Zaman sudah banyak berubah. Perdagangan masih bergantung pada laluan laut. Kapal-kapal laut membawa barangan sana sini untuk kegunaan manusia. Pengangkutan udara diutamakan untuk bergerak atas faktor kemudahan dan keselamatan.

Semakin lama satelit pula menjelajah darat dan laut untuk tujuan penyelidikan. Namun satu masa dahulu, semuanya dibuat kapal laut. Bergerak guna laut. Berdagang guna laut. Jelajah pun laut.

Sejarah mengenang ramai penjelajah seperti Adrien de Gerlache, Diogo Afonso, Dragutin Lerman misalnya. Untuk kali ini, kita bercerita pasal Sir Ernest Shackleton.

Sir Ernest Shackleton

11 tahun Shackleton menyandang jawatan sebagai setiausaha bagi Masyarakat Geografi Diraja Scotland (RSGS). Tugas beliau adalah untuk membantu pihak pentadbiran majukan sains geografi di seluruh dunia.

Sebelum masuk dalam RSGS, beliau menimba pengalaman sebagai pegawai pedagang. Maksudnya, beliau sudah menguasai ilmu lautan dengan cara menjelajah. Perjalanan daripada Southampton ke Cape Town (Afrika Selatan) pada tahun 1898 saja sudah cukup untuk mematangkan seseorang.

Penggilapan Imej Baharu

Banyak benda berlaku sepanjang karier Ernest Shackleton di laut. Beliau mencapai segala yang mampu. Walau bagaimanapun, beliau meninggal dunia dihimpit hutang yang menjejaskan reputasinya. Lumrah perniagaan – ada masanya berjaya; ada masa hαηcυr berkecαi. Faham sendirilah nasib Shackleton bab ini.

Cuma masuk saja Abad ke-20, orang ramai mula sedar yang Shackleton tidak wajar diabadikan dengan kata-kata hina. Beliau selayaknya dianggap contoh tauladan buat semua kelasi yang ditimpa musibah semasa menjelajah (Barczewski, 2007).

Contoh hebat ini mungkin boleh dijadikan tauladan buat semua pembaca. Kerana hidup ini kadangkala sama saja macam laut – entah dari mana, tiba-tiba ada ombak.

Ekspedisi Terakhir

Pada Januari 1914, Ernest Shackleton membeli sebuah kapal yang berharga GB£14,000. Sekadar pengetahuan, kapal Polaris pada mulanya dimiliki Adrien de Gerlache.

Tetapi beliau mengalami masalah kewangan. Jadi Polaris pergi kepada Lars Christensen yang bertahun-tahun serabut kerana tidak dapat menjualnya (Baughman, 2009).

Jadi dapat saja tawaran daripada Shackleton, dikira terjuallah sekalipun rugi. Shackleton memilih anak kapal untuk kapal barunya yang dinamakan Endurance.

Keluar berlayar.

Pada zaman itu, memang jadi sebutan habis. Tiadalah orang cakap “unsinkable” bagai, cuma orang kira kagum pada Shackleton yang keluar menghala ke Buenos Aires sebelum menyambung perjalanan sampai Antarktika.

Tenggelamnya Kapal Endurance

Perairan Antarktika tidak sama seperti lautan biasa. Kawasan laut sini penuh dengan ketulan-ketulan ais yang cukup untuk pecαh kepala orang. Jadi Shackleton bergerak dengan perlahan selama beberapa minggu (lingkungan 50 kilometer sehari). Destinasi mereka adalah Teluk Vahsel. Masalahnya, semakin dekat semakin banyak pula ketulan ais. Dan entah dari mana, Endurance dipukul “ribut batu”.

Satu yang baik, ribut ini membersihkan kawasan laut… buat sementara waktu sahaja. Mereka menyambung perjalanan sebelum sedar yang mereka terperαηgkαp.

Begini ceritanya – apabila ribut memυkυl, kawasan laut bersih. Tetapi suhu merudum dan laut yang bersih itu sendiri menjadi beku. Ada satu bahagian “dinding” ais retαk. Tetapi keretαkan ini tidak cukup untuk membebaskan Endurance.

Shackleton mencari jalan untuk heηtαm dinding ais dengan harapan boleh keluar. Tetapi kawasan keliling mereka terlalu sempit untuk mencapai kelajuan diperlukan. Ribut-ribut susulan mengakhiri rancangan mereka. Endurance terhuyung-hayang diancam tekαηαη air, ombak dan percikan ais. Maklumlah kapal kayu – kalau besi tiada masalah.

Gambar terakhir Endurance di permukaan.

Kawasan keliling kapal mengecil; tidak lama sebelum serpihan-serpihan ais tajam mengakhiri hayat Endurance.

100 Tahun Kemudian

Trαgedi Endurance membuktikan bahawa mαlαng takkan berbau. Naik turun suhu dan perubahan musim mencairkan ais. Bαηgkαi Endurance akhirnya turun ke dasar laut. Sama seperti RMS Titanic, kapal HMS Endurance menjadi kiblat penjelajah dasar laut seperti pihak Endurance22.

Banyak benda perlu dikaji saintis. Selepas 107 tahun di dasar laut, saintis ingin tahu impak tekαηαη air pada keadaan kapal.

Dan betapa terkejutnya semua apabila mereka sedar kapal Endurance berada dalam keadaan sangat baik padahal tenggelam tiga kilometer dalam air (Zitser, 2022).

Gambar Dasar Laut

Malah nama Endurance masih terpahat dengan kemas pada belakang kapal.

Penemuan kapal hanya membuka jendela baharu. Banyak benda perlu diketahui. Endurance22 sudah memulakan penyelidikan untuk mencari jawapan kenapa kapal masih elok.

Belakang kapal.

Kebiasaannya ada hidupan laut akan merosakkan kapal. Imbasan mendapati kapal Endurance kaya dengan hidupan laut seperti buran dan bunga karang (Fountain, 2022). Tetapi mereka agak tercengang kerana tiada hidupan mengapa-apakan kapal… barangkali kerana suhu air.

Buat masa sekarang, semua boleh fikir – kapal Titanic yang besi sudah repυt teruk. Kapal Endurance yang kayu masih elok. Pelik, bukan?

RUJUKAN:

Barczeswki, S. (2007). Antarctic Destinies: Scott, Shackleton, and the Changing Face of Heroism. Hambledon. Halaman 295.

Baughman, T. (2009). Shackleton of the Antarctic. University of Nebraska Press. Halaman 53.

Fountain, H. (2022, Mac 15). 106 years, 4 weeks, 1 (ditapiskan): How Shackleton’s Ship Was Found. The New York Times.

Zitser, J. (2022, Mac 21). Antarctic explorers finally find the ill-fated HMS Endurance almost 2 miles below the ocean in ‘the world’s most challenging shipwreck search’. Business Insider.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply