Semua bangsa atau agama dunia mempunyai cerita legenda masing-masing tentang penciptaan dunia. Sesetengah daripadanya direkodkan dalam bentuk bertulis atau bukan bertulis sebagai rujukan generasi mendatang. Bagi masyarakat Jepun, legenda penciptaan dunia direkodkan dalam Kojiki (ditulis pada 712 Masihi) dan Nihon Shoki (720 Masihi) yang dikenali sebagai Kamiyo atau Era Dewa-Dewi.
Berdasarkan rekod Kojiki, Kamiyo dimulakan dengan alam semesta yang sunyi dan tanpa kehidupan. Bunyi yang muncul menunjukkan pergerakan partikel sepanjang ruang angkasa lepas yang luas dan tanpa bentuk. Ia menghasilkan cahaya yang kekal berada di atas alam semesta. Awan partikel yang berkumpul di bawahnya membentuk syurga manakala partikel yang tidak naik ke atas membentuk bumi.
Tiga dewa kemudiannya memulakan proses penciptaan. Dua elemen dibentuk iaitu pasif dan aktif serta dikatakan sebagai nenek moyang kepada semua bentuk perkara yang wujud di dunia. Seterusnya, Kojiki merekodkan kisah kami atau Tujuh Generasi Era Dewa-Dewi membabitkan 12 dewa-dewi dalam tempoh berkenaan.
Izanagi dan Izanami merupakan generasi terakhir kami dan bertanggungjawab mencipta 14 buah pulau Jepun. Mengikut mitos, kedua-duanya ditugaskan membuat, mengukuhkan dan ‘melahirkan’ pulau-pulau yang terapung ini. Melihat bumi dari sebuah jambatan emas di syurga, kedua-duanya merendamkan l3mbing bertatahkan berlian ke dalam air dan pulau awal yang terbentuk ialah Pulau Onogo.
Izanagi dan Izanami turun ke bumi dan membina kediaman di situ. Pada pulau itu wujud sebuah tiang yang dikenali sebagai Tiang August. Bagi membolehkan kedua-duanya memperoleh cahaya mata, kedua-duanya harus bersetubuh di situ, berpisah dan berjalan sekitar tiang dengan kedua-duanya berjalan dari arah berbeza.
Kedua-duanya bertemu di tengah-tengah tiang dan kedua-duanya mula bermain cinta antara satu sama lain. Izanami berkata, “Oh, pemuda yang gagah,” dengan Izanagi pula membalas, “Sungguh menggembirakan, aku telah bertemu dengan seorang dara yang jelita.” Malangnya, oleh kerana yang berkata terlebih dahulu ialah Izanami, ia mengundang kemurkaan dewa-dewi.
Ya, kedua-duanya memperoleh cahaya mata dengan Hiroku sebagai cahaya mata sulung mereka. Tetapi berikutan Izanami yang berkata terlebih dahulu di tiang, ia mengakibatkan anak-anak yang lahir mengalami kecacatan yang teruk. Justeru, untuk membuang sumpahan tersebut, kedua-duanya harus mengulangi ritual sama di Tiang August dan yang pertama kali berkata ialah Izanagi.
Kedua-duanya mengikut apa yang disarankan oleh dewa-dewi dan hasilnya, sumpahan yang dikenakan dibuang. Ini membolehkan anak-anak yang lahir selepas itu bebas daripada semua kecacatan. Anak pertama yang lahir ialah Oyashimakuni (Tanah Lapan Pulau Utama) yang disusuli oleh enam pulau kecil. Selepas tugas mereka selesai, Izanagi dan Izanami mencipta lebih banyak kami (semangat atau dewa-dewi yang disembah dalam agama Shinto).
Kami terakhir yang lahir ialah dewa api, Kagutsuchi. Tetapi semasa melahirkannya, Izanami mengalami kec3deraan parah akibat lvka terb4kar dan m4ti sebelum jatuh ke dunia Yomi atau neraka versi Jepun. Kerana terlalu sedih dan marah, Izanagi bertindak mem3nggal kepada puteranya itu dengan sebilah p3dang. Darah yang keluar dari badan Kagutsuchi membentuk lapan kami seni mempertahankan diri dan lapan kami gunung dan besi.
Izanagi bertolak ke Yomi untuk membawa pulang isterinya yang tercinta. Tetapi alangkah terkejutnya dewa itu apabila rupa Izanami kini hodoh dan tidak lagi dikenali. Kerana terlalu takut, Izanagi melarikan diri sekaligus menimbulkan kemarahan Izanami.
Dan ini membawa kepada sumpahannya itu, “Setiap hari aku akan membvnvh 1,000 orang di tanah yang kita ciptakan.” Izanagi lantas membalas, “Dan setiap hari aku akan mencipta 1,500 orang.” Dari situ, ia menghasilkan lebih banyak kami termasuk Amaterasu (Dewi Matahari) dan seterusnya, ketua-ketua puak dan manusiawi.
Malah, tidak menghairankan mengapa maharaja Jepun pertama, Jimmu (660 SM) dikatakan berasal keturunan cucu Amaterasu. Menerusi kisah inilah, maharaja-maharaja seterusnya dianggap keturunan kami sekaligus menjustifikasikan dakwaan mereka bahawa merupakan dewa hidup yang memerintah Jepun.
Dalam Kojiki, ia turut menceritakan perihal kisah siang dan malam membabitkan Amaterasu dengan Tsukiyumi (Dewa Bulan). Disebabkan pertelingkahan mereka sentiasa berterusan, kedua-duanya memilih tidak akan bersua muka dan berpisah. Pada satu ketika, Amaterasu bersembunyi dalam sebuah gua sekaligus menyebabkan kegelapan pada bumi. Bagi mengumpannya keluar, Tsukiyumi mengumpannya dengan sebuah cermin.
Satu aspek menarik kisah Kamiyo ialah lima daripada tujuh generasi kami ialah dewa lelaki yang dikahwinkan dengan kakak/adik mereka sendiri. Contoh paling mudah, Izanami sebenarnya ialah adik kepada Izanagi. Perkara sebegini bukan baru di sebelah Barat tetapi dianggap sesuatu yang menakjubkan dalam konteks kebudayaan Jepun.
RUJUKAN:
Rammel, E.C. (2020). The Age of the Gods: A Japanese Creation Myth. Ancient-Origins. https://www.ancient-origins.net/myths-legends-asia/age-gods-legendary-history-japan-002819
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih