Dalam ekosistem kehidupan, ada sesetengah haiwan ni walau bahaya macam mana pun, ada fungsi yang sangat besar dalam hutan. Kita ambil contoh, burung pipit. Dulu masa zaman Mao Zedong, beliau suruh rakyat China hapuskan burung pipit sebab kuat makan benih padi di bendang. Masalahnya, burung pipit ni walaupun dia kuat makan benih padi, dia pun makan sekali serangga dan haiwan perosak lain.
Hasilnya, bendang padi tu makin senang kena serang haiwan perosak dan China mengalami kebuluran dahsyat sampai setinggi 55 juta orang mati. Sama juga dengan serigala kelabu di Amerika Syarikat, deme pergi bunuh semua serigala kelabu di Taman Yellowstone. Tak lama lepas tu hancur terus taman tu sebab rusa rusa banyak sangat sampai habis anak pokok kena makan.
Burung pipit dan serigala kelabu ni kita panggil dia sebagai spesis teras, sejenis haiwan yang kalau spesis dia mati, hancur terus ekosistem. Benda ni juga terpakai pada harimau kita di semenanjung. Harimau bertindak sebagai pemburu tertinggi (top predator) dan tugas dia ialah memburu haiwan haiwan macam babi dan rusa di hutan.
Jadi bila harimau ni takde, siapa nak kawal haiwan macma babi hutan dan rusa? Rusa bila rumput dah habis, dia akan makan anak anak pokok pulak. Babi hutan pulak suka menyondol pokok untuk makan akar dia. Jadi bila terlalu banyak rusa dan babi di hutan sebab harimau takde untuk buru diorang, maka tragedi di China dan Amerika boleh jadi pada kita. Habis hancur hutan kita semua.
Tapi tu lah, cakap pasal babi hutan kuat menyondol ni, dalam alam manusia pun ada jugaklah, cuma dia sondol suami/isteri orang.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih