Ais Kepal, ais kacang, atau ABC ialah pencuci mulut yang biasa dijual di gerai tepi jalan dan restoran. Kalau cuaca panas, mesti mengidam ais kepal, baru lega tekak dan badan!

 

Tapi, sebenarnya ais kepal bukan saja wujud di Malaysia. Di negara paling timur iaitu Jepun juga ada ais kepal versi mereka iaitu ‘kakigori’. Adakah orang Jepun ni tiru kita buat ais kepal?

 

Kita kena tahu dulu macam mana ais kepal diperkenalkan kepada orang Jepun. Masa fasa Heian, kakigori ialah pencuci mulut untuk golongan bangsawan. Ketulan ais dihiris dahulu kemudian sirap manis dituang ke atas gumpalan ais yang dihiris. Kakigori ini hanya disediakan apabila musim panas.

 

 

Masuk abad ke-19 Masihi, barulah kakigori diperkenalkan kepada seluruh orang Jepun bermula pembukaan kedai kakigori di Yokohama pada tahun 1869. Pada tahun 1993, tarikh 25 Julai diisytiharkan sebagai ‘Hari Kakigori’ kerana dikatakan tarikh itu mempunyai suhu tertinggi di Jepun.

 

Cara tradisional membuat kakigori ialah membekukan air dari alam semula jadi seperti kolam air panas, kemudian air tersebut diletakkan di gua pergunungan untuk bekukannya. Kemudian, ais tersebut dihiris menggunakan mesin pemutar yang menggunakan tangan. Sekarang, penjual kakigori tepi jalan masih menggunakan mesin pemutar walaupun telah ada mesin pengisar yang gunakan elektrik.

 

Untuk perisakan kakigori, pemanis perisa buah dituang ke atas gumpalan ais seperti strawberi, lemon, dan tembikai. Nak manis lagi, tuang susu pekat. Ada juga penjual pelbagaikan kakigori dengan menuang sirap teh hijau, kacang merah, dan aiskrim.

 

 

Nampak lebih kurang macam ais kepal, tapi yang bezanya ialah kehalusan ais di mana hirisan ais kakigori lebih halus dan senang cair di dalam mulut dari hirisan ais kepal biasa sampaikan kakigori digelar sebagai ‘salji bidadari’.

 

Sekarang, kakigori menjadi simbol yang popular apabila masuk musim panas di Jepun. Kalau takde kakigori, kita tak dapat menikmati musim panas seperti orang Jepun. Sampai kanji kōri (氷) menjadi tanda untuk kedai menjual kakigori supaya pelanggan dapat mencari dengan mudah.

 

Rasanya, kedai atau cafe tema Jepun di sini dah ada jual kakigori. Nanti korang cubalah makan ais kepal Jepun!

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply