Kadang-kadang perkara yang nyaris berlaku lebih menarik berbanding perkara yang benar-benar berlaku. Hampir setiap buku-buku sejarah bergambar Pera.ng Dunia Kedua pasti akan ada foto penting yang terkenal iaitu foto ketika Presiden Amerika Syarikat, Franklin Delano Roosevelt bertemu dengan Winston Churchill dan Joseph Stalin di Tehran pada bulan November 1943. Kapsyen foto tersebut biasanya menyebut ia sebagai satu pertemuan yang akan memantapkan hubungan sekutu yang akan bakal memenangi Dunia Peran.g Kedua.
Apa yang amat jarang diberitahu adalah bahawa detik bersejarah itu tak mungkin tidak akan berlaku, kerana presiden Amerika Syarikat, seluruh Ketua Staf Bersama dan beberapa lagi pemimpin tertinggi Amerika berada di atas kapal USS Iowa yang hampir menjadi mangsa se.rangan torpedo kapal pe.ra.ng yang lain. Fakta penting ini tidak digembar gemburkan kerana ser.angan yang boleh membun.uh presiden itu bukanlah datang dari pihak musuh tetapi torpedo ditem.ba.k dari kapal pemus.nah yang lain milik Amerika Syarikat sendiri semasa dalam satu misi sulit.
Tem.ba.kan yang hampir mengubah sejarah itu dilancarkan dari kapal USS William D. Porter, yang digelar oleh para pelaut sebagai Willie Dee, salah satu daripada beratus-ratus buah kapal pemus.nah yang dibina Amerika Syarikat dengan tergesa-gesa kerana mereka menyedari bahawa sebahagian besar penglibatan mereka dalam peran.g dunia yang sedang meningkat itu akan berlaku di lautan.
Kapal pemus.nah itu digunakan pada bulan Julai 1943, dengan kru seramai 125 orang muda. Hanya ada beberapa orang saja yang berpengalaman tetapi diasingkan ke sana sini, yang lain semuanya adalah pelajar sekolah atau pekerja ladang semasa kapal itu sedang dibina. Mereka adalah kru yang ‘segar dari ladang’ sama seperti kapal di mana mereka akan berkhidmat.
Tetapi itulah tentera pada tahun 1943 – para pemuda yang bersemangat itu berharap dapat pengetahuan tentang tugas mereka terlebih dahulu sebelum musuh mula menem.ba.k mereka. Masa untuk latihan adalah amat singkat, jadi hampir empat bulan setelah Willie Dee dilepaskan mengharungi samudera, ia ditugaskan untuk salah satu misi paling sulit dan kritikal yang pernah dilakukan oleh US Navy. Presiden Roosevelt dalam perjalanan ke Afrika Utara yang diduduki pihak Perancis untuk bertemu dengan Winston Churchill, Joseph Stalin dan Generalissimo Chiang Kai-shek. Tidak ada sesiapa yang tahu tentang perjalanan itu sehinggalah mereka tiba dengan selamat.
Roosevelt menaiki kapal pera.ng USS Iowa pada 12 November 1943, bersama dengan Setiausaha Negara Cordell Hull, Ketua Staf Bersama serta para VIP dan aide. Rombongan pihak presiden, seramai kira-kira 80 orang, semuanya telah menyelinap keluar dari Washington secara diam-diam menaiki kapal layar milik Roosevelt bernama Potomac, dan telah menyusuri Sungai Potomac untuk bertemu dengan USS Iowa di muara sungai di Teluk Chesapeake. Kapal per.an.g seberat 45.000 tan yang menyusuri teluk dari tempat ia berlabuh di Norfolk, Virginia itu perlu membuang hampir seluruh bahan bakarnya agar ia tidak terkandas di sungai.
Presiden dibawa menggunakan kerusi roda tanpa sebarang sambutan atau majlis keramaian, lalu USS Iowa diam-diam keluar ke laut dengan perintah tegas agar kurang menonjol dan dilarang berhubung melalui radio. Kapal pe.rang itu diiringi oleh dua kapal induk pembawa pesawat yang akan menyediakan perlindungan dari udara, dan tiga kapal pemus.nah untuk menyediakan perlindungan dari kapal selam Jerman yang masih membawa ancaman terhadap kapal-kapal di Atlantik. Salah satu kapal pemus.nah itu ialah kapal Willie Dee.
Misi itu sederhana tetapi kritikal: Bawa Roosevelt dan rombongannya ke Mers-el-Kebir di Afrika Utara untuk menghadiri persidangan kemuncak peringkat tertinggi antara para pemimpin Sekutu. Kapal itu bergerak dengan kelajuan maksimum di sepanjang Atlantik, diikuti oleh kapal-kapal pemus.nah yang lebih kecil dari belakang. Sebilangan besar kru yang menyertai konvoi ini tidak tahu apa tujuan misi sulit mereka, mereka juga tidak tahu bahawa presiden berada di dalam kapal USS Iowa, tetapi perlakuan serius dan tegang yang tampak jelas pada wajah para pegawai mereka menunjukkan bahawa mereka mungkin terlibat dalam operasi yang sangat penting.
Walaupun dengan kelajuan tahap maksimum, pelayaran itu berlangsung selama lapan hari, jadi, sepanjang pelayaran itu, kapal-kapal dan kru masing-masing meneruskan latihan yang biasa mereka lakukan ketika berada di tengah lautan. Aktiviti sebegitu penting untuk membuat mereka sentiasa sibuk, dan bagi kapal Willie Dee, latihan adalah perlu untuk mempersiapkan kru kapal yang baru hendak menimba pengalaman agar mereka boleh membiasakan diri dengan kehidupan di tengah lautan luas.
Pelayaran kapal pemus.nah itu pada awalnya bermula dengan kesukaran. Ketika Kapten Wilfred Walter cuba membawa kapal Willie Dee keluar dari tempat ia berlabuh di sebelah kapal lain di Norfolk, dia terdengar bunyi hentaman yang kuat.
Apabila Walter dan pegawai lain melihat keluar, mereka tidak melihat sebarang kerosakan pada kapal mereka, tetapi sauh dari kapal mereka telah bergeser dengan badan kapal Tentera Laut di sebelahnya lalu merosakkan pagar, rakit kecemasan, bot-bot kecil serta pelbagai peralatan lain. Walaupun menyebabkan kerosakan teruk pada kapal di sebelahnya, kerosakan kapal Willie Dee hanyalah sedikit kesan calar pada sauhnya. Oleh kerana mereka sedang bergegas untuk menyertai kapal USS Iowa, Walter hanya sempat meminta maaf segera sebelum meneruskan pelayaran.
Dalam 48 jam pertama misi rahsia itu, Willie Dee terus menjadi perhatian. Pada satu ketika selepas menyertai konvoi bersama kapal yang lain, semasa kapal-kapal itu melalui kawasan yang dikatakan dipenuhi oleh U-Boat Jerman, satu le.tupan besar tiba-tiba menggegarkan lautan.
Semua kapal segera melakukan gerakan anti-submarin dan berada dalam keadaan berjaga-jaga, tiba-tiba kapal Willie Dee memberi isyarat bahawa tidak ada kapal selam muncul. Le.tupan itu hanyalah salah satu peleda.k dalaman (depth charge, sen.ja.ta le.tupan anti-submarin) nya sendiri yang secara tidak sengaja terjatuh dari kapalnya kerana butang pelancarnya tidak ditetapkan dalam keadaan ‘safe mode’ seperti yang sepatutnya.
Tidak lama selepas kejadian memalukan itu, seorang kru kapal Willie Dee dihanyutkan arus ombak yang melanda kapal dan dia tidak pernah berjaya ditemui untuk diselamatkan. Ombak yang menghempas kapal itu turut membanjiri ruang enjin hingga ia hilang kuasa untuk seketika lalu menyebabkan kapal pemus.nah itu tertinggal jauh di belakang konvoi yang lain. Pada waktu itu, Ketua Operasi Naval, Laksamana Ernest J. King, yang berada di atas USS Iowa telah menyedari masalah yang dihadapi Willie Dee, ramai orang memandang kesulitan yang dibawa Willie Dee sebagai tanggungjawabnya, menyebabkan dia merasa malu dan kecewa.
Dia menyatakan rasa tidak puas hatinya kepada Kapten Walter, yang menyedari bahawa dia sedang berusaha meningkatkan potensi peluang kerjayanya dalam misi berprofil tinggi ini. Dengan teguran itu, kapten kapal Willie Dee berikrar akan meningkatkan prestasi kapalnya di sepanjang pelayaran dan memastikan semua kru dilatih dengan lebih serius ketika berada di lautan.
Kru yang lain turut bekerja keras, dan pada 14 November, ketika konvoi itu hanya berada di sebelah timur Bermuda, kapten USS Iowa ingin menunjukkan kepada Roosevelt dan pegawai-pegawainya bagaimana sistem pertahanan kapal pe.ra.ng itu mampu menyekat se.ra.ngan udara. Apabila meriam pertahanan udara USS Iowa menem.ba.k ke arah belon-belon cuaca yang diterbangkan sebagai sasaran sambil presiden berada di dek kapal untuk menikmati pertunjukan itu, Walter dan anak buahnya menyaksikannya dari jarak 6,000 ela dan merasa teruja untuk turut serta dalam demonstrasi itu.
Mereka mendapat peluang setelah tem.ba.kan USS Iowa tidak mengenai beberapa belon, yang kemudian terus terbang melayang hingga memasuki jarak jangkauan sen.ja.ta Willie Dee. Melihat itu sebagai satu peluang untuk menebus kesilapannya sendiri, Walter segera memerintahkan kru kapalnya untuk ke stesen pertem.puran, dan penem.ba.k mula membe.dil belon-belon itu. Pada masa yang sama, dia memerintahkan kru lain melakukan latihan di mana mereka akan berlatih melancarkan torpedo ke arah kapal lain.
Jadi, di bahagian dek bawah di ruang simpanan torpedo, dua awak kapal bernama Lawton Dawson dan Tony Fazio memulakan simulasi situasi perte.mp.uran yang sebenar. Satu-satunya perbezaan di antara latihan dan perte.mpuran sebenar adalah, jika semasa latihan, Dawson dan Fazio akan membuang semua primer yang melancarkan torpedo dari empat tiub kapal Willie Dee.
Tanpa primer, isyarat menem.ba.k yang tidak menyebabkan le.tupan diperlukan untuk melepaskan torpedo dari tiub ke dalam air. Untuk melakukan sera.n.gan simulasi, kru torpedo memerlukan sasaran. Seperti kebiasaannya dalam latihan, mereka akan menggunakan kapal yang berdekatan. Sasaran terbesar dan paling mudah yang dapat mereka lihat ialah USS Iowa.
Apabila Dawson dan Fazio sudah bersedia, pegawai di atas dek memberi perintah simulasi tem.ba.kan dan kru torpedo di bahagian bawah ‘menem.ba.k’ torpedo. Selepas berhenti seketika di mana dia biasanya akan mengesahkan bahawa torpedo sedang dalam perjalanan, pegawai dek meneruskan latihan dengan perintah “Fire 2!”
Seperti yang dijangka, sekali lagi mereka berhenti seketika dan kemudian dia memerintahkan “Fire 3!” Kali ini, perintahnya disahkan oleh bunyi ‘whooooooosh’ apabila torpedo dilancar keluar dari tiubnya memasuki ke dalam air. Bunyi itu memeranjatkan dan menakutkan para pegawai di atas dek itu. Sebuah torpedo hidup sedang meluncur di dalam air dan menuju tepat ke arah kapal USS Iowa.
Para pegawai di dek Willie Dee mula berlari ke sana sini, memberi arahan dan meminta pengesahan bahawa apa yang mereka takuti itu tidak berlaku. Paling lama pun, torpedo itu mungkin mengambil masa selama dua minit untuk menyentuh badan kapal USS Iowa, dan kapal pera.ng itu tidak dapat membelok dalam masa yang singkat, jadi mereka sudah tidak ada waktu.
Walter memerintahkan amaran segera dihantar kepada USS Iowa. Tetapi konvoi rahsia itu diberikan perintah yang tegas agar tidak berhubung menggunakan radio. Sebagai gantinya, juru isyarat memberi isyarat kepada kapal per.an.g itu dengan memancarkan lampu kilat.
Malangnya, dalam keadaan tergesa-gesa, gementar, dan tidak berpengalaman, pelaut muda itu mulanya menyedari bahawa torpedo berada di dalam air tetapi tidak menuju ke USS Iowa. Dia menjadi semakin bingung apabila tiba-tiba dia melihat torpedo meluncur ke arah kapal per.ang itu semula, dia cuba memberikan isyarat lagi dan entah bagaimana tiba-tiba dia memberi isyarat bahawa Willie Dee akan berundur dengan kelajuan maksimum.
Walter sedar bahawa isyarat lampu kilat tidak akan berfungsi, dan dia sedang kehabisan masa, jadi dia memutuskan untuk melanggar perintah larangan menggunakan radio. Radioman Willie Dee dengan cepat menghubungi USS Iowa menggunakan nama kodnya: “Lion, Lion, come right!”
Radioman di USS Iowa terkejut mendengar panggilan radio itu tiba-tiba memecah keheningan, tetapi dia bertindak balas dengan tenang sambil bertanya siapa dan mengapa mereka menghubungi, “identify and say again, where is the submarine?” Operator Willie Dee menjawab “Torpedo in the water! Lion, come right! Emergency! Come right, Lion! Come right!’ Dan kemudian tidak ada lagi balasan dari USS Iowa, kerana pada masa yang sama, pengintai kapal per.ang itu telah melihat torpedo itu dan menjerit: “Torpedo on our starboard quarter! This is not a drill! Torpedo on our starboard quarter!”
USS Iowa membelok tajam dan meningkatkan kelajuan sambil sen.ja.tanya mula melepaskan tem.ba.kan ke arah torpedo yang sedang meluncur ke arah mereka. Walter dan awak-awaknya di atas Willie Dee hanya mampu melihat dan mengharapkan kapal besar itu dapat membelok tepat pada waktunya.
Kapal per.ang itu membunyikan penggera General Quarters, dan kru-kru kapal mula berlari menuju ke stesen kecemasan. Mereka yang berada di dek melihat torpedo yang meluncur sementara kapal itu membelok kuat ke kiri dalam situasi yang terdesak. Kru di Willie Dee yang berdebar-debar menyaksikan USS Iowa membelok tepat pada waktunya, torpedo mele.tup di belakang kapal besar itu.
Roosevelt kemudian membuat catatan di dalam buku diarinya mengenai pelayaran tersebut, dia mengatakan: “Pada hari Isnin semasa latihan sen.ja.ta. Porter melepaskan tem.ba.kan torpedo ke arah kami secara tidak sengaja. Kami melihat ia – ia tersasar sejauh 1,000 kaki.”
Walter dan kru Willie Dee boleh menarik nafas lagi, tetapi bagi mereka kejadian itu tentulah masih belum selesai. Setelah USS Iowa kembali ke formasi asalnya, Walter menyedari bahawa sen.ja.ta kapal per.ang yang dilatih pada kapal pemus.nahnya baru saja menem.ba.k kapal yang dinaiki presiden. Tidak lama kemudian, USS Iowa menghubungi dia melalui radio untuk bertanya apa sebenarnya yang berlaku. “Kami yang melakukannya,” balas Walter.
Setelah menyoal krunya sendiri yang tidak mempunyai alasan segera tentang bagaimana torpedo hidup boleh meluncur di dalam air, Walter yang dalam keadaan malu cuba meyakinkan USS Iowa bahawa semua itu hanyalah satu kemalangan yang tidak disengajakan. Namun, dalam keadaan seperti itu, rasa curiga semakin tinggi, lalu kapal Willie Dee yang bernasib malang itu diarahkan keluar dari konvoi.
USS Iowa terus menuju ke Afrika Utara dan menghantar presiden untuk menghadiri sidang kemuncak bersejarahnya itu, tetapi Willie Dee dihantar ke sebuah stesen US Navy di Bermuda. Tentera US Marine yang lengkap bersen.ja.ta menyambut kapal Willie Dee sebaik saja ia berlabuh dan seluruh kru ditahan – ini adalah kali pertama dalam sejarah apabila kru US Navy ditahan secara beramai-ramai.
Kru kapal Willie Dee menghadapi soal siasat secara rahsia yang tujuan utamanya adalah untuk menentukan sama ada mungkinkah ada pencero.boh yang melakukan sab.otaj terhadap kapal tersebut. Adakah tem.ba.kan torpedo itu merupakan kesilapan bod.oh yang tidak serius atau sebahagian daripada konspirasi yang besar untuk membu.nuh Roosevelt dan menggagalkan sidang kemuncak pihak Sekutu?
Keter.angan selama beberapa hari diperlukan lembaga penyiasatan untuk menentukan bahawa primer yang hidup telah ditinggalkan di dalam tiub torpedo 3 secara tidak sengaja, dan bukan dilakukan oleh seseorang yang dengan sengaja menggunakannya semasa latihan, yang bermaksud bahawa tidak ada sebarang konspirasi yang membawa ancaman. Kru Willie Dee telah mengalami hari yang menyukarkan. Semuanya kekal sebagai misteri sehingga seorang kru kapal bernama Dawson akhirnya mengaku bahawa dia telah berbohong dalam keter.angan pertamanya, di mana sebelum itu dia mengaku tidak tahu bagaimana primer hidup berada di dalam tiub torpedo.
Dalam keter.angan terbarunya, dia mendedahkan kepada lembaga penyiasatan bahawa sebenarnya dia secara tidak sengaja telah meninggalkan primer di tempatnya ketika dia sedang mengeluarkan tiga yang lain dari tiub torpedo. Apabila torpedo dilancarkan tanpa dia menduga, dia menjadi panik dan segera membuang primer yang terpakai ke dalam laut.
Seorang pegawai, Leftenan William Poindexter, menjelaskan kepada lembaga penyiasatan bahawa para petugas USS William D. Porter, awak-awak dan juga para pegawai yang tidak berpengalaman, harus dianggap sebagai sebahagian daripada punca yang menjelaskan kemalangan itu. Dari 16 pegawai junior di bawah Poindexter, hanya empat orang yang mempunyai pengalaman dalam mengendalikan kapal sebelum menaiki kapal Willie Dee.
Walaupun begitu, Willie Dee telah nyaris membu.nu.h seorang presiden, jadi, seseorang harus bertanggungjawab. Di atas kesalahan awal dan pendedahan yang seterusnya, Dawson, 22, dijatuhi huk.uman 14 tahun kerja berat. Tetapi apabila Roosevelt mendengar keputusan huku.man itu, dia memerintahkan US Navy agar tidak menghu.kum Dawson kerana kejadian itu jelas merupakan kesilapan dan tidak ada ancaman musuh. Mungkin tidak menjadi ancaman, tetapi ia tetap hampir menenggelamkan kapal USS Iowa hingga Willie Dee menjadi kapal yang terkenal di dalam US Navy sebagai kapal yang perlu dipantau secara berhati-hati.
Selepas tahun 1943, setiap kali bertembung di lautan dengan kapal Amerika yang lain, kapal Willy Dee akan disambut oleh kapal lain dengan perlian yang berbunyi: “Jangan tem.ba.k kami! Kami adalah penyokong Republikan!” Willie Dee menjadi kambing hitam bagi tujuan propaganda parti-parti politik selepas itu.
Namun, bayangan tem.ba.kan torpedo terhadap kapal presiden terus menghantui kapal Willie Dee. Melihat prestasi kapal pemus.nah itu dalam tugas berprofil tinggi seperti apa yang berlaku semasa mengiringi konvoi rahsia presiden, US Navy ber.anggapan bahawa kapal itu mungkin lebih baik dalam tugasan sebenar menghadapi m.usuh di mana ia dapat menimbulkan bahaya. Kapal pemus.nah itu dihantar ke Kepulauan Aleutian selama setahun, dan ketika bertugas di perairan dingin di Alaska, kru bekerja keras untuk membersihkan nama baik dan reputasi kapal mereka.
Walau bagaimanapun, kapal itu seolah-olah terkena sumpahan kerana ia berterusan menimbulkan kontroversi. Semasa berehat ketika dalam satu latihan di Aleutian, seorang kru kembali ke kapal dalam keadaan mab.uk lalu dia cuba melancarkan tem.ba.kan dari salah satu sen.ja.ta besar yang ada pada kapal Willie Dee.
Dia melepaskan tem.ba.kan sebelum seseorang berjaya menghentikannya, awalnya mereka tidak tahu di manakah pel.uru sebesar 5 inci itu mendarat. Malangnya, kebetulan ia mendarat di halaman depan rumah panglima pangkalan ketika dia mengadakan pesta kecil meraikan para pegawai dan isteri mereka. Nasib baik, satu-satunya kerosakan hanyalah imej dan reputasi sebuah kapal pemus.nah yang sudah tidak dapat dipulihkan lagi.
Dengan pe.ran.g di pentas Pasifik sedang mencapai kemuncaknya, US Navy menyimpulkan bahawa khidmat Willie Dee mungkin diperlukan untuk kempen terakhir. Dengan kru yang lebih berpengalaman, Willie Dee meninggalkan Kepulauan Aleutian menuju ke Pasifik barat bagi melaksanakan tugasan sebagai kapal pengiring ke Filipina dan mengambil bahagian dalam operasi di Mindoro dan Teluk Lingayen. Pada hujung bulan Mac 1945, ia dihantar ke Okinawa, di mana ia melakukan rondaan jauh di lautan untuk memintas pesawat Jepun sebelum mereka mendekati kapal-kapal yang lebih besar.
Dalam satu rondaan, Willie Dee terlibat dalam pertem.pu.ran dan berusaha melawan pesawat-pesawat yang menyera.ng secara kam.ikaze, semua pesawat Jepun dipenuhi bahan le.tupan yang cukup untuk menenggelamkan kapal pemus.nah itu dengan mudah.
Ketika salah satu pesawat kam.ikaze terbang rendah dan mensasarkan terus ke badan kapal, sen.ja.ta Willie Dee melepaskan tem.ba.kan, cuba menjatuhkan pesawat itu sebelum ia melanggar mereka. Kali ini latihan mereka membuahkan hasil dan semua kru bergembira apabila pesawat itu jatuh agak jauh dari kapal dan tidak mele.tup. Mungkin, sesetengah orang menyangka, nasib Willie Dee akhirnya mula berubah. Rupanya salah.
Pesawat Jepun itu terbang terlalu pantas sehingga bahkan setelah ia terjunam ke dalam air, ia masih terus meluncur laju seperti torpedo menuju ke arah kapal. Ia terus bergerak sehingga ia berada tepat di bawah perut kapal Willie Dee itu dan mele.tup dengan daya kekuatan yang mencukupi untuk menyebabkan kapal pemus.nah itu melantun dari air.
USS William D. Porter dengan sejarah yang pendek dan penuh kontroversi lagi bermasalah itu hanya mampu bertahan selama tiga jam, cukup lama bagi setiap kru kapal yang berada di dalamnya untuk diselamatkan, itu yang menarik tentang peristiwa tersebut, di mana tiada satu pun kor.ban di pihak Willie Dee dicatatkan . Willie Dee kemudian tenggelam ditelan lautan di bawah arus ombak, dan namanya boleh dikatakan pernah menjadi sebutan lagi, kisah bersejarahnya kekal dirahsiakan sehinggalah ins.iden melibatkan USS Iowa secara rasmi dilaporkan kepada umum pada tahun 1958.
USS Iowa dibawa secara ditunda ke Pelabuhan Los Angeles pada 26 Mei 2012 oleh empat buah kapal tunda Crowley Maritime. Pada 9 Jun 2012 USS Iowa berlabuh secara kekal dan dijadikan sebagai muzium per.an.g di San Pedro di Berth 87, tepat di selatan World Cruise Center. Muzium ini dibuka kepada orang awam bermula pada 7 Julai, di bawah arahan dan kawalan Pacific Ba.ttle.ship Center.
RUJUKAN:
Bonner, Kit (March 1994). The Ill-Fated USS William D. Porter. The Retired Officer Magazine. The Veteran’s Association of the USS Iowa (BB-61).
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih