Masyarakat moden pada hari ini mempunyai banyak pilihan bagi mencegah kehamilan dalam usaha merancang keluarga, walaupun rata-ratanya disalahgunakan ke jalan yang tidak sepatutnya.
Sebahagian daripadanya merupakan hasil inovasi terkini, namun ada juga yang sudah pun diamalkan sejak zaman purba lagi. Dalam artikel kali ini, kami cuba bawakan secara ringkas kaedah mencegah kehamilan yang diamalkan pada zaman silam.
PENGGUNAAN SARUNG PISANG
Salah satu alat pencegah kehamilan paling tua yang digunakan oleh manusia ialah penggunaan sarung pisang. Menurut sebahagian sejarahwan, gambaran terawal sarung pisang boleh dijumpai pada sebuah lukisan dinding gua di Grotte des Combarrelles, Perancis, yang berusia 13,000 tahun. Bagaimanapun, dakwaan tersebut hanya berdasarkan andaian semata-mata.
Sarung pisang terawal hakikatnya hanya hadir pada zaman yang lebih terkemudian, antaranya dari tamadun Mesir. Dalam makam Firaun Tutankhamun misalnya, dijumpai sarung pisang yang diperbuat daripada kain linen yang halus, Entah atas tujuan apa, ia turut dijadikan sebagai salah sebuah barang persemadiannya.
PENGGUNAAN UBAT PESARI
Penggunaan sarung pisang di Mesir Purba tidaklah semata-mata bertujuan mencegah kehamilan. Akan tetapi, fungsinya yang lebih utama adalah untuk mengelak dari jangkitan penyakit-penyakit tropika dan adakalanya, ia mempunyai tujuan-tujuan keagamaan. Apapun, amalan pencegahan kehamilan sememangnya wujud dalam tamadun Mesir Purba.
Contohnya, Papirus Perubatan Kahun yang ditulis sekitar tahun 1825 SM menyebutkan tentang penghasilan ubat paseri. Antara bahan yang digunakan adalah najis buaya. Campuran tersebut kemudian diproses sehingga menjadi ubat paseri, lalu dimasukkan ke dalam mahkota wanita. Di India dan Timur Tengah, penggunaan najis buaya digantikan dengan najis gajah.
Namun, penghasilan ubat pesari tidaklah mesti menggunakan bahan-bahan yang menjijikkan itu. Ada juga yang hanya menggunakan secebis kapas atau serat tumbuhan yang direndam di dalam pes buah akasia, madu, dan kurma. Tamadun-tamadun di sekitar laut Mediterranean pula sering menggunakan rendaman jus silfium. Silfium adalah sejenis tumbuhan yang tumbuh di pantai Cyrenaica (Libya moden). Cuma akibat penggunaan secara berlebihan, pokok silfium pupus.
MEMINUM CECAIR MERKURI
Walaupun pengambilan ubat pesari kurang, jarang, dan adakalanya langsung tidak meninggalkan sebarang kesan sampingan yang buruk, sebahagian masyarakat purba tetap juga memilih kaedah yang membahayakan. Tiada beban batu digalas, sarang tebuan sengaja dipulas.
Dalam tamadun China umpamanya, kaum wanita mereka ada yang sanggup menelan cecair merkuri bagi mengelakkan benih tumbuh di dalam rahim. Pengambilan cecair tersebut sememangnya efektif dalam menggugurkan kandungan, cuma ia mampu merosakkan organ-organ dalaman, menggagalkan fungsi jantung dan buah pinggang, merosakkan otak, dan yang paling membimbangkan, menyebabkan kema-tian.
KEPERCAYAAN-KEPERCAYAAN ANEH
Terdapat juga kaedah-kaedah pencegahan kehamilan yang melibatkan kepercayaan aneh. Masyarakat Eropah pada Zaman Pertengahan misalnya, meyakini bahawa kehamilan boleh diusir dengan penggunaan tangkal. Tangkal-tangkal ini kebiasaannya diperbuat daripada kantung benih cerpelai yang dipakaikan pada peha wanita. Kalau bukan kantung, mereka akan memakai kaki cerpelai di leher. Bagi masyarakat di Amerika Utara pula, mereka mengeringkan kantung benih memerang lalu merendamnya dalam a-rak. A-rak tersebut kemudiannya diminum.
Di Yunani pula sedikit berbeza. Mereka mencegah kehamilan hanya dengan membuang benih pasangan selepas berhubungan. Caranya, jika menurut Soranus (tabib Yunani), adalah dengan bersin sekuat hati, selain melompat ke belakang sebanyak tujuh kali. Walaupun kaedah-kaedah yang dianjurkannya mungkin dilihat tidak berasas dan tidak mampu mendatangkan sebarang kesan, Soranus merupakan seorang tabib yang dihormati pada zamannya.
TERJEMAHAN
Wu Mingren. (28 November 2017). Ancient Methods of Contraception – Even Tutankhamun Wore Protection. Ancient Origins.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih