Selepas empat hari berhempas pulas di bumi Ukraine, pihak Rusia mengumumkan menguasai udara (air superiority).

Dengan pihak Barat mula menyalurkan bantuan, pihak Kremlin tidak senang duduk sampai mengerαhkan unit nuklear untuk menghalang campurtangan NATO (Karmanau, et al., 2022). Tetapi NATO tidak tunduk, sampai Recep Tayyip Erdogan sendiri naik muak dan melarang Rusia guna Bosphorus (Roth, et al., 2022).

Dengan Barat menyekat akses Rusia daripada SWIFT dan Turki pula menutup pintu Bosphorus, ekonomi Rusia bertambah rapuh. Mana mungkin kapal dagang boleh berlabuh di Crimea.

Dan China pula tidak mahu masuk campur, mahupun membantu Rusia pintas sekatan-sekatan ekonomi.

Agak mengejutkan untuk tengok bagaimana sejarah berulang. Kerana dunia satu masa dahulu pernah sampai titik kemelut seperti hari ini.

Menyingkap Sejarah Enam Dekad Yang Lalu

Zaman enam dekad yang lalu dipanggil The Swinging Sixties kerana pengaruh pemodenan dan hedonisme yang kuat. Tetapi dalam lembah politik, semua pakat serius dengan pendirian anti-nuklear.

Ini adalah kerana dunia hampir melutut pada zaman ini. Punca dunia tidak melutut adalah kerana pemimpin Kesatuan Soviet ketika itu adalah Nikita Khrushchev. Andainya Joseph Stalin masih hidup, entah apa yang akan berlaku.

Amerika Syarikat pula mempunyai pemimpin yang sifatnya hampir sama seperti pemimpin hari ini. Sesiapa yang mengikuti politik Amerika Syarikat tentu sekali tahu segelintir rakyat sangat lantang menuduh Joe Biden lemah.

Itulah persepsi rakyat terhadap John F. Kennedy: “intelektual, terlalu lurus, lemah dan tidak bersedia menangani krisis.”

Anak muda yang menongkah arus.

Biden dituduh lemah kerana pentadbirannya tidak mampu berbuat apa-apa apabila Afghanistan melutut pada Tαlibαη. Kennedy pula dianggap lemah kerana tewas dalam Operasi Bay of Pigs dan Krisis Berlin 1961.

Satu saja masalah semasa zaman Perαηg Dingin ini. Kedua-dua pihak takut pada bayang-bayang sendiri. Kennedy menang dengan jaminan untuk “mengejar Soviet dalam perlumbaan seηjαtα”. Memang semua pakat percaya bahawa Soviet sedang mendahului dalam perlumbaan ini.

Hakikatnya Amerika Syarikat mempunyai 170 unit ICBM, jauh meninggalkan Soviet yang hanya menyimpan 4-75 buah R-7 Semyorka (sistem setaraf). Dominasi ini membuatkan Soviet pula tidak senang duduk.

Contoh program sistem nuklear.

Soviet tidak mampu mengejar Amerika Syarikat. Malah stok sistem sedia ada pun belum tentu tepat (reliability). Tanggapan Soviet terhadap Kennedy nampaknya tidak benar.

Kerana mereka masih tidak dapat menyelesaikan masalah ini sampai tahun 1964. Memandangkan mereka tidak mampu meηembαk Amerika Syarikat daripada tanah air Soviet, mereka kembali ke meja bulat.

  1. Amerika Syarikat mampu meηyerαηg Soviet dari tanah air sendiri.
  2. Bukan setakat mampu, pihak Amerika juga bersahabat dengan Itali dan Turki. Dua negara ini mempunyai stok sistem ICBM yang katanya menghala ke Soviet (padahal tidak pun).

Jadi Soviet fikir alternatif yang ada.

Justifikasi Tindakan

Sejarah sebenarnya berulang. Isu nuklear sekarang berputik pasal peperαηgαη Rusia di Ukraine. 60 tahun yang lalu, isu nuklear berputik kerana Perαηg Dingin di Jerman.

Nikita Khrushchev pada masa itu mahu mengambil Berlin Barat masuk dalam perkarangan Jerman Timur. Khrushchev sangka jika Amerika Syarikat tidak kisah pasal “alternatif yang ada”, mesti mereka tidak kisah pasal Berlin Barat.

Jadi mereka memindahkan SS-4 MRBM ke Cuba. Walaupun Soviet lemah dalam bab ICBM, mereka sangat cekap membina MRBM. Reliability MRBM mereka jauh menandingi ICBM.

Dan SS-4 boleh mengheηtαm New York dan Washington, D.C. jika tidak dipintas. Manakala SS-5 pula mampu mencapai Los Angeles dan banyak bandar utama Canada.

 

Jarak setiap sistem.

Apabila Amerika Syarikat tahu pasal hal ini, mereka pula tidak senang duduk. Pentadbiran Kennedy berbincang untuk melaksanakan salah satu daripada enam tindakan:

  1. Abaikan saja: αηcαmαη nuklear bukan benda baru.
  2. Diplomasi: guna pengaruh antarabangsa untuk paksa Soviet.
  3. Operasi rahsia: bincang dengan Fidel Castro untuk halau Soviet.
  4. Cer.oboh: gulingkan Fidel Castro.
  5. Serαηgαη udara: guna Teηterα
  6. Sekatan: guna Teηterα

Pihak pentadbiran sebulat suara bersetuju dengan pelan keempat. Mereka mahu menggulingkan Castro kerana percaya Soviet takkan buat apa-apa. Tetapi Kennedy masih was-was, kerana serαηgαη terhadap Cuba boleh mengundang padah di Berlin (Axelrod, 2009).

Jadi mereka menggunakan kaedah sekatan. Tetapi Fidel Castro langsung tidak berganjak, siap menerima sokongan daripada “650 juta rakyat China”.

Krisis ini mencapai kemuncak apabila pihak Barat memintas isyarat serαηgαη Soviet yang berpendapat sekatan Cuba merupakan “tindakan yang melampaui batas”.

Pada ketika ini, kedua-dua pihak sedar yang peperαηgαη semakin hampir. Lalu mereka memulakan siri rundingan rahsia yang mengambil masa beberapa minggu sebelum mencapai satu solusi diplomatik: 1) Amerika Syarikat mengeluarkan sistemnya di Itali dan Turki dan 2) Soviet mengeluarkan sistemnya di Cuba.

Dan sini semua nampak kenapa Kennedy dijulang. Kerana kepentingan Berlin kekal terpelihara.

RUJUKAN:

Axelrod, A. (2009). The Real History of the Cold (ditapiskan): A New Look at the Past. Sterling Publishing. Halaman 332-335.

Karmanau, Y., et al. (2022, Februari 28). Putin puts nuclear (ditapiskan) on high alert, escalating tensions. AP News.

Roth, A., et al. (2022, Februari 27). Putin signals escalation as he puts Russia’s nuclear (ditapiskan) on high alert. The Guardian.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply