pertanian. Akhirnya, perang saudara yang berlaku pada tahun 940 melemahkan penguasaan kerajaan, memberi peluang kepada Ratu Yodit untuk membunuh raja Aksum terakhir. Para ahli sejarah masih berdebat sama ada Ratu Yodit adalah pengasas Dinasti Zagwe (940 – 1270) atau dinasti itu terbentuk setelah Mara Takla Haymanot menggulingkan kerajaan keturunannya pada tahun 1137. Tambahan lagi, sejarah kerajaan Dinasti Zagwe tetap misteri dalam lipatan sejarah.

Namun banyak sumber sejarah berkenaan kerajaan milik pengganti Dinasti Zagwe. Pada tahun 1270, seorang bangsawan tempatan bernama Yekuno Amlak mempersoalkan status raja dinasti yang memerintah, kemudian merampas takhta tersebut dan menjadi pengasas dinasti baru yang bertahan lama, Dinasti Solomonic.

Dengan reformasi pentadbiran dan kekerapan ekpedisi ketenteraan, Maharaja Amda Seyon (1314 – 1344) mengukuhkan kuasa dinasti dan meluaskan jajahan kerajaannya. Ketenteraan Dinasti Solomonic sama seperti kerajaan Aksum iaitu mempunyai tentera memanah dan tentera infantry yang bersenjatakan lembing dan pedang. Senjata ketenteraan Ethiopia paling unik ketika itu adalah Shotel, pedang melengkung yang berupaya mematahkan serangan tentera berkuda dan mampu menyerang musuh melepasi perisai.

Pedang Shotel

Di akhir zaman pertengahan, kerajaan Dinasti Solomonic dikelilingi oleh kerajaan Islam yang kemudiannya melakukan hubungan diplomatik dengan kerajaan Eropah. Selepas Perang Salib, kerajaan Eropah mencari mana-mana sekutu Kristian. Sebuah penjelajahan Portugis tiba di Ethiopoa p-ada tahun 1490 dalam usaha memburu Prester John yang lagenda, raja Kristian yang kaya kononnya memerintah di timur.

Hubungan Ethiopia dan Portugis semakin baik ketika Sultan Adal menceroboh dan menakluk hampir seluruh tanah Ethiopia pada 4 dekad kemudian. Bagi membalas tindakan sultan muslim itu, Maharaja Dawit II meminta pertolongan dari Portugis dan Portugis menghantar 400 orang musketeer (tentera bersenjata senapang laras panjang). Usaha maharaja Ethiopia dan Portugis dapat mematahkan serangan musuh. Kerajaan Dinasti Solomonic kekal berkuasa sehingga akhir abad ke-20.

Setelah kaum Ethiopia menempuh pelbagai konflik dunia dari Perang Dunia I hingga Perang Dingin, tanah kaum Ethiopia berpecah kepada dua buah negara bangsa, Ethiopia sendiri dan Eritrea. Negara Ethiopia menjadi negara demokratik republic dengan melantik Meles Zenawi sebagai Perdana Menteri Pertama diikuti dengan perlantikan Negasso Gidada sebagai Presiden Pertama mulai 1995.

RUJUKAN:

  1. Sejarah ringkas dari video game Age of Empires II.
  2. K. Irvine, “Review: The Different Collections of Nägś Hymns in Ethiopic Literature and Their Contributions.”Bulletin of the School of Oriental and African Studies, University of London. School of Oriental and African Studies, 1985
  3. Africa Geoscience Review, Volume 10. Rock View International. 2003. p. 366. Retrieved9 August2014
  4. Fiaccadori, Gianfranco (2005) “Ellä Säham” inEncyclopaedia Aethiopica, vol. 2, Wiesbaden
  5. Henze, Paul B. (2005)Layers of Time: A History of Ethiopia
  6. Munro-Hay, Stuart (1991).Aksum: An African Civilization of Late Antiquity
  7. “President expelled from ruling party”.IRIN. 2001-06-25. Retrieved 2017-11-07

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Comments are closed.