1. Pembelian minuman keras 10.00 pagi-10.00 malam sahaja. Masa pembelian dipanjangkan sikit semasa hujung minggu. (Malaysia, ia dijual 24 jam, boleh dijual dan dibeli bila-bila masa oleh sesiapa sahaja)

2. Minum arak di tempat dan ruang dilarang sama sekali. Memegang mug, botol dan tin yang telah dibuka walaupun betul-betul diluar premis yang menjualnya adalah salah sama sekali. Jarak 100m radius dari premis adalah dilarang. (Cuba ke sekitar KL, di luar-luar pub dan kelab sekitar ibu kota. Perhatikan meja dan kerusi di luar premis dan lihat apa di atas meja mereka)

3. ‘Happy Hour’, iaitu menjual minuman keras pada harga yang lebih murah dari ditetapkan adalah dilarang sama sekali, pada bila-bila masa. (Happy Hour adalah antara cara promosi arak terutamanya beer di Malaysia)

4. Dilarang membawa minuman keras di dalam karung atau beg lutsinar dimana isinya iaitu bekas arak itu boleh dilihat. (Malaysia, ia diletakkan secara terbuka di pasaraya dan boleh dibeli sebaris dengan air tin biasa, dalam plastik beg lutsinar yang biasa)

5. Iklan berkaitan minuman keras TIDAK BOLEH dan DILARANG sama sekali dikaitkan dengan kejayaan individu atau sosial masyarakat, baik secara terang atau tersembunyi. (Perhatikan poster atau iklan digital di premis-premis yang menjual minuman keras ini, berapa banyak ciri iklannya mengaitkan minuman keras dengan kejayaan dan keseronokan bermain dan menonton acara sukan seperti bola dan ragbi?)

Jadi, jelas ia bukan undang-undang Malaysia, kerana undang-undang Malaysia berkaitan pengambilan, penjualan dan pembelian minuman keras pun tidak sekeras ini.

Undang-undang ekstrim dari negara mana sebegini kejam dan tidak membenarkan kebebasan?

Ini adalah undang-undang pengendalian minuman keras di Ireland, lebih tepat lagi Dublin, tempat asal kilang Guinness pada tahun 1725-1803. Untuk rekod, Guinness pernah menjadi pilihan utama dan sekarang masih lagi merupakan antara jenama arak terbesar dunia. Di Ireland juga, harga minuman keras adalah yang paling mahal di Eropah, hampir dua kali ganda berbanding purata harga di negara lain di benua itu.

Ini bermakna, mungkin selain Jerman (aku pasti undang-undang seumpamanya jika tidak sama pasti lebih keras di sana) bukan semua orang putih dan Barat terikut-ikut dengan Oktoberfest yang beria-ia mahu dibuat di Malaysia ini.

Sebenarnya, budaya meminum bir adalah budaya ikutan dan bukan budaya asal mana-mana kaum dan mana-mana agamapun di Malaysia, sama seperti asal budaya mencandu atau dadah yang bukan budaya asal di sini, kini barahnya merebak menjadi sangat parah.

Jadi, Teresa Kok, undang-undang Malaysia sudah cukup bebas dan longgar, malah undang-undang sedia ada pun ada yang lemah penguatkuasaannya.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pensyarah yang minatnya pada sejarah dan warisan Melayu. Membaca kerana hobi dan menulis kembali untuk terus berkongsi.

Leave A Reply