Baru-baru ini, satu analisis yang dijalankan ke atas sedimen batu dari Singhbhum, berhampiran Kolkata mendedahkan satu keputusan mengejutkan. Hasil analisis mendapati benua-benua pertama bumi keluar dari laut 700 juta tahun lebih awal daripada apa yang disangka komuniti saintifik.

Dengan keputusan tersebut, ini dapat menjelaskan peningkatan kadar oksigen di atmosfera dan pembentukan glasier pada ketika itu. Benua stabil atau kraton pertama kali muncul di atas paras laut kira-kira 3.3 bilion hingga 3.2 bilion tahun lalu. Ketua penulis kajian Dr Priyadarshi Chowdhury memberitahu dapatan ini disedari mereka selepas mendapati batu-batu ini mesti terhasil di kawasan daratan.

Boleh dapatkan buku terbaru The Patriots di webstore kami: https://bit.ly/pratempahktmktr

Ini disebabkan batu-batu ini mempunyai tanda seperti tanda alunan – sama seperti ombak dan angin meninggalkan kesan pada pantai. Tambah pakar dari Universiti Monash itu, kraton-kraton ini terhasil lebih awal daripada plat-plat tektonik. Plat-plat tektonic merupakan pendorong utama kepada peningkatan ketinggian kawasan daratan besar.

Dan ini membawa kepada hipotesis benua-benua terawal keluar dari laut yang meliputi bumi selepas aktiviti gunung berapi berterusan kira-kira 300 juta hingga 400 juta tahun. Dr Chowdhury menambah kraton Singhbhum terbentuk akibat timbunan lava yang sejuk selepas beberapa lama sehingga membentuk kerak pada kedalaman 50 km. Kerak tersebut menjadi tebal dan terapung dalam air sama seperti aisberg.

Ciri geologi kraton Singhbhum turut mempunyai persamaan dengan kraton Afrika Selatan dan bahagian barat Australia. Para saintis turut berpandangan apabila kraton-kraton ini mengalami proses luluhawa, ia membolehkan nutrien masuk ke dalam air.

Nutrien-nutrien seperti fosforus menjadi blok penting untuk kemunculan hidupan terawal bumi. Tambah Dr Chowdhury lagi, dengan kewujudan kawasan laut cetek seperti lagun, ia mempercepat pertumbuhan hidupan-hidupan yang menghasilkan oksigen. Ini sekaligus meningkatkan kadar oksigen dalam laut dan di atmosfera.

Kemunculan benua awal ini turut menarik karbon dioksida ke bawah dari atmosfera. Ini membawa kepada pembentukan poket-poket iklim sejuk dan pembentukan glasier. Dr Chowdury menambah, ini merupakan langkah pertama menjadikan bumi lebih sesuai didiami untuk hidupan. Laporan kajian ini diterbitkan jurnal Proceedings of the National Academy of Sciences.

RUJUKAN

Lu, D. (2021, 9 November). Earth’s first continents emerged from the ocean 700m years earlier than thought. The Guardian.

Sumber gambar: Subham Mukherjee / University of Delhi


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.