Selama 13 tahun, Kasturba Nagar (pinggir bandar Nagpur) dihantui oleh seorang penje.nayah. Namanya Bharat Kalicharan. Atau, lebih dikenali sebagai Akku Yadav (1971-2004). Dianggarkan, lebih 40 orang wanita menjadi mang.sanya sepanjang tahun 1991-2004. Ini tidak termasuk tiga mang.sa pembu.nuhan, dan jena.yah lain seperti peme.rasan dan pencu.likan yang angkanya langsung tidak direkodkan (Torre, 2021).

Walau tidak direkodkan, sesiapa pun boleh jangkakan yang ia bukan sedikit. Tambahan, Yadav memang menjadikan peme.rasan sebagai sumber pendapatan – baik peme.rasan wang, makanan, atau habuan badan.

Tindak-tanduknya justeru mengundang ketakutan. Hampir 25 keluarga berpindah. Keluarga yang tidak mampu pula memberhentikan anak perempuan dari sekolah – yang kemudian diku.rung dalam rumah. Hatta penjaja sayur juga enggan singgah. Tuntas, bekalan makanan sukar diakses oleh golongan suri rumah.

Memang, mereka ini hidup serba susah. Semuanya gara-gara bias kasta yang begitu menebal di India. Mana-mana yang lahir dalam kasta Dalit hampir mustahil merasai takdir hidup yang cerah. Ini lantaran banyak hak dan peluang dinafikan. Baik ia pendidikan, pekerjaan, pergaulan, mahupun perundangan.

Keadaan ini justeru diambil kesempatan oleh Yadav, memandangkan kastanya lebih tinggi berbanding kebanyakan warga Kasturba Nagar (Esh, 2021). Bayangkan, dia dengan selamba pernah mero.gol seorang wanita yang sedang mengandung tujuh bulan di tepi jalan.

Dia juga pernah mene.lan.jangkan seorang wanita bernama Asho Bhagat di hadapan anak-anak dan beberapa orang jiran lalu memperko.sanya, sebelum wanita malang itu dike.rat payudaranya hidup-hidup sampai mening.gal dunia. Seorang jiran yang tampil mela.wan juga menerima nasib sama – dia dibu.nuh dan tubuhnya habis dike.rat entah sampai berapa bahagian.

Dalam kejadian lain, Yadav pernah mero.gol wanita bernama Kalma yang ketika itu baru sahaja bersalin. Sekitar 10 hari, macam itu. Akibat malu dan tertekan, Kalma memba.kar diri dengan minyak tanah. Habis yatim bayi yang baru berusia 10 hari itu.

Bukan setakat ro.gol, jena.yah pembu.nuhannya juga cukup memualkan. Antara mang.sanya ialah seorang nenek bernama Asha Bai yang dibu.nuh di hadapan cucu perempuan berusia 16 tahun. Menurut cerita si cucu, ketika itu mereka sedang makan malam.

Tiba-tiba, pintu diketuk. Kata suara di sebalik pintu, dia adalah rakan kepada cucu lelaki Asha Bai. Jadi, Asha Bai pun tanpa ragu membuka pintu. Langsung, perutnya diti.kam. Dalam keadaan nyawa-nyawa ikan, telinga dan jarinya pula menerima te.takan. Tidak lain, Yadav menginginkan anting-anting dan cincin milik nenek malang itu. Ini menunjukkan betapa pada matanya, nyawa dan maruah seorang Dalit lebih murah berbanding sebentuk emas dan serakah bu.as.

Poster filem 200: Halla Ho yang dikeluarkan pada 20 Ogos 2021, diinspirasikan oleh kisah je.nayah Yadav. Antara karya lain ialah Keechaka (2015) dan Half the Sky (2009, pemenang Anugerah Pulitzer)

Apapun, empat kes di atas hanyalah seperca daripada puluhan kes lain. Dan sebenarnya, ada lagi perkara lain yang lebih menyebalkan berbanding jena.yah yang Yadav lakukan.

Sebagaimana umum mengetahui, menjadi mang.sa perko.sa bukanlah satu hal ringan. Sudahlah tanpa rela menjadi mang.sa, dipalit pula dengan stigma entah apa-apa. Segalanya jadi terbalik. Mang.sa dihina, sementara pelakunya dibela.

Situasi ini tidak terkecuali buat wanita-wanita yang diper.ko.sa oleh Yadav. Bayangkan, ramai daripada mereka tampil membuat laporan. Tetapi, polis bukannya ambil peduli. Malah, diperlinya lagi. Katanya, “Manalah tak kena ro.gol. Tengok sahaja pun dah tahu kau ini jenis liar.”

Dalam satu kes, seorang mang.sa datang ke balai untuk buat aduan – betapa dia diper.ko.sa beramai-ramai. Sudahnya, di situ juga dia dira.tah beramai-ramai (Banim, 2021). Memang hancai punya perangai.

Dis.kri.minasi kasta sudah satu hal. Korup.si lagi menambah fatal. Memang rata-rata polis tempatan sudah disuap oleh Yadav. Justeru walau berkali-kali dia dire.man, berkali-kali juga dia dibebaskan (Esh, 2021). Inilah sebab mengapa kegiatannya boleh berpanjangan.

Cuma, bagaimana segalanya dinoktahkan?

Ia bermula apabila Yadav mengganggu seorang wanita bernama Usha Narayena. Di Kasturba Nagar, lima beradik Narayena (termasuk Usha) adalah satu-satunya Dalit yang mendapat pendidikan. Usha sendiri ketika itu baru sahaja memperoleh ijazah dalam bidang pengurusan hotel.

Dia pulang ke Kasturba Nagar untuk bersiap-siap sebelum memasuki alam pekerjaan. Pada saat yang sekejap itulah dia bertembung dengan Akku Yadav, yang selama ini memang tidak menggangu keluarga Narayena lantaran takutkan ‘kuasa’ pendidikan yang mereka miliki.

Usha Narayane, berusia 25 tahun ketika kejadian. Selepas dibebaskan dari pertu.duhan membu.nuh Yadav, dia dilarang meninggalkan Nagpur dan impiannya dalam bidang pengurusan hotel juga terhalang. Sekarang, dia kendalikan Kasturba Nagar Community Project

Suatu hari pada awal Ogos 2004, Akku Yadav menyerbu rumah jiran Usha yang bernama Ratna Dungiri. Ia dilakukan selepas dia dan kawan-kawannya puas memper.kosa seorang remaja berusia 13 tahun yang berjiran dengan Ratna. Ketika berada di rumah Ratna, Yadav cuba meme.ras wang belanja.

Tetapi, permintaannya tidak dilayan. Justeru, habis segala perabot yang ada dipe.cahkan. Melihat keadaan itu, Usha tanpa berlengah terus membuat laporan. Bukan ke balai polis berhampiran. Tetapi terus ke pejabat pesuruhjaya khas. Sebagai maklum balas, dia dijanjikan beberapa orang polis peronda.

Namun seperti biasa, laporan itu dibocorkan kepada Yadav. Maka, Yadav dan kawan-kawannya pun beralih ke rumah Usha. Kesemua mereka berjumlah empat puluh orang – terlebih cukup untuk mero.bohkan pintu rumahnya pada bila-bila masa (Kristof, 2006).

Sambil menggenggam botol a.sid, Yadav berteriak dari luar rumah meminta supaya Usha menggu.gurkan laporan. Bila teriakannya tidak diendahkan, Yadav mula mengeluarkan kata-kata u.gutan – mahu simbah a.sid, mahu ro.gol beramai-ramai, dan bermacam-macam lagi.

Tapi, Usha tetap dengan pendirian. Apabila dia mendapati polis peronda yang dijanjikan tidak kunjung tiba sementara Yadav dan kawan-kawannya semakin mengan.cam, Usha pun lantas bergegas ke dapur. Gas memasak dibuka. Kotak mancis juga dicapai.

Kemudian, giliran dia pula untuk berteriak, “Masuklah kalau berani! Dengan engkau-engkau sekali aku le.tupkan nanti.” U.gutan Usha itu bukan satu jenaka. Memang semua boleh hidu bau gas yang memenuhi ruang udara. Jadi, Yadav dan kawan-kawannya pun akur untuk berlalu pergi.

Ketegangan tersebut disaksikan oleh seluruh jiran tetangga. Masing-masing jadi bersemangat melihat keberanian Usha. Maka pada 6 Ogos, rumah Yadav pula yang dikerjakan (Banim, 2021). Habis hangus ia dibakar. Sampaikan Yadav sendiri ketakutan, lalu menyerah diri ke balai polis.

Tidak lain, Yadav mahu dapatkan perlindungan. Dia tahu dia memang akan dibicarakan. Tapi, dia juga tahu yang seperti biasa, dia akan dibebaskan hasil suapan. Sebab itu, Yadav masih buat selamba hatta semasa sesi perbicaraannya yang diadakan pada 13 Ogos 2004.

Punyalah Yadav yakin yang dia akan dibebaskan sampaikan dengan bersahaja dia menyindir salah seorang mangsanya di mahkamah. Sindirannya lebih kurang berbunyi, “Hai pela.cur. Tunggu kau. Kejap nanti aku ro.gol kau lagi.”

Sindiran itu disahut dengan ketawa berdekah-dekah. Iya, semua pegawai dan hadirin lelaki yang ada cuma ketawakan sahaja wanita yang baru dimalukan itu. Akan tetapi, deraian tawa itu cuma bertahan sekejap. Tanpa sesiapa pun jangka, wanita tersebut menanggalkan seliparnya lalu melemparnya ke kepala Yadav. Sambil itu, dia berteriak, “Dekat dunia ini cuma boleh ada aku atau engkau. Jadi, mari sini aku bu.nuh kau!” (Torre, 2021)

Lantas, keadaan bertukar huru-hara. Kesemua 200 wanita dari Kasturba Nagar yang menghadiri sesi perbicaraan tersebut meluru ke arah Yadav. Ada yang melempar batu. Ada yang melempar serbuk cili. Ada juga yang meni.kamnya berkali-kali. Lima belas minit juga Yadav dikerjakan, sambil semua yang lain lari menyelamatkan diri – termasuklah dua orang polis pengiring dan dua orang beradiknya.

Hasil bedah siasat mendapati ada 70 kesan ti.kaman pada tubuh Yadav. Kema.luannya juga habis dike.rat (Esh, 2021). Tambah menggamit, kejadian ru.suhan tersebut bukan berlaku di lorong gelap tetapi di Mahkamah Daerah Nagpur – bangunan yang peranannya adalah untuk menegakkan keadilan. Ini memang seakan memalit arang pada muka kerajaan yang gagal melindungi rakyatnya yang melarat di tangan insan keparat.

Gambar tempat kejadian, da.rah Yadav membasahi lantai bilik perbicaraan

Kesemua 18 orang wanita yang ditang.kap atas kejadian tersebut juga dibebaskan sedekad kemudian lantaran menerima pembelaan ramai pihak (Ganjapure, 2014), termasuklah Hakim VT Suryavanshi dan pesara hakim Bhau Vahane yang secara terbuka mengeluarkan kanyataan:

“Dalam situasi yang mereka hadapi, sudah tidak pilihan lain kecuali membu.nuh Yadav. Ini kerana mereka sudah pun berulang kali membuat aduan dan meminta perlindungan daripada polis. Tetapi, ia tidak diendahkan. Memang benar mereka bersalah kerana mewujudkan undang-undang sendiri. Tetapi, ini terjadi kerana undang-undang dan agensi penegak undang-undang itu sendiri gagal memberikan apa yang sepatutnya.” (Bugged Space, 2020)

Kenyataan beliau sememangnya tidak keterlaluan. India mempunyai rekod yang tinggi dalam jenayah pemer.ko.saan. Data National Cri.me Records Bureau (NCRB) pada tahun lalu merekodkan purata 77 kes ro.gol dalam sehari. (First Post, 2021)

Laporan tahun 2019 dari agensi sama juga mendapati setiap hari ada 10 orang wanita Dalit diro.gol oleh lelaki. Lebih membimbangkan, daripada keseluruhan 32,033 kes ro.gol untuk tahun tersebut, hanya 30% sahaja pelakunya dikenakan hukuman. (She The People, 2021)

Hal ini justeru menjadi faktor keempat mengapa India dilabel sebagai salah sebuah negara yang paling tidak selamat buat wanita, sebagaimana yang dikongsikan dalam artikel lepas.

RUJUKAN:

Banim, Julia. (2021, 15 June). Notorious (ditapiskan) and Serial (ditapiskan) Meets His (ditapiskan) at the Hands of 200 Women. UNILAD.

Bugged Space. (2020, 2 December). Akku Yadav (ditapiskan) Almost 200 Women – They Made Sure He Never Did it Again.

Esh. (2021, 13 March). 200 Women (ditapiskan) This Man to (ditapiskan), (ditapiskan) off his (ditapiskan). Medium.

First Post. (2021, 16 September). India recorded 77 (ditapiskan) cases, 80 (ditapiskan) daily in 2020, says NCRB report: (ditapiskan) against women highest in Rajasthan.

Ganjapure, Vaibhav. (2014, 11 November). Decade after Akku’s courtroom (ditapiskan), all accused go free. The Times of India.

Kristof, Nicholas D. (2006, 15 January). In India, One Woman’s Stand Says Enough. The New York Times.

She The People. (2021, 7 September). With Case of Pune Minor’s (ditapiskan), Here’s a Looking at India (ditapiskan) Statistics.

Torre, Berny. (2021, 16 June). Serial (ditapiskan) beast (ditapiskan) to (ditapiskan) by 200 women with knives in courthouse revenge (ditapiskan). Daily Star.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pencinta bahasa ibunda dan sejarah dunia. Amir Zayyanid merupakan seorang penulis dan penterjemah bebas yang menyimpan impian mahu menabur bakti kepada anak pertiwi menerusi pendokumentasian sebanyak mungkin bahan bacaan, sama ada fiksi mahupun bukan-fiksi.

Comments are closed.