Soalan paling agung sepanjang zaman. Relevan juga kalau fikirkan. Katanya manusia berasal daripada beruk. Jadi kalau beruk purbakala menjadi manusia, masakan beruk sekarang boleh jadi manusia kemudian hari.

Golongan penafi evolusi apabila tanya soalan sebegini kiranya anggap diri menang tanpa bertanding. Tetapi hakikatnya, soalan ini berputik daripada pemahaman teori evolusi yang jauh menyimpang.

Boleh dapatkan buku terbaru The Patriots di webstore kami: https://bit.ly/pratempahktmktr

Sebelum ulas lebih panjang, kena faham satu benda pasal evolusi. Kalau tengok balik dalam soalan tersebut, konsepnya beruk menjadi manusia. Kira “manusia” adalah destinasi evolusi (evolutionary target).

Tengok cabang-cabang untuk faham. Ini baru evolusi.

Puncanya sekarang – saintis mana yang pandai-pandai buat andaian sedemikian? Charles Darwin sendiri tidak pernah.

Ini kena faham dulu sebab sekarang ramai menjaja pasal teori evolusi pada nama Darwin… padahal tidak pernah Darwin cakap “manusia berasal daripada beruk”.

Siap ada yang buat dialog palsu, “habis nenek moyang kamu beruklah” kononnya Darwin menafi sekeras-kerasnya.

Aliran Evolusi Yang Benar

Dalam buku “On the Origin of Species”, Charles Darwin membentangkan bahawa organisme (bukan manusia sahaja) berevolusi selepas beberapa generasi melalui hukum warisan.

Melalui hukum ini, organisme mula berubah seperti pertumbuhan paruh dalam kalangan burung kicau Galapagos. Kira burung asal bukannya tiada paruh. Sebaliknya, paruh burung kicau berubah untuk memudahkan hidup dalam persekitaran baru.

Sama-sama kicau tetapi apa (censored) paruh kau panjang lagi.

Dan anak cucu burung terbabit pun mewarisi paruh yang lebih baru ini.

Prosesnya tidak berlaku sekelip mata. Malah Darwin sendiri tidak pasti dari segi mekanisme genetik macam mana warisan berlaku (Than & Taylor, 2021). Buku yang sama menyentuh sedikit sahaja tentang evolusi manusia.

Darwin mengetengahkan bahawa manusia pun berevolusi juga dan adalah sebahagian daripada dunia semulajadi yang berhubungan (interrelation) antara satu sama lain (Ruse, 2009). Jauh beza seperti apa yang difitnahkan, iaitu kononnya Darwin dakwa manusia berasal daripada beruk.

Tentang beruk pula, topik evolusi menemui persamaan yang tidak boleh dinafikan. Kalau saintis Islam kaji pun akan jumpa bukti yang sama.

Iaitu susunan genetik manusia dan cimpanzi adalah  98.8 peratus sama (Thompson, 2015), dan yang membezakan antara dua spesis adalah jumlah kromosom sahaja.

DNA hampir sama, dibezakan kromosom.

Daripada sini yang datangnya teori bahawa manusia dan cimpanzi (termasuk beruk lain senang cakap) pernah berkongsi leluhur sama.

Ini bukan andaian kosong. Teori ini berpucuk daripada bukti fosil, protein dan genetik, terutamanya tempurung kepala Alesi iaitu primat 13 juta tahun lalu (Choi, 2017). Kalau ikut fahaman agama, mungkin tunas ciptaan manusia dan beruk hampir sama.

Yang beza cuma akal. Kalau ikut teori insan, mungkin betul ada “common ancestor”. Cuma turunnya Nabi Adam as dan Hawa 10,000-15,000 tahun lalu sebagai pembawa fitrah insani pertama, yang mana manusia prasejarah sedia ada tiada fitrah tersebut.

Sini jelas – teori evolusi tidak mengakhiri fahaman agama pun.

Perbezaan Beruk dan Manusia

Akal adalah definisi yang terlalu meluas dalam bahasa saintifik. Manusia dan beruk mempunyai otak dan DNA. Akan tetapi walaupun kelihatan sama, jenisnya berbeza. Manusia mempunyai “non-coded DNA” yang membolehkan fikiran dan tindakan lebih cerdik tidak mampu ditandingi beruk (Johansson, et al., 2021).

Jadi saintis sebelum ini melihat persamaan 98 peratus… tetapi menghitung kira jenis yang membezakan. Itu yang punca manusia adalah manusia – beruk adalah beruk.

Dan beruk takkan sesekali menjadi manusia. Kerana evolusi tidak pernah dan tidak akan membuatkan manusia sebagai destinasi (target).

RUJUKAN:

Choi, C.Q. (2017, Ogos 10). Fossil reveals what last common ancestor of humans and apes looked like. Scientific American.

Johansson, P., et al. (2021). A cis-acting structural variation at the ZNF558 locus controls a gene regulatory network in human brain development. Cell Stem Cell.

Ruse, M. (2009). Charles Darwin on human evolution. Journal of Economic Behavior & Organization. 71 (1): 10-19.

Than, K., & Taylor, A.P.  (2021, Mei 18). What is Darwin’s Theory of Evolution? Live Science.

Thompson, H. (2015, Jun 19). What does it really mean to be 99 percent chimp? Smithsonian Magazine.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.